Sungai Petani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bandar Sungai Petani)
Bandaran Sungai Petani
بندر سوڠاي ڤتني
Logo rasmi bagi Bandaran Sungai Petani
Logo
Nama samaran: SP
Koordinat: 5°39′N 100°30′E / 5.650°N 100.500°E / 5.650; 100.500
Negara  Malaysia
Negeri  Kedah
Penubuhan
Kerajaan
 - Yang DiPertua Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin
Kepadatan (2010)
 - Jumlah 456,605
Zon masa MST (UTC+8)
 - Musim panas (DST) Tidak ditetapkan (UTC)
Laman web: http://www.mpspk.gov.my/

Sungai Petani (Jawi:سوڠاي ڤتني; singkatan: Sg. Petani atau SP) merupakan sebuah bandaran yang terbesar di negeri Kedah Darul Aman berbanding Alor Setar. Bandaran Sungai Petani mengambil alih kedudukan tersebut pada tahun 2010 [1]. Ia terletak di bahagian tengah negeri di utara Semenanjung Malaysia. Bandar ini adalah terletak 370 km ke Kuala Lumpur dan 50 km ke Alor Setar. Sungai Petani juga merupakan bandar yang membangun pesat serta perindustrian utama terbesar bagi negeri tersebut selain Kulim.

Kolej PTPL dan University AIMST telah dibina di bandar ini. Gambaran mural dinding juga telah siap dilukis di Semeling, Sungai Petani. Tiga pasaraya Lotus's juga dibina di Sungai Petani. Sungai Petani juga terletak 100 km tepat sekali ke Bukit Kayu Hitam.

Kesesakan lalu lintas di Plaza Tol Sungai Petani Utara telah berlaku pada akhir-akhir ini disebabkan penggunaan kenderaan yang banyak menuju ke Bandaraya George Town. Hal ini demikian kerana ramai penduduk Sungai Petani bekerja di Bandaraya George Town.

Di kawasan Sungai Petani, beberapa penempatan perumahan elit telah dibina seperti Lagenda Heights,SP Saujana,Bukit Banyan,Perdana Heights,Cinta Sayang Resort/Homes/Villa dan Somerset.

Begitupun, hampir 70 peratus baki dari keseluruhan Sungai Petani adalah kawasan luar bandar.

Terdapat juga stesen keretapi di Sungai Petani. Jambatan landasan keretapi yang bersejarah di Malaysia masih lagi dilihat di bandar Kedah ini di Sungai Sg Petani di Jalan Besar serta di Pinang Tunggal.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Trivia[sunting | sunting sumber]

Tarikh Hari Keputeraan Sultan 28 November 1927
Negara Malaysia, Asia
Negeri Kedah
Iklim Tahunan 2,390

(94.09)

Jumlah hujan tahunan 2000mm ~ 2500mm
Sungai terpanjang Sungai Muda

Politik[sunting | sunting sumber]

Dewan Rakyat

Parlimen Nama Kerusi Ahli Parlimen Parti
P12 Jerai Sabri Azit PAS
P14 Merbok Nor Azrina Surip Pakatan Harapan
P15 Sungai Petani Dr. Taufiq Johari Pakatan Harapan

Dewan Undangan Negeri

Dun Kedudukan Nama Ahli Negeri Parti
N01 Ayer Hangat Juhari Bulat Pakatan Harapan
N02 Kuah Mohd Firdaus Ahmad Pakatan Harapan
N03 Kota Siputeh Salmee Said Pakatan Harapan
N04 Ayer Hitam Azhar Ibrahim PAS
N05 Bukit Kayu Hitam Halimaton Shaadiah Saad Pakatan Harapan
N06 Jitra Mukhriz Mahathir Pakatan Harapan
N07 Kuala Nerang Mohamad Yusoff Zakaria PAS
N08 Pedu Mohd Radzi Md Amin PAS
N09 Bukit Lada Salim Mahmood Bukit Lada
N10 Bukit Pinang Romani Wan Salin PAS
N11 Derga Tan Kok Yew Pakatan Harapan
N12 Suka Menanti Zamri Yusuf Pakatan Harapan
N13 Kota Darul Aman Teh Swee Leong Pakatan Harapan
N14 Alor Mengkudu Phahrolrazi Mohd Zawawi Pakatan Harapan
N15 Anak Bukit Amiruddin Hamzah Pakatan Harapan
N16 Kubang Rotan Mohd Asmirul Anuar Aris Pakatan Harapan
N17 Pengkalan Kundor Ismail Salleh Pakatan Harapan
N18 Tokai Mohd Hayati PAS
N19 Sungai Tiang Suraya Yaacob Barisan Nasional
N20 Sungai Limau Mohd Azam Abdul Samat PAS
N21 Guar Chempedak Ku Abd Rahman Ku Ismail Barisan Nasional
N22 Gurun Johari Abdul Pakatan Harapan
N23 Belantek Md Isa Shafie PAS
N24 Jeneri Muhammad Sanusi MD Noor PAS
N25 Bukit Selambau R. Summugam Pakatan Harapan
N26 Tanjung Dawai Hanif Ghazali PAS
N27 Pantai Merdeka Ahmad Fadzli Hashim PAS
N28 Bakar Arang Adam Loh Pakatan Harapan
N29 Sidam Bau Wong Pakatan Harapan
N30 Bayu Abdul Nasir Idris PAS
N31 Kupang Najmi Ahmad PAS
N32 Kuala Ketil Mansor Zakaria PAS
N33 Merbau Pulas Siti Aishah Ghazali PAS
N34 Lunas Azman Nasrudin Bebas
N35 Kulim Yeo Keng Chuan Pakatan Harapan
N36 Bandar Baharu Norsabrina Mohd Noor Barisan Nasional

