Bandaraya Kuching

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuching
كوچيڠ، سراوق
Bandaraya
Bandaraya Kuching
Transkripsi 
Kuching, ibu negara Sarawak Mohor rasmi Bandaraya Kuching Dewan Bandaraya Kuching Utara Majlis Bandaraya Kuching Selatan
Kuching, ibu negara Sarawak
Mohor rasmi Bandaraya Kuching
Dewan Bandaraya Kuching Utara Majlis Bandaraya Kuching Selatan
Seal of North Kuching.svg Seal of South Kuching.svg
Nama lain: "Bandar Kuching"
Negara  Malaysia
Negeri  Sarawak
Bahagian Bahagian Kuching
Daerah Bandaraya Kuching
Pendudukan awal Circa AD 600s (7th century)[1]
Dikoperasikan (Pendaftaran) November 1906[2]
Dikoperasikan (Bandar) 1 Ogos 1988
Kerajaan
 • Jenis Kuching Selatan : Mayor–council government Kuching Utara : Council–manager government
 • Datuk Bandar (Kuching Selatan) James Chan Khay Syn[3]
 • Pesuruhjaya (Kuching Utara) Datuk Abang Wahap Abang Julai[4]
Luas[5]
 • Bandar Kuching 431.01 km2 (166.41 sq mi)
 • Kuching Utara 369.48 km2 (142.66 sq mi)
 • Kuching Selatan 61.53 km2 (23.76 sq mi)
  Sumber dari laman sesawang rasmi DBKU
Ketinggian 27 m (89 ft)
Ketinggian tertinggi 810.2 m (2,658.1 ft)
Ketinggian terendah 0 m (0 ft)
Populasi (2012)[7]
 • Kepadatan 1,208.2/km2 (3,129/sq mi)
 • Metro 617,887 [6]
Zon masa MST (UTC+8)
 • Musim Panas (DST) Not observed (UTC+8)
Poskod 93xxx
International dialling code prefix +6082 (saluran dalaman sahaja)
Singkatan nombor pendaftaran kenderaan QQ, QA QK (untuk semua kenderaan kecuali teksi)
HQ (untuk teksi sahaja)
Laman sesawang

Kuching Utara: www.dbku.sarawak.gov.my/


Kuching Selatan: www.mbks.gov.my/

Kuching atau Bandaraya Kuching ialah ibu negeri dan bandar terbesar di Sarawak. Ia merupakan bandaraya paling ramai penduduk di Malaysia Timur.Kuching ialah bandar yang terbesar di pulau Borneo. Bandaraya Kuching diduduki oleh 658,549 mengikut banci 2010.Ini menyebabkan ia menjadi Bandaraya yang mempunyai penduduk terbanyak di Sarawak dan ketujuh di Malaysia.Kuching dinaik taraf menjadi bandaraya pada 1 Ogos 1988.

Kuching juga merupakan pusat kerajaan Sarawak yang moden.Ia mempunyai Ketua Menteri yang memimpin Kabinet Menteri.Beliau adalah dilantik oleh Yang Di-Pertua Negeri dari ahli pensidang pada perlantikan yang diadakan setiap lima tahun.

Ketua Menteri yang sekarang ialah YAB Datuk Patinggi Haji Adnan Satem(sebelum ni YAB Pehin Sri Datuk Patinggi Tan Sri(Dr.)Haji Abdul Taib Mahmu.Kuching merupakan tempat di mana Yang Dipertua Negeri,Tun Datuk Patinggi Haji Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng menetap. [8]. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kuching ialah ibu kota Sarawak yang ketiga diasaskan oleh wakil Brunei,Pangeran Indera Mahkota pada tahun 1827.Sebelum penubuhan Kuching,kedua-dua ibu kota Sarawak ialah Santubong,diasaskan oleh Sultan Pangeran Tengah pada tahun 1599 dah Lidah Tanah,diasaskan oleh Datu Patinggi Ali pada awal 1820.

Kuching sebagai modal pentadbiran Brooke[sunting | sunting sumber]

Fort Margherita

Sarawak ialah wilayah Kesultanan Brunei sebelum ia diserahkan kepada pengembara dari British iaitu James Brooke,yang memerintah Sarawak secara peribadi pada 24 September 1841.Pengisytiharan rasmi tidak dibuat sehingga 18 Ogos 1842.Ini menandakan pemulaan tiga generasi pemerintah keluarga Brooke di Sarawak.

Kuching menjadi tempat pemerintahan keluarga Brooke dan mengalami perubahan luar biasa.Sebagai ibu kota,ia adalah tumpuan perhatian dan pembangunan.Antara perkara pertama yang dilakukan James Brooke ialah memperkenalkan kod undang-undang dan membina kediamannya di tebing Sungai Sarawak.Hari ini,Astana,yang kini merupakan kediaman rasmi Gabenor Sarawak,bersebelahan dengan bangunan Brooke yang asal.

Di bawah James Brooke,lanun dan pengayau diharamkan,undang-undang dan perintah dikuatkuasakan.Walau bagaimanapun,Kuching kekal kekurangan dalam kemudahan.Ianya begitu sehingga Charles Brooke menjadi Rajah Putih Sarawak yang kedua telah membuat naik taraf bandar.Pengaliran bertambah baik,bangunan dan jalan-jalan baru telah muncul dan kedai lama telah digantikan dengan bata.Malah,pembinaan semula pusat bandar Kuching dan kawasan terpencil telah dibina semulah selepas kebakaran besar yang telah berlaku pada 1884.

