Bandar Cina Yokohama
| Bandar Cina Yokohama |
|---|


Bandar Cina Yokohama (横浜中華街, Yokohama chūkagai, Cina tradisional: 橫濱中華街) ialah sebuah bandar yang berada di Yokohama, Jepun. Bandar ini bersempadan dengan bahagian selatan pusat Tokyo. Ia ditubuhkan pada pertengahan abad ke-19 oleh pendatang dari Dinasti Qing. Daerah ini dianggarkan memiliki 4.000-5.000 penduduk.
Bandar Cina Yokohama ialah salah satu kawasan majoriti etnik China terbesar di Jepun, lebih besar daripada Nankin-machi di Kobe dan Shinchi di Nagasaki. Daerah ini dikenal sebagai tempat berbelanja oleh pelancong tempatan atau antarabangsa dengan kira-kira 250 kedai dan restoran makan yang bertema budaya Cina.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Penubuhan bandar bermula sekitar tahun 1859 selepas Pelabuhan Yokohama dibuka untuk perniagaan dengan kapal asing. Pentadbir Yokohama ketika itu membolehkan pendatang asing, salah satunya orang Cina dari Dinasti Qing untuk tinggal di Yokohama. Sebagian besar peniaga berasal dari wilayah Kanton, Hong Kong dan Guangdong. Banyak dari mereka yang juga bekerja kasar.[2]
Kampung kecil Cina di Yokohama perlahan menjadi ramai selepas pedagang ekspor-impor Qing dari Shanghai mulai berdatangan. Mereka dibolehkan untuk menubuhkan kuil agama Konghucu, bangunan kongsi dan sekolah bahasa China. Yokohama Chukagai dikenal sebagai salah satu Chinatown moden awal di Jepun. Penduduk Cina di Yokohama membuka pelbagai macam usaha seperti kedai runcit, kedai pakaian dan lainnya. Diketahui kedai mi tarik (la mian, disebut lau min di Jepun) buka pada tahun 1872.[2]
Semasa berlakunya Perang China-Jepun Pertama pada tahun 1894, pendatang di bandar ini banyak yang kembali ke kampung halamannya. Selepas perang berakhir, lebih banyak pendatang yang memutuskan untuk bertempat di Yokohama Chukagai. Pada 1899, berlaku sebuah tetapan baharu dari Kerajaan Jepun. Semua pendatang Cina, baik yang sudah lama bertempat atau pendatang baharu, harus mematuhi akta 1899. Pada akta itu, tetapan mengenai tanah di Pekan Cina sebelumnya sudah tidak berlaku. Hanya orang Jepun asli yang berhak memegang jenis pekerjaan atau kerjaya seperti aktiviti impor-ekspor. Pendatang tetap dibolehkan untuk menubuhkan rumah di luar bandar dan berbaur dengan penduduk Jepun asli.
Pada awal abad ke-20, Yuan Shikai dan Sun Yat-sen terkenal pernah tinggal di Chinatown ini. Pada masa ini juga, pendatang Cina dihadiahkan kewarganegaraan Jepun dan wilayahnya masuk ke dalam industri Bandar Yokohama. Merujuk kepada sebuah data pada tahun 1921, jumlah kedai di seluruh Yokohama ialah sekitar 263. 149 kedai milik orang Jepun, 79 milik orang Eropa dan Amerika, sementara kedai milik Cina sekitar 35. 5 di antaranya ialah kedai makan kecil yang menyediakan masakan Kanton.[3]
Pada gempa bumi besar Kanto 1 September 1923 yang menjejaskan 140.000 mangsa, 1/3 penduduk Bandar Cina dari 4.500 orang meninggal dunia. Bandar ini dapat pulih kembali pada tahun 1930, banyak dari penduduk Jepun yang bersimpati pada mereka. Dalam buku Yokohama-shi-shi-kō: Fūzoku-hen (Manuskrip Sejarah Kota Yokohama: Edisi Adat Istiadat) terbitan tahun 1932 ditulis bahwa orang yang berkunjung ke Nankinmachi pasti akan melihat banyaknya restoran di sana, paling tidak ada lebih dari 20 tempat makan yang namanya berakhiran dengan lóu (楼, menara, pangsapuri). Dalam surat kabar Yokohama Bōeki Shinpō (Harian Niaga Yokohama) edisi 23 Juli 1934 memuat rencana yang mengakui lazatnya masakan restoran China di Nankinmachi. Semasa berlakunya Perang Dunia Kedua, sebahagian penduduk Cina memilih untuk tetap bertahan kerana sudah lama tinggal di sana. Kedai-kedai tutup agar mereka tidak tampak menyerlah.
Selepas perang berakhir, Pelabuhan Yokohama kembali menjadi ramai. Orang-orang dari Hong Kong banyak berdatangan untuk menetap. Menurut akhbar Kanagawa Shimbun edisi 20 Februari 1946, diketahui terdapat 96 rumah makan. Pada tahun 1955, sebuah gerbang paifang ditubuhkan di jalan besar yang merupakan jalan masuk ke tempat ini. Gerbang paifang tahun 1955 dirubuhkan pada tahun 1989, dan diganti gerbang baru. Pada tulisan di bagian atas pintu gerbang dituliskan pepatah shinjin zenrin (親仁善隣) (qinren shanlin) yang bermakna persahabatan antarnegara dan rumah yang berjiranan. Selepas adanya tulisan itu, nama gerbang ini ikut diubah menjadi Zenrin-mon (Shanlinmen).[4]
Pada 2006, kuil Mazu Miao ditubuhkan sebagai bahagian dari ulang tahun Yokohama Chinatown yang ke-150. Kuil itu menjadi salah satu tempat minat bagi pelancong yang datang ke bandar Yokohama.
Jalur Minato Mirai yang menghubungkan Stesen Yokohama dan Minato Mirai 21 dirasmikan pada 1 Februari 2004. Stesen tujuan akhir jalur kereta api bawah tanah tiub Minato Mirai adalah Stesen Motomachi-Chūkagai yang berada di Chinatown Yokohama. Dari Tokyo, kereta api Jalur Tōkyū Tōyoko berangkat dari Stesen Shibuya dan juga berakhir di Stesen Motomachi-Chūkagai. Selepas melewati Stesen Yokohama, Jalur Tōkyū Tōyoko juga disebut Jalur Minato Mirai.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Yamashita, Kiyomi (2003). "Formation and Development of Chinatown in Japan". Geographical Review of Japan. 76 (12): 910–923. doi:10.4157/grj.76.12_910.
- ^ a b Sakamoto, Kazutoshi (2008). 誰も知らない中国拉麺之路 (ラーメンロード) : 日本ラーメンの源流を探る. Shogakukan. m/s. 57–59. ISBN 9784098250097. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=(bantuan) - ^ 横浜中華街 p. 83
- ^ "牌楼(パイロウ)と風水". Yokohama Chinatown Development Association. Dicapai pada 2010-07-01.