Bandar Bukit Puchong 1, Puchong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bandar Bukit Puchong 1 merupakan sebuah taman perumahan yang terletak di Puchong, Selangor, Malaysia dan adalah perbandaran kembar dengan Bandar Bukit Puchong 2. Di perbandaran ini terdapat sebuah masjid iaitu Masjid Bandar Bukit Puchong, balai polis, beberapa buah tadika, 8 padang permainan, beberapa deretan kedai dan kawasan perindustrian selain kawasan perumahan. Hampir 50% penduduk di perbandaran ini berbangsa Melayu. Bandar Bukit Puchong merupakan sebuah kawasan ladang getah sebelum dibangunkan. Pada tahun 1997, syarikat pemaju Bukit Hitam Sdn. Bhd telah meneroka kawasan ladang getah ini dan membina rumah-rumah teres 2 tingkat. Masyarakat telah mula menduduki kawasan perumahan Bandar Bukit Puchong pada tahun 1998.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]