Bandar Jasin
Bandar Jasin | |
|---|---|
Bandar Jasin | |
| Koordinat: 2°18′38″N 102°25′52″E / 2.31056°N 102.43111°E | |
| Negara | |
| Negeri | |
| Daerah | Daerah Jasin |
| Mukim | Bandar Jasin |
| Pentadbiran | |
| Penduduk (2001) | |
| • Jumlah | 92,883 |
| Zon waktu | Waktu Piawai Malaysia |
| Laman sesawang | www.mpjasin.gov.my/ |
Bandar Jasin merupakan bandar yang terletak di Daerah Jasin, Melaka, Malaysia.[1]
Melaka dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).
Sungai Kesang mengalir melalui tengah-tengah pusat bandar Jasin dan bersambung sehingga ke Muar, Johor. Sungai ini memisahkan kawasan bandar baru daripada pusat bandar lama.
Bandar Jasin ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Jasin 1, Jasin 2, Jasin 3.
Pusat bandar lama (Jasin 1) terdiri daripada deretan rumah-kedai dua tingkat binaan tahun 1920-an. Perniagaan dijalankan di tingkat bawah manakala pemilik tinggal di tingkat atasnya.
Bangunan-bangunan komersil baru pula dibina di kawasan bandar baru Jasin dan Jambatan Dato' Senara menghubungkan bandar baru ini dengan bandar lama.
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Bandar Jasin merupakan salah sebuah bandar yang terdapat dalam negeri Melaka, dan juga merupakan satu dari bandar yang terletak dalam pentadbiran mukim Daerah Jasin.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-05-29.CS1 maint: archived copy as title (link)