Banchan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Banchan
Various banchan served at a table
Nama Korea
Hangul 반찬
Hanja
Perumian Semakan banchan
McCune–Reischauer panch'an

Banchan (hangul=반찬; hanja=飯饌; English: /ˈbɑːnɑːn/; juga dieja panch'an) merujuk kepada hidangan sampingan kecil atau lauk yang disaji bersama nasi dalam masakan Korea.

Lazimnya di atas meja akan terdapat satu juadah lengkap yang dinamakan 'bansang' (반상) yang selalunya mengandungi bap (밥, nasi), guk atau tang (sup), gochujang atau ganjang, jjigae, dan kimchi. Menurut bilangan banchan yang ditambah, susunan meja dipanggil 3 cheop (삼첩), 5 cheop (오첩), 7 cheop (칠첩), 9 cheop (구첩), 12 cheop (십이첩) bansang, dengan 12 cheop lazimnya untuk santapan diraja.[1]

Banchan diletakkan ditengah-tengah meja untuk dikongsi. Di tengah-tengah meja tersebut ialah sajian utama sekunder, galbi atau bulgogi, dengan seperiuk jjigae yang dikongsi. Mangkuk nasi dan guk (sup) adalah diletakkan untuk setiap individu. Banchan dihidang dalam saiz yang kecil, yang bertujuan untuk dihabiskan setiap kali makan dan hanya ditambah jika tidak cukup. Lazimnya, semakin formal hidangan tersebut, semakin banyak banchan disaji. Wilayah Jeolla terutamanya memang terkenal dengan menyedikan pelbagai banchan dalam satu juadah lengkap.[2]

Kepelbagaian[sunting | sunting sumber]

Kimchi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kimchi
Dongchimi (동치미)

Kimchi ialah sayur jeruk, lazimnya baechu (kobis Napa), diperisakan dengan cili dan garam. Ini ialah banchan yang paling standard dalam hidangan makanan Korea. Sesetengah masyarakat Korea tidak akan menganggap sesuatu juadah itu lengkap tanpa kimchi. Kimchi boleh dibuat dengan sayur lain juga, termasuklah daun bawang, gat (갓), dan lobak putih (무; mu).

Nama[3] Nama Korea Penerangan
Nabak kimchi 나박김치 Kimchi air dengan kurang baechu dan mu pedas
Dongchimi 동치미 Pelbagai sayuran dalam perapan putih. Nabak kimchi dan dongchimi dirujuk sebagai mul kimchi (물김치), harfiahnya "kimchi air."
Geotjeori[4] 겉절이 Kimchi segar yang dimakan rangup tanpa dijerukkan. Lazimnya diperbuat daripada baechu dan daun salad.
Kkakdugi 깍두기 Kimchi diperbuat daripada mu (lobak putih) dipotong dadu
Oi sobagi 오이 소박이 Kimchi timun sumbat, disumbat dengan cili, daun bawang dan buchu
Chonggak kimchi 총각김치 Keseluruhan mu dengan perisa cili. Ia diperbuat daripada dallangmu, bersaiz seperti sosej.
Yeolmu kimchi 열무김치 Kimchi muda, disediakan dengan atau tanpa jeotgal jeruk.
Pa kimchi 파김치 Kimchi daun bawang, pedas dan masin, diperisakan dengan myeolchijeot yang banyak, ikan bilis masin versi Korea.
Gat kimchi 갓김치 Kimchi brassica juncea dengan serbuk cili yang banyak dan rasa yang pahit. Pes myeolchijeot dan pulut yang kuat ditamah untuk mengurangkan rasa pedas dan pahit.[5]

Namul[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: namul
Pelbagai namul

Namul (나물) merujuk kepada sayur yang dikukus, diperap atau digoreng kilas lazimnya diperisakan dengan minyak bijan, garam, cuka, bawang putih kisar, hirisan daun bawang, cili kering dan sos soya.

Nama[6][7] Nama Korea Penerangan
Kongnamul 콩나물 Tauge rebus yang sudah sejuk dengan minyak bijan.
Sigeumchi namul[8] 시금치나물 Bayam celur dicurah minyak bijan, bawang putih dan sos soya.
Miyeok muchim[9] 미역무침 Miyeok (wakame, rumpai laut) dengan cuka manis dan garam.
Musaengchae/Muchae[10] 무생채/무채 Hirisan memanjang lobak putih dalam sos cuka manis, kadang kala dengan kisaran cili kering.
Gosari namul 고사리나물 Pucuk paku pakis yang digoreng kilas.
Chwinamul 취나물 Sayur aster scaber yang digoreng dan diperisakan.
Bireum namul[11] 비름나물 Bayam celur dan diperisakan.
Naengi namul[12] 냉이나물 Sayur capsella bursa-pastoris yang dicelur dan diperisakan.
Dolnamul 돌나물 Sedum mentah dengan kuah sos cili.
Gogumasun namul[13] 고구마순나물 Putik keledek rebus atau diperisa.
Gaji namul 가지나물 Terung rebus.
Doraji namul 도라지나물 Akar platycodon grandiflorus rebus.

