Bandar Al-Wathiqu Billah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemandangan Taman Tasik Kuala Nerus, berlatarbelakangkan Masjid Al-Wathiqu Billah

Bandar Al-Wathiqu Billah (Jawi: بندر الواتهيقو بيلله) adalah merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia yang terletak di Kampung Baroh Tok Jiring seluas 187.76 hektar.[1] Sebelum 2023, bandar ini hanya dikenali sebagai Pusat Pentadbiran Kuala Nerus sebelum dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin pada September 2023 dengan nama Bandar Al-Wathiqu Billah sempena nama baginda[2][3].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Setelah Kuala Nerus diisytiharkan sebagai daerah ke-8 pada 18 September 2014, majlis daerah Kuala Nerus mula ditubuhkan untuk keperluan penduduk daerah tersebut. Pada asalnya pejabat daerah Kuala Nerus terletak di Dataran Rimba di antara Jalan Tengku Mohamad dan Jalan Gong Pak Damat sebagai pejabat sementara.

Perancangan terhadap penubuhan bandar baharu di utara Kuala Terengganu (kini Kuala Nerus) telah dirancang seawal tahun 2013 dan mula dijayakan pada tahun 2015. Projek ini memakan kos sebanyak RM 600 juta dan mengambil masa 9 tahun untuk siap[4]. Majlis peletakan batu asas Pusat Pentadbiran Daerah Kuala Nerus diadakan pada 9 Mei 2015. Fasa pembinaan bermula pada 15 Disember 2015 dan siap sepenuhnya pada 28 Oktober 2021 sebelum beroperasi sepenuhnya pada 22 Februari 2022. Pusat pentadbiran baharu Kuala Nerus terletak di kawasan seluas 187 hektar akan berkonsepkan Bandar Moden dan Hijau serta akan menempatkan bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus, bangunan gunasama Kerajaan Negeri, bangunan gunasama Kerajaan Persekutuan, pusat komersial, dan kemudahan-kemudahan lain[5]. Pada Oktober 2021, Bandar Al-Wathiqu Billah siap dan boleh digunakan sepenuhnya termasuklah pemindahan pejabat daerah Kuala Nerus.[6]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

  • Masjid Al-Wathiqu Billah
  • Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus
  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Nerus
  • Dewan Perdana
  • Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Nerus
  • Pejabat Jurutera JKR Daerah Kuala Nerus
  • Taman Tasik Kuala Nerus

Rujukan[sunting | sunting sumber]