Bandar Universiti Pagoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Bandar Universiti Pagoh

باندر اونيۏرسيتي ڤاڬوه
Permandangan teks Bandar Universiti Pagoh
Permandangan teks Bandar Universiti Pagoh
Nama panggilan: 
Bandar U Pagoh
Koordinat: 2.1343102,102.7329887
MalaysiaMuar
PekanPagoh


Bandar Universiti Pagoh (Jawi: بندر اونيۏرسيتي ڤاڬوه) adalah merupakan sebuah projek pembangunan bandar pertama di Malaysia seluas 4,081.58 ekar (4,082 ekar) yang dilengkapi dengan kawasan hab pendidikan tinggi dalam Daerah Muar, Johor, Malaysia. Ia dibangunkan oleh Sime Darby Pagoh Development Sdn Bhd. Perbandaran ini terletak di persimpangan Pertukaran Pagoh di Lebuhraya Utara-Selatan, hanya 20 minit dari Bandar DiRaja Muar, Johor. Bandar Universiti Pagoh akan menjadi mercu tanda sebagai hab pendidikan tinggi bertaraf antarabangsa di peringkat kebangsaan.[1]

Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP)[sunting | sunting sumber]

Hab Pendidikan Tinggi Pagoh yang terletak di Bandar Universiti Pagoh merupakan hab pendidikan tinggi awam pertama dan terbesar di Malaysia.

Pembangunan bandar universiti di Pagoh yang bermodelkan Qatar Education City and the Science and Technology Park (Qatar Education City) [2] adalah cetusan ilham oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Dr. Muhyiddin Muhammad Yassin [3] semasa beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-10, dengan menjangkakan pengoperasian bermula pada pertengahan tahun 2016.[4] [5][6]

Pembangunan HPTP bermula pada 24 Jun 2011 setelah mendapat persetujuan prinsip daripada Majlis Jemaah Menteri untuk dilaksanakan secara PFI-BLMT (Private Fund Initiative) oleh Sime Darby Property Selatan Sdn. Bhd. (SDPS).. Majlis Pecah Tanah [7] bagi projek pembangunan ini telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Dr. Muhyiddin Muhammad Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia di Ladang Lanadron, Panchor, Muar, Johor pada 15 September 2011.

Tanggal 7 November 2011 merupakan tarikh bersejarah apabila Universiti Teknologi Malaysia (UTM) , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Kementerian Pengajian Tinggi bersama Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Konsesi bersama Syarikat SDPS.[8]

Pelan Induk Pembangunan Universiti (PIPU) bagi pembinaan HPTP ini telah dirangka khas untuk menyokong objektif Universiti Awam/ Politeknik yang terlibat dengan mengambil kira perkembangan dan unjuran bagi tempoh 10 hingga 20 tahun ke hadapan.[9][10] [11][12]

HPTP terletak kurang daripada 2 km daripada susur keluar Plaza TOL Pagoh dan berkeluasan lebih 200 hektar. Terdapat empat (4) buah institusi pendidikan iaitu tiga (3) buah universiti awam dan sebuah politeknik.[13] [14]

Kepelbagaian teras pengajian yang ditawarkan Universiti Awam/ Politeknik di HPTP dengan anggaran jumlah terkini pelajar seramai 7,500 orang telah merancakkan sosioekonomi di kawasan sekitar. [15] [16] [17]

Senarai Universiti Awam dan Politeknik[sunting | sunting sumber]

Komponen Kemudahan Gunasama[sunting | sunting sumber]

Kemudahan Gunasama (Shared Fasilities) Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) diletak di bawah seliaan dan pengurusan Seksyen Projek Khas Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Bahagian Pembangunan, Kementerian Pengajian Tinggi. Ia disediakan khusus bagi kegunaan warga Universiti Awam/ Politeknik dan komuniti setempat secara amnya.

Kemudahan ini terbahagi kepada tiga (3) zon utama iaitu Zon 1 (Dewan Konvensyen, Dewan Auditorium dan Dewan Serbaguna, Zon 2 (Perpustakaan Gunasama, Pusat Data, Surau, Kafeteria, dan Rumah Tamu) dan Zon 3 (Stadium Sukan, Trek & Balapan, Kompleks Futsal dan Pusat Akuatik).

