Bandar Damansara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bandar Damansara ialah sebuah bandar baru yang terletak di dalam mukim Sungai Karang daerah Kuantan, Pahang. Bandar seluas 2,050 ekar ini terletak di laluan Jalan Kuantan-Bypass menuju ke Gebeng. Projek luar bandar ini dibangunkan oleh syarikat Damansara Realty yang bertanggungjawab membuka penempatan awal di sini. Peringkat pertama Bandar Damansara telah siap sepenuhnya lewat tahun 2005. Peringkat ini lengkap dengan kemudahan surau,Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom, lot kedai, tapak pasar petang, gelanggang badminton dan pondok pengawal yang dilengkapi CCTV.

Lewat tahun 2008, Pasdec Corporation, sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang telah membeli tanah di kawasan ini sekaligus membina perumahan Damansara Fasa Kedua. Sebuah taman permainan kanak-kanak juga dibina untuk kemudahan orang ramai di samping cadangan untuk membina sebuah surau pada masa akan datang. Pasdec juga dalam perancangan akan melanjutkan lagi kawasan perumahan di sini dan dijadual siap sepenuhnya pada 2015 selepas jalan utama ke fasa 2 disambung ke laluan Jabor.