Bandai Super Vision 8000

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bandai Super Vision 8000
PengilangBandai
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi kedua
Ketersediaan runcit1979
MediaKatrij ROM
CPUNEC D780C 8-bit berkelajuan 3.58 MHz

Bandai Super Vision 8000 merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Bandai pada tahun 1979. Konsol ini tergolong dalam generasi kedua konsol permainan video. Konsol ini mempunyai input TV yang membolehkan konsol ini disambung ke television untuk memperlihatkan imej grafik[1].

Untuk rekod, hanya 7 permainan video sahaja yang dikeluarkan untuk konsol ini dan kesemuanya dibangun dan dikeluarkan oleh Bandai[2]. Konsol ini tidak mendapat sambutan ramai kerana harga yang ditawarkan adalah mahal pada ketika itu serta tidak banyak permainan video yang dikeluarkan[3]. Konsol ini ditamatkan tidak sampai setahun selepas pelancarannya[3].


Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Spesifikasi yang terdapat dalam konsol ini boleh dikatakan agak tinggi pada sela masa generasi kedua konsol permainan video, menggunakan cip mikropemproses NEC D780C 8-bit yang mampu mencapai kelajuan sebanyak 3.58 MHz serta mempunyai cip mikropemproses untuk audio yang mampu mengeluarkan saluran 3 audio[4].

Sistem teras
Cip mikropemproses NEC D780C 8-bit berkelajuan 3.58 MHz
RAM tiada
RAM video tiada
Grafik dan suara
Palet warna 16 warna
Resolusi skrin 256 px x 192 px
Saluran audio 3 saluran


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bandai Super Vision 8000". The Verge. Dicapai 17 Oktober 2015. 
  2. ^ Baker, Kevin (22 Mei 2013). The Ultimate Guide to Classic Game Consoles. Ebookit.com. ISBN 1456617087. Dicapai 17 Oktober 2015. 
  3. ^ a b Dunn, Jeff (25 Julai 2013). "Chasing Phantoms - The history of failed consoles". GamesRadar. Dicapai 17 Oktober 2015. 
  4. ^ "Bandai Super Vision 8000". Video Console Library. Dicapai 17 Oktober 2015.