Berikut adalah fasiliti/ ruang yang disediakan di Kemudahan Gunasama :

  • Kemudahan Sukan Terbuka : Trek & Balapan, Bola Sepak, Hoki, Ragbi, Bowling Padang, Tenis, Bola Jaring, Bola Keranjang, Bola Tampar dan Sepak Takraw.
  • Kemudahan Sukan Tertutup : Futsal, Bola Keranjang, Badminton dan Ping Pong.
  • Pusat Konvensyen : Berkeluasan 1,807 m2 dengan kapasiti 1,000 orang. Bilik Persalinan untuk sebarang aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
  • Dewan Serbaguna : 3 Dewan Utama - 2 buah untuk kegunaan sebagai Dewan Peperiksaan dengan kapasiti 1,000 pelajar, sebuah gelanggang Bola Keranjang dan 4 gelanggang Badminton.
  • Dewan Auditorium : 2 buah dewan kuliah dengan kapasiti 500 orang, 4 buah dewan kuliah dengan kapasiti 250 orang dan 6 buah ruang perniagaan.
  • Bangunan Perpustakaan Kemudahan Gunasama : Berkeluasan 4,000 m2. Menempatkan Perpustakaan Gunasama, kemudahan mengakses internet, ruang-ruang pelbagai fungsi, Pusat Data dan Kafeteria.
  • Surau Gunasama : Berkapasiti 200 orang jemaah.
  • Tadika : Berkeluasan 629 m2 dengan kapasiti 50 orang.
  • Rumah Tamu : Berkeluasan 2,945 m2. Mempunyai 60 unit bilik pelbagai jenis.
  • Stadium Sukan : Berkapasiti 1,000 orang. Trek dan balapan yang memenuhi Standad IAAF.
  • Kompleks Futsal : 4 buah gelanggang futsal tertutup.
  • Pusat Akuatik : Kolam Renang dan Kolam Terjun yang bertaraf Olimpik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pagoh bakal muncul sebagai bandar universiti, Sinar Harian
  2. ^ Qatar Science & Technology Park.
  3. ^ Pagoh dan Permatang Pauh, www.malaysiakini.com/my
  4. ^ Hab Pendidikan Tinggi Pagoh Beroperasi Pertengahan 2016, [Rabu, 20 Mei 2015, www.mstar.com.my]
  5. ^ Hab Pendidikan Tinggi Pagoh Hampir Siap Hab Pendidikan Tinggi Pagoh hampir siap, [Rabu, 28 Jun 2017, mymalaynews.blogspot.com]
  6. ^ Muhyiddin : Pagoh higher education hub to operate by mid-2016, www.thesundaily.my
  7. ^ Majlis Pecah Tanah Hab Pendidikan Bandar Universiti Pagoh, [Khamis, 15 September 2011]
  8. ^ KPM MEMPELAWA UNIVERSITI SWASTA TEMPATAN DAN ANTARABANGSA MEMBUKA KAMPUS CAWANGAN DI HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH, [Ahad, 11 November 2018, www.moe.gov.my]
  9. ^ Pagoh Education Hub Welcomes First Batch of 5,000 Students, Sime Darby Property
  10. ^ Hab Pendidikan Tinggi Pagoh Bukan 'Cerita Bohong' - TPM, [Jumaat, 23 November 2012]
  11. ^ Imperial College London rancang cawangan di Hab Pendidikan Pagoh, [Rabu, 20 Mei 2015, www.bharian.com.my]
  12. ^ Lawatan Kerja Delegasi MCMC ke HAB Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) di Bandar Universiti Pagoh
  13. ^ KPM Giat Usaha Tarik Minat Universiti Luar Negara Bina Kampus Di HPTP, [Ahad, 11 November 2018, www.ikim.my]
  14. ^ Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, bukti visi PM bangunkan sektor pendidikan, [Isnin, 2 Mac 2020]
  15. ^ Majlis lawatan ke Hab pendidikan tinggi Pagoh-bersama YB Dato Dr. Noraini Ahmad - Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, [Khamis, 5 November 2020, kesatuiium.blogspot.com]
  16. ^ 40 peserta SPK Hab Pendidikan Tinggi Pagoh sertai World #QuranHour, [Khamis, 6 Mei 2021, www.sinarharian.com.my]
  17. ^ Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) sedia platform pendidikan TVET bagi lepasan SPM, [Jun 2021]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

  1. Pagoh
  2. Muar