Bokkeum[sunting | sunting sumber]

Bokkeum (볶음) ialah hidangan goreng kilas dengan sos.

  • Kimchi bokkeum (김치볶음) - Kimci goreng kilas, lazimnya dengan daging babi[14] (serupa jeyook bokkeum).
  • Jeyook bokkeum (제육볶음) - Daging babi goreng kilas dengan sos gochujang (pes cili) dan bawang besar.[15]
  • Ojingeochae bokkeum (오징어채볶음) — Sotong kering goreng kilas diperisakan dengan campuran gochujang (pes cili), bawang putih, dan mulyeot (peasa seperti sirap).[16]
  • Nakji bokkeum (낙지볶음) - Anak kurita goreng kilas dalam sos gochujang pedas.[14]
  • Buseot bokkeum (버섯볶음) - Cendawan goreng kilas seperti cendawan pyogo, cendawan tiram, cendawan pain.[14]

Jorim[sunting | sunting sumber]

Jorim ialah hidangan yang direneh dalam air rebusan.

  • Dubu-jorim (두부조림) — Tauhu direneh dalam sos soya cair, sedikit minyak bijan, bawang putih kisar dan hirisan daun bawang.[17]
  • Jang-jorim (장조림) — Daging lembu yang direneh dalam sos soya, kadang kala dengan telur ayam atau telur puyuh yang direbus.[18]

Jjim[sunting | sunting sumber]

Jjim ialah ikan kukus.

  • Gyeran jjim (계란찜) — Telur yang diperisa dan dicampur dikukus dalam periuk panas.[19]
  • Saengseon jjim (생선찜)- Ikan kukus.[20]

Jeon[sunting | sunting sumber]

Jeon merujuk kepada pelbagai jenis lempeng.[21] Buchimgae adalah yang lebih kurang.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

  • Japchae (잡채) — Hidangan tunggal, japchae juga boleh dimakan sebagai banchan. Japchae ialah mi yang diiringi dengan pelbagai sayur dan daging dalam sos bawang putih yang agak manis.
  • Salad kentang gaya Korean (감자 샐러드) dengan epal dan lobak merah.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Korea) Making a bansang from Doosan Encyclopedia
  2. ^ (Korea) Hanjeongsik from Naver open dictionary, food columnist Lee JinRang (이진랑), 2005-07-17
  3. ^ "Types of Kimchi". Korea Tourism Organization. Dicapai pada 2013-04-04. 
  4. ^ 겉절이 (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. Dicapai pada 2013-04-04. 
  5. ^ Types of kimchi from Kimchi Time
  6. ^ "Korean Food: Seasoned Vegetables". Life in Korea. Dicapai pada 2013-04-04. 
  7. ^ "Herbivore's delight – Spring namul". Korea.net (Dél-Koreai hivatalos oldala). 2012-04-10. Dicapai pada 2013-04-04. 
  8. ^ "Spinach Side Dish Sigeumchi Namul (시금치나물)". Maangcshi.com. Dicapai pada 2013-04-04. 
  9. ^ Sook Choe Ji, Yukiko Moriyama (2003). Quick and Easy Korean Cooking for Everyone. Japan Publications Trading. m/s. 42. ISBN 9784889961249. 
  10. ^ 무생채 (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. Dicapai pada 2013-04-04. 
  11. ^ 비름나물 고추장무침 (dalam bahasa Korean). Allrecipes.kr. Dicapai pada 2013-04-04. 
  12. ^ "Naengi namul (shepherd's purse namul)". Sanchon. Dicapai pada 2013-04-04. 
  13. ^ "Gogumasun namul". Trifood. Dicapai pada 2013-04-04. 
  14. ^ a b c "Stir-fried dishes". Life in Korea. Dicapai pada 2013-04-04. 
  15. ^ "JAE-YOOK (KIM-CHI) BO-KUM". Trifood. Dicapai pada 2013-04-04. 
  16. ^ 오징어채볶음 (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. Dicapai pada 2013-04-04. 
  17. ^ "두부조림(dubu jorim / Braised Pan-Fried Tofu)" (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. Dicapai pada 2013-04-04. 
  18. ^ "JANG-JO-RIM". Trifood. Dicapai pada 2013-04-04. 
  19. ^ 계란찜 (dalam bahasa Korean). Sports Khan. 2013-03-13. Dicapai pada 5 April 2013. 
  20. ^ "Saengseon Jjim Braised Fish With Radish in Seasoned Soy Sauce". The Korea Times. 2010-01-07. Dicapai pada 2013-04-05. 
  21. ^ a b c "A List of Korean Savory Pancakes". About.com. Dicapai pada 2013-04-05. 
  22. ^ 감자전 (dalam bahasa Korean). Donga. Diarkibkan daripada original pada 2004-02-27. Dicapai pada 5 April 2013. 
  23. ^ "Saengseon Jeon (Pan-Grilled Fish With Egg)". Korea Timea. 2009-12-10. Dicapai pada 2013-04-05. 
  24. ^ 동그랑땡 (dalam bahasa Korean). Donga Woman. 2006. Dicapai pada 2013-04-05. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]