Balun (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Balun
PengarahBob Singah
PenulisBob Singah
Dihasilkan olehMohd Zulkifli Mustapha
DibintangiBeto Kusyairy
Eizlan Yusof
Izara Aishah
Reen Rahim
Disunting olehAhmad Mustadha
Muzik olehAznan Hamid
Syarikat
penerbitan
Elements Pictures
Diedarkan olehEmpire Film Solutions
Tarikh tayangan
17 Ogos 2017
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Balun merupakan sebuah filem aksi Malaysia 2017 arahan sulung Bob Singah, lakonan Beto Kusyairy, Eizlan Yusof, Izara Aishah dan Reen Rahim. Filem ini ditayangkan pada 17 Ogos 2017.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang seorang pemuda, Hassan (Beto Kusyairy) yang membuat keputusan untuk pulang dan menetap di kampung asalnya di Kampung Putra, Kamunting kerana ada beberapa persoalan dan perkara yang harus diselesaikan, di mana salah satu perkaranya adalah perihal tanah milik arwah ayahnya, Mustafa yang dicagarkan pada Orang Kaya Seman sebelum itu.

Setibanya Hassan di pekan Kamunting, Hassan terlibat dengan dua insiden iaitu yang pertama dengan kumpulan gangster yang dikejar polis dan keduanya diekori oleh kumpulan penyamun kampung yang berjaya ditumpaskan oleh Hassan semasa mereka dalam cubaan merompak kedai serbaneka di sebuah stesen pam minyak.

Dalam adegan kejar mengejar itu, membawa Hassan ke kampung halamannya yang telah ditinggalkan hampir 17 tahun sehingga memaksa Hassan memandu masuk ke kawasan rumah Tok Penghulu dan hampir terlanggar Nur Ain (Izara Aishah) yang sedang duduk di bangku bersama Munirah.

Bertindak atas kejadian itu, sekumpulan pesilat kampung yang diketuai oleh Uwais (Saiful Zelwany) yang sedang berlatih di halaman rumah Tok Penghulu meluru menyerang Hassan, tetapi dihalang oleh Tok Penghulu (Namron). Melihat akan wajah Tok Penghulu membuatkan Hassan begitu pasti bahawa dia telah sampai ke kampungnya, namun Nur Ain masih tidak berpuashati terhadap Hassan walaupun permohonan maaf telah dibuat kerana Hassan hampir melanggarnya.

Kepulangan Hassan ke kampung tidak disenangi oleh Orang Kaya Tuan Seman yang sememangnya berniat membunuh Hassan dan ayahnya 17 tahun lalu dengan niat mengambil kesempatan menukar nama pemilik tanah yang dimiliki oleh ayah Hassan ketika menyandarkan tanahnya seluas 13 ekar untuk membuat pinjaman wang tunai dari Orang Kaya Seman. Tanah seluas 13 ekar itu diingini oleh Orang Kaya Seman kerana telah diketahui olehnya mempunyai Emas. Shaid Blond (Datuk Eizlan Yusof) yang merupakan ketua kumpulan gangster yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kematian ayah Hassan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan dan keluaran[sunting | sunting sumber]

Balun merupakan filem sulung arahan Bob Singah, anak kepada pelakon veteran, Allahyarham Aziz Singah. Penggambaran kebanyakannya dijalankan pada 2012 di Taiping, Perak.

Balun pada asalnya dijadual untuk tayangan pada 10 April 2014, namun ditunda ke satu tarikh baru yang akan diumumkan berikutan kematian penerbit asalnya, Mohd Zulkifli Mustapha, diikuti oleh Aziz, dua tahun kemudian.[2] Bob mengumumkan yang filem ini dikeluarkan pada 17 Ogos 2017, selepas lima tahun terperap.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (19 Jun 2017). Yang anda patut tahu tentang filem Bilut Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 Julai 2017.
  2. ^ Faten Saphilla Mohd Isa (18 Jun 2017).#Balun sarat aksi mendebarkan Diarkibkan 2018-07-15 di Wayback Machine Kosmo!. Diperoleh pada 15 Julai 2017.
  3. ^ Amerul Haswendy Ashari (15 Jun 2017). Balun ditayang 17 Ogos Harian Metro. Diperoleh pada 15 Julai 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]