Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bancian Malaysia 2020 atau rasminya Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (juga myCensus2020) ialah projek banci yang telah dijalankan di semua kawasan perumahan dan petempatan manusia seperti kampung, bandar dan pekan di seluruh Malaysia pada tahun 2020. Ia merupakan bancian keenam yang dilaksanakan semenjak penubuhan negara Malaysia pada tahun 1963.[1] Pelaksanaan bancian ini ialah merujuk kepada peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960.[2]

Pelaksanaan[sunting | sunting sumber]

Bancian Malaysia 2020 dilaksanakan secara atas talian selaras dengan kemajuan teknologi, perubahan gaya hidup rakyat Malaysia, dan Pandemik COVID-19 melanda. Pengumpulan maklumat banci secara atas talian diperkenalkan melalui Portal Banci (mycensus.gov.my) dan aplikasi mudah alih. Sekeping poskad akan dihantar setiap kediaman yang mengandungi panduan mengisi dan pautan e-Census untuk melengkapkan borang e-Census di Portal Banci.[1] Banci ini mewajibkan kepada semua orang awam untuk mengambil bahagian dan menjawab semua soalan banci.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Apa itu Banci?". mycensus.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Julai 23, 2021. Dicapai pada 2021-08-29.
  2. ^ a b "Akta Banci 1960" (PDF). Jabatan Perangkaan Malaysia. 1960. Dicapai pada 29 Ogos 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]