Teluk Kemang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bandar Teluk Kemang)


Pantai Teluk Kemang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Jaraknya cuma 10 km ke selatan bandar Port Dickson. Kawasan perkelahan ini disebut sebagai Port Dickson sahaja, walaupun sebenarnya kawasan perkelahan itu terletak di sepanjang pantai Teluk Kemang.

Pantai ini popular di kalangan penduduk Lembah Kelang dan lain-lain untuk mandi-manda terutama pada hujung minggu.

Sejarah lisan [1][sunting | sunting sumber]

Sejarah Teluk Kemang agak kabur. Dahulunya, ia merupakan sebuah kawasan hutan belantara dan paya bakau. Kawasannya berteluk-teluk dan terdapat banyak pokok kemang yang tumbuh di situ. Pokok kemang ialah sejenis pokok yang buahnya seakan-akan buah binjal yang kecil dan berwarna hijau.

Pada awal tahun 1927, ada enam orang bersaudara yang datang dari Selangor ke kawasan tersebut. Mereka ialah Bahir dan sahabat-sahabatnya, Niat, Limat, Naemat, Jantan Kudung dan Abdul Samad. Ada juga sumber yang mengatakan bahawa mereka ini bertugas di istana atau tempat pembesar di Selangor itu. Bagaimanapun, tidak pastilah siapakah pembesar itu dan di daerah mana mereka itu berasal. Ceritanya ketika itu ada bahawa pedagang-pedagang asing telah datang ke tempat mereka untuk bertugas dan telah menipu dan mengampu pembesar di situ sehinggakan pembesar tersebut terlalu mempercayai mereka daripada orang tempatan. Mungkin ada yang antara mereka yang tahu akan pedagang-pedagang tersebut tidak berniat baik demi mementingkan perniagaan mereka. Mungkin ramai yang kecewa dan merajuk ketika itu dan mengambil keputusan untuk pergi dari tempat itu dan membawa diri masing-masing ke mana-mana sahaja sehinggalah enam bersaudara tersebut mengembara dan menjumpai suatu tempat yang indah di bakal Teluk Kemang. Ada sumber yang mengatakan bahawa Niat telah dilantik menjadi penghulu di kawasan tersebut. Tidak pasti adakah mereka masing-masing membawa isteri dan anak bersama-sama atau mereka sahajalah yang mengasaskan tempat itu berenam-enam mereka dan berkembang keturunannya di kawasan situ sahaja.

Sebagaimana dengan nama Melaka, nama Teluk Kemang ini terhasil daripada nama sepohon kemang dan serta rupa bumi tempat itu berteluk-teluk. Dan dengan itu, bermulalah asal-usul penduduk-penduduk di kawasan itu sejak tahun 1880 sehingga sekarang. Keluasan pantai Telok Kemang ialah kira-kira 1.6km. panjangnya dari Kemang Indah hingga ke Baitul Hilal.

Kemudahan awam[sunting | sunting sumber]

Banyak kemudahan yang tersedia di sini, antaranya:

Kemudahan di tepi pantai[sunting | sunting sumber]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Daripada Erry, generasi ke-6 Bahir yang dapat dihubungi di bob_jentayu@yahoo.com atau ROCKERZ_NROLL@yahoo.com