Gerik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bandar Gerik)
Gerik
Bandar dan ibu daerah
Gerik is located in Bumi
Gerik
Gerik (Bumi)
Koordinat: 5°25′N 101°08′E / 5.417°N 101.133°E / 5.417; 101.133
NegaraMalaysia
NegeriPerak
DaerahHulu Perak
Pentadbiran
 • JenisKerajaan tempatan
 • BadanMajlis Daerah Gerik
 • PresidenMohd Zairasyahli Shah Zakaria
Zon waktuUTC+8 (Waktu Piawai Malaysia)
Laman sesawanghttps://www.gerik.gov.my/
Majlis Daerah Gerik
Majlis Daerah Gerik
Akta Kerajaan Tempatan 1976
Jenis
Jenis
Municipal Council bagi Gerik
Sejarah
Diasaskan1 December 1979
Kepimpinan
Presiden
Mohd Zairasyahli Shah Zakaria
Kumpulan politik
Councillors:
  •      DAP (6)
  •      PKR (3)
  •      Amanah (1)
  •      UMNO (4)
  •      Vacant (11)
Moto
Menuju Era Gemilang
Tempat persidangan
Jalan Haji Meor Yahaya, 33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan.
www.gerik.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Gerik (Jawi: ڬريق) di Daerah Hulu Perak, negeri Perak, Malaysia merupakan bandar yang terletak di tengah lembah di antara banjaran-banjaran Bintang dan Titiwangsa. Digelar Bandar Persinggahan oleh kerana kedudukannya yang terletak di tengah-tengah jajaran Lebuhraya Timur-Barat, yang merupakan salah satu laluan utama ke negeri-negeri pantai timur. Gerik juga adalah gerbang barat ke Taman Negeri Royal Belum.

Sejarah Gerik[sunting | sunting sumber]

Dari catatan sejarah, orang yang mula-mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak, bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani dan kemudian berpindah ke Belum, Gerik. Beliau menjadi ketua masyarakat di Belum.

Gerik bersempadan dengan Negeri Reman di utara. Raja Reman menceroboh masuk ke Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh (Pengkalan Hulu). Menjelang kurun ke-19, sebahagian besar daerah Gerik telah ditakluki oleh Raja Reman. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan beraja di Reman telah dihapuskan oleh kerajaan Siam dan daerah Gerik menjadi jajahannya.

Pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam telah membuat perjanjian dengan kerajaan Inggeris untuk menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam. Antara syarat dalam perjanjian itu, kerajaan Siam hendaklah juga menyerahkan balik daerah Gerik yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada kerajaan negeri Perak. Istiadat penyerahan daerah Gerik itu telah berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909.

Asal-usul nama[sunting | sunting sumber]

Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang bernama Gerik itu masih diliputi hutan belantara dan masih terletak bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai, lalu meneroka hutan di kuala sungai tersebut bagi dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad).

Tidak berapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.

Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang ganjil terbit dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orangnya menggali di situ untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.

Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan sedang menggerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.

Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan 'Gerit' itu telah digunakan beberapa lama dan kemudiannya sebutan dan ejaannya diubah daripada 'Gerit' menjadi 'Grik', kemudian menjadi 'Gerik' seperti yang digunakan sekarang.

dekan : sejenis haiwan seakan-akan tikus; masih boleh ditemui di hutan Belum.

Gerik Kini[sunting | sunting sumber]

Sekarang Gerik telah membangun dengan pesat dan banyak kemudahan, bangunan-bangunan kedai, serta kawasan-kawasan perumahan baru seperti Bandariang telah diwujud. Gerik terletak di tengah-tengah lebuh raya yang menghubungkan Pulau Pinang, Butterworth dan Kota Bharu.

Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[sunting | sunting sumber]

  • P.054 GERIK - Yang Berhormat Tuan

Fathul Huzir bin Ayob (PN)- BERSATU

Dewan Undangan Negeri Perak[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]