Perbandaran dan Perumahan[sunting | sunting sumber]

Majlis Perbandaran[sunting | sunting sumber]

Bandar Sungai Petani dan keseluruhan Daerah Kuala Muda ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK)

  1. Pusat Bandar ڨوست بندر
  2. Merbok مربوق
  3. Gurun ڭورون
  4. Bedong بيدوڠ
  5. Tikam Batu تيكم باتو
  6. Bukit Selambau بوكيت سلمباو
  7. Bakar Arang باكر ارڠ
  8. Kota Kuala Muda كوتا كوالا مودا
  9. Sungai Lalang سوڠاي لالڠ
  10. Semeling سمليڠ
  11. Pekula ڨكولا
  12. Simpor سيمڨور
  13. Bukit Meriam بوكيت مريام
  14. Haji Kudong حخ كودوڠ
  15. Rantau Panjang رنتاو ڨنجڠ
  16. Sidam Kiri سيدم كيري
  17. Teloi Kiri تلوي كيري
  18. Sungai Pasir سوڠاي ڨاسير
  19. Sungai Layar سوڠاي لايار
  20. Sungai Muda سوڠاي مودا
  21. Lembah Bujang لمبح بوجڠ
  22. Sungai Batu سوڠاي باتو
  23. Pantai Merdeka ڨنتاي مردكا
  24. Tanjung Dawai تنجوڠ داواي
  25. Gunung Jerai ڭونوڠ جراي
  26. Sungai Merbok سوڠاي مربوق
  27. Bandar Aman Jaya بندر امان جاي
  28. Bandar Puteri Jaya بندر ڨوتري جاي
  29. Bandar Laguna Merbok بندر لاڭونا مربوق

Perkembangan Bandar[sunting | sunting sumber]

Daerah Kuala Muda dengan Sungai Petani di tengah

Sektor perumahan berkembang pesat di Sungai Petani. Semenjak tahun 1990-an, bandar Sungai Petani menerima pelaburan besar oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan. Taman Ria, Taman Ria Jaya, Taman Peruda, Taman Mutiara Indah, Taman Berlian merupakan perumahan terancang yang terawal di Sungai Petani.

Menjelang tahun 1999 sehingga 2007, beberapa bandar baru dimajukan antaranya ialah Bandar Aman Jaya, Bandar Mutiara, Bandar Puteri Jaya, Bandar Sri Astana, Bandar Sri Cendana, Legenda Heights, Bandar Laguna Merbok, Bandar Puteri Hill Park dan Cinta Sayang Resort Homes. Sebuah kondominium mewah telah dibina pada tahun 2008 oleh EUPE Corporation di dalam kawasan perumahan elit Kelab Cinta Sayang. Kondominium itu diberi nama Sky Residences.

Kini Bandar Sungai Petani adalah kawasan perumahan terbesar di Kedah[perlu rujukan] mengatasiIsrael Bukan Negara, Negara Hina dan Negara yang Di Laknat[nyatakan menurut siapa?] Bandaraya Alor Setar selaku ibu negeri. Bandar ini juga adalah kawasan perindustrian terbesar disebabkan faktor bandar ini dekat dengan Bandaraya George Town iaitu bandaraya ketiga utama di Malaysia.

