Bambaazon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bambaazon merupakan nama semangat padi bagi orang KadazanDusun di Sabah, Malaysia. Bambaazon akan dipuja sekali setahun dalam upacara yang dikenali sebagai Magavau. Upacara ini biasanya diketuai oleh bomoh wanita yang dikenali sebagai Bobohizan. Bambaazon juga dikenali sebagai Kinoingan iaitu suami kepada Suminundu dan juga merupakan bapa kepada Huminodun.