Balik Pulau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bandar Balik Pulau)
Balik Pulau
Transkripsi Lain-lain
 • Jawiباليق ڤولاو
 • Cina Ringkas浮罗山背
 • Cina Tradisional浮羅山背
Map
Balik Pulau is located in Bumi
Balik Pulau
Balik Pulau (Bumi)
Koordinat: 5°21′N 100°14′E / 5.350°N 100.233°E / 5.350; 100.233Koordinat: 5°21′N 100°14′E / 5.350°N 100.233°E / 5.350; 100.233
Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
DaerahBarat Daya Pulau Pinang
Bandar George Town
Diasaskan1794
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Pulau Pinang
 • Datuk Bandar Pulau PinangYew Tung Seang
 • Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau BetongMohd Tuah Ismail (PKR)
 • Ahli Parlimen Balik PulauMuhammad Bakhtiar Wan Chik (PKR)
Penduduk
 (2010)[1]
 • Jumlah23,559
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
11000
Kod kawasan+6048
Laman sesawangwww.mbpp.gov.my

Balik Pulau ialah sebuah bandar dalam bidang kuasa Pulau Pinang.

Balik Pulau ditubuhkan pada tahun 1794 oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris. Hingga hari ini, ekonomi Balik Pulau masih banyak bergantung pada pertanian; hasil yang paling terkenal di Pulau Pinang, termasuk pala, cengkih dan durian yang ditanam dan dituai di bandar.[2][3] Ini juga menyumbang kepada pertumbuhan sektor pelancongan di bandar ini; reputasi Balik Pulau untuk pelbagai jenis syaitan, misalnya, menarik ramai pelancong antara Mei dan Ogos setiap tahun.[4][5][6]

Muka bumi[sunting | sunting sumber]

Balik Pulau terletak di belakang Bukit Bendera dan mengadap Lautan Hindi dan Selat Melaka. Oleh itu ia terdedah kepada obak besar seperti tsunami 2004. Pekan ini agak terpencil dan lambat membangun berbanding dengan bandar raya George Town. alan perhubungan hanyalah jalan raya dan bot nelayan. Jalan raya dari Bayan Lepas di selatan dan dari Teluk Bahang di utara. Jalan tengah dari Relau. Jalan raya ini terpaksa mengelilingi kawasan berbukit-bukit seperti di ar terjun Titi Kerawang. Dari atas bukit anda dapat melihat kawasan Balik Pulau yang landai di tepi pantai.

Antara kampung yang terdapat di Balik Pulau ialah Kampung Batu Putih, Kampung Batu Kecil, Kampung Sungai Pinang, Kampung Sungai Rusa,Kampung Permatang Pasir, Kampung Pokok Manggis, Kampung Titi Teras, Kampung Permatang Tengah, Kampung Sungai Burung, Kampung Terang, Kampung Perlis, Kampung Genting, Kampung Genting Dalam, Kampung Shee Tan, Kampung Paya Simpang Empat Genting,Kampung Pagar Buluh, Kampung Masjid, Kampung Baruh,Kampung Seronok dan Kampung Binjai.

Secara keseluruhannya kawasan di sini menghijau kerana dijadikan hutan simpan. Antaranya ialah Hutan Simpan Bukit Gemuruh, Hutan Simpan Bukit Genting Hutan Simpan Pantai Aceh dan Hutan Simpan Teluk Bahang.

Antara lokasi berhampiran dengan Balik Pulau ialah Teluk Ara, Muka Head, Teluk Duyung, Teluk Aling, Sungai Tukun, Sungai Teluk Awak, Sungai Teluk Bahang, Penang Butterfly Farm, Pusat Kebudayaan Pulau Pinang, Teluk Bahang, Teluk Mat Inca, Teluk Pisang, Teluk Nibung, Pantai Mas, Hutan Simpan Laksamana, Durian Orchards, Sungai Pinang, Air Terjun Titi Kerawang, Nutmeg & Clove Orchards, Bagan Kuala Sungai Pinang, Sungai Rusa, Sungai Samagagah, Sungai Air Putih, Titi Peropok, Hutan Simpan Balik Pulau, Kampung Melayu, Kuala Jalan Baharu, Kebun Besar, Sungai Burung, Pekan Genting, Sungai Nipah, Sungai Betung, Sungai Ara, Pulau Betung, Pasir Panjang, Teluk Dwalin, Gertak Sanggul, Teluk Gemuruh, Teluk Pasir Belanda, Teluk Bongkok, Teluk Kumbar, Teluk Arab, Teluk Pak Pajun, Teluk Cut, Teluk Pak Bidan, Panara dan Sungai Bayan Lepas.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan ini juga menerima kesan daripada kejadian Gempa bumi 26 Disember 2004. Terdapat beberapa sekolah rendah di Balik Pulau termasuk SRJK (C) Chong Teik.

Terdapat beberapa sekolah menengah dan sekolah rendah di Balik Pulau. Antaranya ialah SK Kongsi, SK Balik Pulau, SK Genting, SK Tan Sri Awang Had Salleh, dan sebagainya.

Terdapat satu lokasi yang sama taraf kepopularannya dengan durian iaitu Pantai Pasir Panjang. Pantai ini menerima tempias ombak tsunami pada 2004. Kem Pusat Latihan Khidmat Negara White House turut terdapat di sini. Resort ini menjadi pusat latihan kepada pelajar selepas menamatkan alam persekolahan.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Dari segi kegiatan penduduk setempat, terdapat beberapa bentuk pekerjaan yang dilakukan. Penanaman padi merupakan antara kegiatan penduduk di sini. Selain itu ada juga di antara mereka yang menjadi nelayan. Jeti yang biasa digunakan untuk memunggah ikan ialah jeti Pulau Betung dan jeti Jalan Bahru. Di Balik Pulau terdapat ladang kelapa sawit yang terletak di Permatang Pasir dan juga Kuala Sungai Pinang. Ada juga diantara penduduknya yang mengerjakan kebun memandangkan Balik Pulau terkenal dengan buah duriannya dan buah-buahan lain seperti rambutan dan manggis. Selain itu, terdapat perusahaan Industri Kecil dan Kederhana(IKS) yang mengeluarkan makanan ringan seperti kerepek, maruku dan perusahaan belacan. Di samping itu, terdapat kilang memproses mee,koey teow dan makanan yang berasaskan soya dan tepung. Di sini juga terdapat kilang batik iaitu di Sungai Rusa dan Jalan Bahru. Tidak ketinggalan banyak kedai makan yang diusahakan oleh penduduk tempatan terutamanya di Jalan Bahru dan Sungai Burung. Kegiatan-kegiatan ini merupakan pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk di sini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ II, Administrator. "The Back of the Island - Balik Pulau". www.visitpenang.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-20. Dicapai pada 2017-03-15.
  3. ^ "myPenang - A Day in Balik Pulau". mypenang.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-15. Dicapai pada 2017-03-15.
  4. ^ jalmsab@st (2015-07-13). "Forget D24 and Maoshan, try kampong durians in Penang". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-03-15.
  5. ^ Marco Ferrarese. "9 reasons Penang will rock your socks off". CNN. Dicapai pada 2017-03-15.
  6. ^ "From jungle durians to a tour, our pick of farms to visit in Balik Pulau". 2015-06-28. Dicapai pada 2017-03-15.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]