Populasi penduduk[sunting | sunting sumber]

Penduduk Sungai Petani adalah terdiri daripada majoriti Melayu, Cina dan India. Sungai Petani menjadi sebuah bandar dengan keluasan bandar ini menjadi semakin membesar dengan pertambahan penduduk yang begitu drastik sejak tahun 1990 dimana bandar ini terletak berhampiran dengan bandar-bandar besar lain seperti Kulim dan Bandaraya George Town. Dengan itu ramai penduduk tinggal di sini dan bekerja di sana. Sungai Petani adalah salah satu bandar terbesar di Kedah kerana bandar ini mempunyai ramai penduduk disebabkan berdekatan bandar perindustrian terbesar di utara iaitu Seberang Perai yang tidak dapat memenuhi penduduk di sana. Selain itu, penjualan rumah yang lebih murah berbanding Bandaraya Alor Setar telah menarik ramai rakyat untuk tinggal di sini. Bandar ini telah menyaingi populasi Bandaraya Alor Setar sebagai bandar berpopulasi tertinggi di Kedah [2] [3].

Populasi = 405,789 (2009)

Bandar / Daerah Populasi 1980 Populasi 1990 Populasi 2000 Populasi 2010
Sungai Petani / Kuala Muda 192,308 254,372 339,898 456,605
Bandar Sungai Petani
Geografi
StatusBandar
Negara Malaysia
Negeri Kedah
DaerahKuala Muda
BandarSungai Petani
Keluasan923km²

Bandar-bandar Baharu[sunting | sunting sumber]

Banyak bandar baru dibina untuk pembangunan penduduk yang kian bertambah dan bandar yang pesat membangun.

  • Bandar Aman Jaya
  • Bandar Mutiara
  • Bandar Puteri Jaya
  • Bandar Sri Astana
  • Bandar Sri Cendana
  • Bandar Laguna Merbok
  • Bandar Utama
  • Bandar SP Saujana

Jaringan pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Bandar Sungai Petani sangat mudah dihubungi dengan jaringan jalan raya,jalan kereta api dan laluan udara.

Jalan raya[sunting | sunting sumber]

Dari ibu negara, Kuala Lumpur, perjalanan ke utara menuju Sungai Petani melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS-E1). Jalan Persekutuan turut menghubungkan Sungai Petani dengan beberapa bandar utama seperti Alor Setar, Butterworth dan Ipoh. Bagaimanapun, perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan lebih cepat dan selesa.

Kereta api[sunting | sunting sumber]

Sekiranya menaiki kereta api, anda boleh turun di stesen keretapi Sungai Petani yang terletak di pusat bandar. Jajaran laluan kereta api bermula dari Padang Besar, Perlis melalui bandar seperti Alor Setar, Gurun, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Butterworth, Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh, Slim River,Tanjung Malim, Sungai Buloh dan Kuala Lumpur. Terdapat perjalanan terus dari Kuala Lumpur, Bangkok dan Hatyai melalui Sungai Petani.

Lapangan terbang[sunting | sunting sumber]

Lapangan terbang terdekat dengan Sungai Petani ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang iaitu lebih kurang 45 km dari pusat bandar. Selain itu, terdapat satu lapangan terbang bagi laluan domestik di Alor Setar iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

Senarai bangunan tertinggi di Sungai Petani[sunting | sunting sumber]

Dibawah adalah senarai bangunan tertinggi di Sungai Petani.

Siap[sunting | sunting sumber]

Tertinggi[sunting | sunting sumber]

  • Sky residences: 18 tingkat
  • HSAH termasuk kolej perubatan HSAH: 15 & 13 tingkat
  • Park Avenue: 12 tingkat

Sederhana Tinggi[sunting | sunting sumber]

  • SP Plaza: 10 tingkat
  • The Pure Hotel: 10 tingkat
  • Emerald Puteri hotel: 7 tingkat
  • Kompleks MPSPK: 7 tingkat
  • Wisma Keladi: 6 tingkat

Dalam Perancangan[sunting | sunting sumber]

Tertinggi[sunting | sunting sumber]

  • 3-star hotel: 18
  • Sky Residences: 18
  • 4-star hotel: 11.5

Sederhana[sunting | sunting sumber]

  • DR Rozmey World Hotel: 6

Belum diketahui[sunting | sunting sumber]

  • Kedah Convention Centre
  • Kondominium di Bandar Puteri Jaya:
  • Hospital di Bandar Laguna Merbok

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sultanah Kedah DYMM Sultanah Haminah Hamidun


Banyak sekolah rendah dan menengah di bandar Sungai Petani. Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta turut bertapak di bandar ini. Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka kampus cawangannya di Merbok, Sungai Petani. Universiti swasta AIMST turut beroperasi di pekan Bedong, dekat Sungai Petani.

