Bandar baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bandar terancang)
Navi Mumbai, India merupakan bandar terancang terbesar di dunia

Bandar baharu atau bandar terancang ialah bandar yang dibina untuk mengurangkan tumpuan penduduk atau kesesakan di bandar-bandar utama. Ia biasanya dibina di kawasan belum membangun tidak jauh dari bandar asal.

Navi Mumbai, berhampiran bandar Mumbai di India merupakan bandar terancang terbesar di dunia. Sesetengah ibu negara turut merupakan bandar terancang, contohnya New Delhi di India sendiri, Washington, D.C. di Amerika Syarikat, Canberra di Australia, Brasília di Brazil, Putrajaya di Malaysia, Abuja di Nigeria dan Islamabad di Pakistan.