Pergi ke kandungan

Bandar Saujana Putra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Latar Belakang

Sebuah perbandaran yang serba lengkap, Bandar Saujana Putra atau dikenali sebagai BSP terletak di lokasi yang berdekatan dengan bandar-bandar utama seperti Rimbayu dan Banting. Bandar Saujana Putra adalah merupakan model kehidupan masyarakat dengan rumah-rumah yang berkualiti dengan harga berpatutan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk sekolah, kedai, balai polis, taman-taman, masjid dan hospital. Sebelum ini, BSP merupakan sebuah lombong dan juga tanah hutan berpaya. Tempat ini diasaskan pada tahun 2003 oleh LBS Bina Berhad dan pendudukan BSP bermula pada tahun 2006. Nama sebelum bagi Bandar Saujana Putra adalah Mukim Tanjong Duabelas dan ia terletak di bawah pentadbiran Zon 7 Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Bandar Saujana Putra
BSP
Perbandaran
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiباندر ساوجان ڤوترا
 • Bahasa Cina绍嘉娜太子城 (Shào Jiā Nà Tài Zǐ Chéng)
 • Bahasa Tamilசௌஜனா புத்ரா நகரம் (Caujaṉā putrā nakaram)
 • Bahasa Benggaliসৌজানা পুত্র শহর (Saujānā putra śahara)
Jalan di kawasan Bandar Saujana Putra
Jalan di kawasan Bandar Saujana Putra
Map
Peta Bandar Saujana Putra
Bandar Saujana Putra yang terletak di Selangor
Bandar Saujana Putra
Bandar Saujana Putra
Bandar Saujana Putra (Selangor)
Bandar Saujana Putra yang terletak di Semenanjung Malaysia
Bandar Saujana Putra
Bandar Saujana Putra
Bandar Saujana Putra (Semenanjung Malaysia)
Bandar Saujana Putra yang terletak di Malaysia
Bandar Saujana Putra
Bandar Saujana Putra
Bandar Saujana Putra (Malaysia)
Koordinat: 2.946984°N 101.579676°E
Negara Malaysia
Negeri Selangor
Daerah Kuala Langat
MukimTanjong Duabelas (I)
Ditubuhkan2003
Diasaskan olehLBS Bina Berhad
Pentadbiran
 • Ditadbir olehMajlis Perbandaran Kuala Langat
Keluasan
 • Jumlah3.4 km2 (1.3 batu persegi)
Penduduk
 • Jumlah30,000 (anggaran)
Zon waktuWPM
Poskod
42610
Laman sesawanghttps://www.mpkl.gov.my
Lokasi Bandar Saujana Putra di Peta Google
ELITE BSP
Papan tanda Persimpangan Saujana Putra di Lebuhraya ELITE

Setakat ini, lebih daripada 6,000 unit kediaman dan komersial telah siap dan dijual dengan populasi perbandaran melebihi 30,000[1]. Diarkibkan 2018-01-02 di Wayback Machine.

Stesen minyak Petron dan Petronas terletak di sini. Stesen minyak Caltex akan berada di BSP pada masa hadapan.

Pada 21/9/2023, Masjid Bandar Saujana Putra telah dibuka secara umum kepada umat Islam di BSP.

Buku Rekod Malaysia (MBP)

[sunting | sunting sumber]

BSP21, iaitu kondominium di Bandar Saujana Putra telah mendapat rekod dari 'The Malaysia Book of Records' sebagai 'bilangan fasiliti terbanyak dalam pembangunan kediaman' iaitu sebanyak 103 fasiliti.[1][2]

Akses ke Bandar Saujana Putra

[sunting | sunting sumber]

Kawasan di Bandar Saujana Putra

[sunting | sunting sumber]
BSP21
Kondominium BSP21
Perumahan di SP4
Kawasan perumahan di SP4

Bandar Saujana Putra mempunyai zon-zon kawasan iaitu dari Persiaran Saujana Putra, hingga ke Jalan SP7. Juga, SP 11 merupakan kawasan BSP walaupun berjauhan dari pusat bandar BSP.

  • Persiaran Saujana Putra:
    • SP 1
    • SP 2
    • SP 3
  • Persiaran Saujana Putra Utama/Jalan Saujana Putra:
    • SPU (Lot Perniagaan)
    • SP 4
    • SP 5 (BSP Village)
    • SP 6
  • Jalan SP7:
    • SP 7
    • SP 8
    • SP 9
    • SP 10 (BSP Avenue)
  • Jalan SP 11/1:
    • SP 11 (Idaman BSP, BSP Sutera)

Kemudahan asas

[sunting | sunting sumber]
Dewan Serbaguna BSP
  1. Sekolah Kebangsaan Saujana Putra
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Saujana Putra
  3. Universiti MAHSA
  4. Sekolah Antarabangsa MAHSA

Tempat beribadat[3]

[sunting | sunting sumber]
  1. Masjid Bandar Saujana Putra
  2. Surau An-Nur
  3. Surau Al-Hidayah
  4. Surau Al-Mukmin (Pangsapuri Seri Saujana)
  5. Surau Al-Hijrah (Rumah Pangsa Impian)
  6. Tokong Cina Sugata Dharma Vihara
  7. Gereja Bible Perkataan Rahmat

Kemudahan lain[3]

[sunting | sunting sumber]
  1. Dewan Serbaguna BSP
  2. Dewan Pangsapuri Seri Saujana
  3. Dewan Komuniti Rumah Pangsa Impian
  4. Balai Polis Bandar Saujana Putra
  5. Klinik Komuniti Bandar Saujana Putra
  6. Hospital Pakar MAHSA
  7. Petron Bandar Saujana Putra
  8. Petronas Bandar Saujana Putra
  1. ^ Sakib, Erfan (2020-01-14). "20200114 INSPIRED BY THE NEEDS OF HOMEBUYERS, LBS SETS A NEW STANDARD IN THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS WITH BSP21". LBS Bina (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-20.
  2. ^ "BSP21 is Malaysia's housing project with the most facilities". Edgeprop.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-20.
  3. ^ a b c "Google Maps". Google Maps. Dicapai pada 2025-09-19.