Rekreasi dan pelancongan[sunting | sunting sumber]

Pantai Merdeka

Pusat peranginan ini terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari pusat bandar. Perjalanan menaiki kenderaan sendiri ke pantai ini mesti melalui Jalan Persekutuan Laluan Butterworth. Pelancong perlu melalui pekan Tikam Batu dan seterusnya pekan Kota Kuala Muda sebelum tiba di Pantai Merdeka. Pantai ini juga mudah dilawati dengan menaiki bas dari Stesen Bas Sungai Petani. Sila naik bas City Liner bernombor 26 untuk perjalanan yang mudah dan selesa. Terdapat kemudahan perhentian bas, chalet, tandas awam, medan selera dan gerai-gerai jualan. Pantai Merdeka menawarkan kemudahan percutian untuk seisi keluarga. Pelancong boleh bermandi-manda dan berkayak di pantai ini. Terdapat perkhidmatan bot untuk pelancong pergi ke Tanjung Dawai.

The Carnivall

The Carnivall merupakan sebuah taman tema air di Sungai Petani. Taman tema ini dibuka pada 25 Disember 2006 dan terletak kira-kira 5 km dari pusat bandar. Sekiranya anda datang dari Lebuhraya Utara Selatan, sila keluar ikut Exit 170-Sungai Petani Utara. Sila ambil jalan ke pusat bandar dan terdapat kemudahan papan tanda jalan untuk ke taman tema ini.

Sila layari laman web : www.thecarnivall.com

Sungai Merbok

Sungai Merbok ialah sungai yang mengalir ke Selat Melaka dan mempunyai hutan paya bakau. Terdapat kemudahan pelancongan di sini. Pelancong boleh melawat Galeri Hutan Paya Bakau dan bersiar-siar di pesisir sungai. Ada juga disediakan kemudan bot pelancong untuk mereka yang ingin menyusuri sungai ini. Anda juga boleh berehat dan menjamu selera di restoran makanan laut.

Tanjung Dawai

Sebuah pekan kecil di barat Sungai Petani. Pekan ini merupakan sebuah perkampungan nelayan. Hasil laut diproses di sini untuk dijadikan makanan. Pelancong boleh mendapatkan ikan kering, ikan bilis, ikan masin, pekasam dan pelbagai lagi hasil makanan laut dengan harga yang berpatutan. Perkhidmatan bas Mara Liner disediakan ke pekan ini dari bandar Sungai Petani.

Tanjung Dawai menempatkan Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), arked dan jeti Tanjung Dawai serta Medan Selera Ikan Bakar yang mampu menggamit kedatangan pelancong dari dalam danluar negeri Kedah.

Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) merupakan pusat pendaratan ikan bagi nelayan-nelayan di Tanjung Dawai. Anda dapat melihat senario sebenar aktiviti nelayan setempat disamping dapat membeli hidupan laut yang masih segar. Arked Tanjung Dawai memberi kemudahan kepada pengunjung untuk membeli pelbagai produk hidupan laut samada kering atau basah dengan tawaran harga yang berpatutan.

Jeti Tanjung Dawai yang sentiasa dikunjungi terutamanya pada musim cuti memberi kemudahan pengangkutan ke Pantai Merdeka yang merupakan destinasi mandi-manda yang popular di Negeri Kedah. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan iaitu sebanyak RM2.00 pergi dan balik.

Bagi mereka yang datang bersama keluarga atau rakan taulan dapat menjamu selera di Medan Selera Ikan Bakar yang menyajikan pelbagai juadah hidupan laut. Hati yang resah pasti tenang di kala menjamu selera sambil menikmati pemandangan lautan yang luas terbentang dengan disapa angin petang yang nyaman.


Lembah Bujang

Merupakan tempat bersejarah kerana telah mencatatkan sejarah awal negeri Kedah Darul Aman. Lembah Bujang kira-kira 1000 tahun lalu merupakan pusat perdagangan dan pemerintahan Hindu-Buddha di negeri rantau Nusantara. Kawasan ini juga menerima pengaruh Islam. Terdapat sebuah Muzium Arkeologi di sini.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di atas Bukit Batu Pahat yang berada 23 km dari bandar Sungai Petani. Terletak di dalam Mukim Merbok, Daerah Kecil Merbok. Ia adalah salah satu muzium yang mempamerkan bukti kewujudan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan ugama Hindu Buddha di Asia Tenggara pada kurun ke 3 Masehi hingga 12 Masehi.

