Batu 9 Cheras

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bandar Batu 9, Cheras)

Pekan Batu 9 Cheras terletak di Mukim Cheras dalam daerah Hulu Langat, negeri Selangor, Malaysia. Pekan ini terletak kira-kira 2 kilometer dari sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Grand Saga Cheras-Kajang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Mula-mulanya hampir 86% penduduk setinggan pinggir hutan terdiri daripada orang-orang Cina. 90% pengganas komunis adalah orang Cina. Setinggan Cina bertambah kepada 40,000 orang sejak 1945 dan ini amat membimbangkan. RM300 juta setahun digunakan untuk membeli dan membiayai kelengkapan senjata bagi menghapuskan pengganas komunis.

Pada bulan September 1948, Sir Henry Gurney dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.

Pada bulan Oktober 1951, Sir Henry Gurney ditembak mati oleh pengganas komunis dalam satu serang hendap di Bukit Fraser.

21 Mac 1950 - Leftenan Jeneral Sir Harold Brigg dilantik sebagai Pengarah Operasi Darurat di Tanah Melayu. Beliau menggantikan Sir Henry Gurney dan meneruskan dasar-dasar sebelum itu. Beliau hanya memulakan tugas secara rasmi pada 3 April 1950. Beliau merupakan komander yang berpengalaman luas dengan taktik peperangan gerila di hutan rimba. Tugasnya untuk :

  • Melunturkan semangat komunis
  • Menyekat sumber kewangan
  • Kawalan ketat ke atas kawasan yang berpenduduk padat.
  • Memisahkan hubungan antara penduduk setinggan dengan organisasi komunis.
  • Memaksa komunis menyerang di luar kawasan hutan supaya komunis tidak dapat menyerang hendap ke atas pasukan keselamatan di dalam hutan.

Akhirnya, seramai 572,917 orang telah dipindahkan ke 480 kampung batu antara Jun 1950 hingga akhir 1952 Di Selangor terdapat 97,346 orang di 49 buah kampung baru.

MCA atau Persatuan Cina Malaya banyak membantu menubuhkan kampung baru. Presiden MCA cawangan Selangor ketika itu ialah Tun Lee Hau Shik. Pada bulan Jun 1950 MCA menyumbang RM65,345,10 untuk membina kampung-kampung baru. Dari bulanFebruari 1950 hingga tahun 1953, cabutan loteri ‘Million Dolar Lottery‘ diadakan. Keuntungan dari cabutan loteri ini digunakan untuk kebajikan.

Pada bulan November 1951, RM550.00 digunakan untuk membina sekolah di Kampung Baru Cheras Batu 9 dan Batu 11.

MCA pusat pimpinan Tan Cheng Lock menemui Jame Griffith, Setiausaha Tanah Jajahan British menyeru agar syarat kewarganegaraan dalam Perjanjian Persekutuan 1948 patut dilonggarkan. Pada bulan September 1952, Mesyuarat Raja-Raja Melayu setuju melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan bagi membolehkan 1.2 juta orang Cina dan 180,000 orang India dengan serta merta menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.