Bandar raya Quebec

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bandar Raya Quebec)
Jump to navigation Jump to search
Bandaraya Quebec
Bandar raya
Ville de Québec
Ville de Québec01.jpg
Bendera Bandaraya Quebec
Flag
Jata Bandaraya Quebec
Jata
Panggilan: 
La Vieille Capitale
Moto: 
Don de Dieu feray valoir
("I shall put God's gift to good use"; the Don de Dieu was Champlain's ship)
Bandaraya Quebec yang terletak di Quebec
Bandaraya Quebec
Bandaraya Quebec
Koordinat: Ralat Lua pada baris 80 di package.lua: module 'Modul:ISO 3166/data/CA' not found.
Country Kanada
Provinsi Quebec
Wilayan pentadbiranCapitale-Nationale
Komuniti metropolitanCommunauté métropolitaine de Québec
KelompokanKelompokan Bandaraya Quebec
Diasaskan3 Julai 1608 oleh Samuel de Champlain
Tarikh pembentukan1833
Kerajaan
 • Datuk BandarRégis Labeaume
 • Ketua majoritiJean-Marie Matte
 • Senator persekutuanDennis Dawson
 • Ahli Dewan Rakyat Kanada
 • Perhimpunan Kebangsaan Quebec
Keluasan
 • Bandar raya454.26 km2 (175.39 batu persegi)
 • Bandar
670.10 km2 (258.73 batu persegi)
 • Metro
3,276.53 km2 (1,265.08 batu persegi)
Penduduk
 • Bandar raya491,142 (Ke-10)
 • Kepadatan1,081.2/km2 (2,800/batu persegi)
 • Bandar
659,545
 • Kepadatan bandar984.2/km2 (2,549/batu persegi)
 • Metro
715,515 (Ke-7
 • Kepadatan metro218.4/km2 (566/batu persegi)
Zon waktuUTC−5 (Timur)
 • Musim panas (DST)UTC−4 (EDT)
Kod kawasan418/581
Kod SGC24 23 027
Peta NTS021L14
Kod GNBCEHTWR
Laman webOfficial website of Quebec City

Quebec (/[invalid input: 'icon']kwˈbɛk/ or /kɛˈbɛk/; Bahasa Perancis: Québec [keˈbɛk]  (Speaker Icon.svg dengar)), juga dikenali sebagai Québec, Quebec City atau Québec City (Bahasa Perancis: Ville de Québec)[3] ialah ibu kota kepada provinsi Quebec, salah satu provinsi Kanada di wilayah Capitale-Nationale. Ia merupakan bandar raya yang kedua terbanyak penduduk di Quebec, selepas Montreal yang terletak sekitar 233 kilometer (145 mi) di barat daya. Menurut Banci Kanada 2006, bandar rayanya mempunyai 491,142 penduduk,[1] manakala kawasan metropolitannya mempunyai 715,515 orang.[2]

Penyempitan Sungai Saint Lawrence berhampiran tanjung tinggi bandar raya Cap-Diamant (Tanjung Diamond), dan Lévis, di tebing yang bertentangan, memberikan nama kepada bandar raya Kébec, sepatah perkataan Algonquin yang membawa pengertian "di mana sungai menyempit". Diasaskan pada 1608 oleh Samuel de Champlain, Bandaraya Quebec ialah salah satu kota yang tertua di Amerika Utara. Kubu yang mengelilingi Quebec Lama (Vieux-Québec) ialah satu-satunya tembok kota berkubu yang masih wujud di sebelah utara Mexico di benua Amerika dan telah pun diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia 'Daerah Bersejarah Québec Lama' oleh UNESCO pada 1985.[4][5]

Pelbagai pesta diadakan setiap tahun, termasuklah Pesta Musim Panas, Karnival Musim Sejuk, dan pesta Château Frontenac, hotel yang menguasai latar langit bandar raya. Perhimpunan Kebangsaan Quebec, Musée national des beaux-arts du Québec (Muzium Negara Seni Halus Quebec), dan Musée de la civilisation (Muzium Peradaban) terletak berhampiran Vieux-Québec.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Statistik Kanada. Profil Komuniti 2006 — Subbahagian Banci — Bandaraya Quebec
  2. ^ a b Statistik Kanada. Profil Komuniti 2006 — Kawasan Metropolitan Banci — Bandaraya Quebec
  3. ^ Menurut kerajaan persekutuan dan kerajaan provinsi, Québec (dengan aksen tirus) ialah nama rasmi bandar raya dalam kedua-dua bahasa Perancis Quebec dan bahasa Inggeris Kanada. Walaupun nama tempat Perancis di Kanada biasanya mengekalkan aksennya dalam bahasa Inggeris dan nama bandar raya tidak terangkum dalam 81 tempat pan-Kanada yang penting, dengan bentuk rasmi dalam kedua-dua bahasa, sebagaimana dengan kes provinsi Quebec/Québec, Quebec ialah kekecualian yang sah dan mantap dalam bahasa Inggeris (sebagaimana dengan Montreal). Begitu juga, Quebec City ialah bentuk yang umum ditemui (misalnya, sebagaimana dengan Canadian Oxford Dictionary (ISBN 0-19-541816-6, m.s. 1265)), dan digunakan khususnya untuk membezakan bandar raya daripada provinsinya. Menurut Editing Canadian English (ISBN 1-55199-045-8, m.s. 77), bentuk Québec City tidak masuk akal, baik dalam bahasa Inggeris mahupun dalam bahasa Perancis; bagaimanapun, ia digunakan oleh kerajaan perbandaran dan sumber yang lain (misalnya, Lapangan Terbang Antarabangsa Québec City Jean Lesage).
  4. ^ "Daerah Bersejarah Québec Lama". Warisan Dunia; UNESCO. Dicapai pada 12 Januari 2009.
  5. ^ "Bandaraya Quebec Lama, Tujuh Keajaiban Kanada". cbc.ca. Dicapai 12 Februari 2008.