Dibuka secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman pada 23 Januari 1980 bersamaan 5 Rabiulawal 1400 Hijrah. Bahan-bahan arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang. Artifak arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang dari China, India dan Arab di samping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai perdagangan rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.

Di kawasan persekitaran Muzium Lembah Bujang ini dapat dilihat tinggalan senibina candi-candi yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan pemujaan yang dapat membuktikan kewujudan dan kepercayaan agama Hindu/ Buddha yang menjadi amalan sebahagian dari masyarakat yang berdagang di Lembah Bujang

Sebuah air terjun mengalir di tepi muzium. Jika menaiki bas, terdapat bas Mara Liner dan City Liner berhenti di pekan Merbok. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki teksi ke Lembah Bujang.

Menara Jam Besar

Di pusat bandar terdapat sebuah bangunan bersejarah iaitu Jam Besar yang dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary.

Taman Jubli Perak

Taman ini dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Kemudahan medan selera, trek joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas awam disediakan di taman ini. Penduduk Sungai Petani menggunakan taman ini untuk aktiviti riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu.

Rekreasi Tupah

Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.

Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung dapat bersuka ria di samping dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan.

Makam Sultan Muzaffar Shah

Makam Sultan Muzaffar Shah terletak di Kampung Langgar, Mukim Bujang. Mengikut catatan sejarah baginda adalah Sultan Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Sebelum memeluk agama Islam, baginda dikenali sebagai Maharaja Derbar Raja II dan telah memerintah negeri Kedah dari tahun 1136 hingga 1179. Baginda memeluk agama Islam melalui seorang alim dari Yaman iaitu Sheik Abdullah bin Sheik Ahmad bin Quamiri. Pada tahun 1179, Sultan Muzaffar Shah telah mangkat setelah baginda memerintah Kedah selama lebih kurang 43 tahun.

Ekonomi dan kewangan[sunting | sunting sumber]

Hospital Sultan Abdul Halim

Kemudahan Perbankan[sunting | sunting sumber]

  • Maybank
  • HSBC
  • CIMB
  • Bank Rakyat
  • Bank Simpanan Nasional
  • Tabung Haji
  • Bank Islam
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Affin Bank
  • Hong Leong Bank
  • Bank Persatuan

Pusat Beli-belah dan Pasaraya[sunting | sunting sumber]

  • Central Square (The Store)
  • SP Plaza (The Store)
  • Petani Parade (Parkson)
  • SP Centrepoint (Billion)
  • Amanjaya Mall (C-Mart Premium)
  • River Front City (Ecoshop)
  • Jerai Plaza (Aneka)
  • MB City Mall
  • Lotus's Sungai Petani Selatan
  • Lotus's Sungai Petani Legenda Heights.
  • TF Value Mart Sungai Petani
  • Mydin Hypermarket Taman Batik
  • Village Mall
  • Econsave Bandar Puteri Jaya.
  • Econsave Taman Petani Jaya.
  • G Mart
  • Lotus's Bandar Puteri Jaya

Kemudahan Awam[sunting | sunting sumber]

  • Pejabat Pos Sungai Petani, Jalan Pengkalan.
  • Pasar Awam Sungai Petani, Jalan Pasar.
  • Stesen Bas Sungai Petani, Jalan Petri.
  • Stesen Bas Ekspres Sungai Petani, Kompleks UKIR, Jalan Kuala Ketil.
  • Kompleks Stesyen Keretapi, Jalan Pasar
  • Telekom Malaysia, Jalan Petani.
  • Tenaga Nasional Berhad, Jalan Petri.
  • Hospital Sultan Abdul Halim, Jalan Lencongan Timur.
  • Kompleks Mahkamah Sungai Petani, Bandar Aman jaya.
  • Kastam Diraja Malaysia cawangan Sungai Petani, Bandar Aman Jaya.
  • Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Kuala Muda, Jalan Petani.
  • Kompleks Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jalan Lencongan Timur.
  • Klinik Kesihatan Bandar Sungai Petani, Jalan Badlishah.
  • Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda, Jalan Badlishah.
  • Penjara Sungai Petani, Jalan Badlishah.
  • Masjid Sultan Muzaffar Syah, Jalan Kolam Air.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-02-05. Dicapai pada 2013-09-29.
  2. ^ http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf
  3. ^ http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf

Pautan luar[sunting | sunting sumber]