Pentadbiran Brooke telah diberikan status Perlindungan di bawah pemerintah Charles Brooke.Menjelang akhir pemerintahan Charles Brooke ,Kuching telah berkembang daripada tempat yang hampir roboh yang kecil menjadi sebuah bandar dengan bangunan menarik gaya Kerajaan Victoria dan perkhidmatan telekomunikasi.Sampan dan keretapi adalah cara pengangkutan yang utama.Terdapat juga kemudahan sukan dan hiburan seperti kursus bangsa dan Kelab Sarawak,lengkap dengan bar,meja biliard dan lorong-lorong boling.

Kuching terus makmur dibawah pemerintahan Charles Vyner Brooke yang menggantikan ayahnya menjadi Rajah Ketiga Sarawak.Pada tahun 1841,Kuching menjadi tempat Sambutan Brooke Government Centenary.Beberapa bulan kemudian,pentadbiran Brooke datang ke penghujung apabila Jepun menduduki Sarawak.

Perang Dunia Kedua[sunting | sunting sumber]

Semasa perang dunia kedua,enam platoons infantri dari 2/15 Rejimen Punjab telah ditempatkan di Kuching.

Kuching telah diserahkan kepada Jepun pada 24 Disember 1941,dan Sarawak ialah sebahagian daripada Empayar Imperial Jepun selama tiga tahun,lapan bulan,sehingga penyerahan rasmi Jepun pada 11 Disember 1945,di atas kapal HMAS Kapunda di Kuching.

Selepas perang dunia II berakhir,Rajah ketiga dan terakhir,Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British pada tahun1846.Kuching telah disuburkan semula sebagai ibu kota Sarawak di bawah kerajaan British.Apabila Sarawak,Borneo Utara(Sabah) dan Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia pada tahun 1963,Kuching dikekalkan sebagai ibu kota Sarawak.Bandar Kuching mengalami perubahan yang pesat menyebabkan penubuhannya sebagai Bandaraya pada 1 Ogos 1988.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran Kuching dibahagikan kepada dua kumpulan serta mempunyai dua orang datuk bandar. Bahagian utara Kuching diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara, manakala bahagian selatan ditadbirkan oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan. Terdapat mereka yang mempercayai bahawa pembahagian kuasa kepada daerah utara (terdiri terutamanya daripada penduduk Melayu dan bumiputera) dan selatan (terutamanya penduduk Cina) adalah disebabkan oleh alasan etnik pada 1980-an. Terdapat juga mereka yang mempercayai bahawa pentadbiran dibahagikan atas alasan geografi kerana daerah utara dan selatan dikaitkan hanya dengan dua buah jambatan yang merentangi Sungai Sarawak.

Pecahan kawasan di bandar raya Kuching[sunting | sunting sumber]

Kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara[sunting | sunting sumber]

Kawasan Majlis Bandaraya Kuching Selatan[sunting | sunting sumber]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kuching ialah ibu negeri Sarawak, Malaysia yang terletak disepanjang Sungai Sarawak, lebih tepat dikawasan tebing muara sungai. Dalam gambar tertera Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak

.

Kuching terletak di tebing Sungai Sarawak yang terletak pula di bahagian barat laut pulau Borneo. Garisan bujur dan garisan lintang Kuching ialah 01°33' U, 110°25' T.

Kuching mempunyai iklim tropika yang sederhana panas serta banyak berhujan. Hujan tahunan puratanya adalah lebih kurang 4,000 mm atau 160 inci. [9]. Kuching ialah bandar raya yang paling lembap di Malaysia. Bulan-bulan yang paling lembap adalah antara November dan Februari semasa musim Monsun Timur Laut. Suhu puratanya adalah di sekitar 23°C pada jam-jam awal pagi dan naik sehingga lebih kurang 32°C pada tengah hari. Suhu ini adalah tetap pada sepanjang tahun.

Kuching mendapat sebanyak lima jam sinaran matahari pada puratanya setiap hari. Pada bulan Januari, semasa kemuncak musim monsun, sinaran matahari setiap hari adalah lebih kurang 3.7 jam. Hujan lebat pada tempoh ini kekadang mengakibatkan banjir.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Kuching adalah bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur,Pulau Pinang dan Johor Bahru.Banci penduduk Malaysia 2010 menunjukkan kawasan metropolitan Kuching,termasuk Asajaya,Samarahan dan Bau-Lundu mempunyai 1 000 000 penduduk.

Penduduk Kuching terdiri daripada campuran orang Melayu, Dayak, Cina, serta sebilangan orang India dan kelompok-kelompok etnik yang lain. Orang Dayak boleh dikategorikan lagi kepada orang Iban, Bidayuh, Melanau, dan banyak lagi. Orang Cina terdiri daripada orang Hokkien di kawasan-kawasan bandar raya, dan orang Hakka, khususnya di kawasan luar bandar. Orang-orang Cina yang lain termasuk orang Foochow (Fuzhou), Teochew, Hainan, Kantonis, Henghua dan lain-lain lagi.

Agama-agama utama penduduk Kuching ialah Islam, Buddhisme dan agama Kristian. Orang Melayu menganuti agama Islam dan menurut undang-undang, semua orang Melayu adalah Muslim. Orang Cina menganuti Buddhisme atau agama Kristian. Kebanyakan orang Dayak adalah penganut agama Kristian, kecuali orang Melanau yang kebanyakannya adalah Muslim.

Kebanyakan penduduk Kuching berupaya berhubung dalam bahasa Melayu serta juga bahasa Inggeris. Bagaimanapun, keupayaan bahasa Inggeris mereka amat berbeza dari seorang ke seorang. Loghat bahasa Melayu yang dituturkan di Kuching dikenali sebagai bahasa Sarawak. Bahasa Sarawak mempunyai perbezaan leksikal dengan loghat yang dituturkan di Semenanjung Malaysia.

Selain daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, penduduk Kuching biasanya juga boleh bertutur dalam loghat atau bahasa etnik sendiri. Seorang Iban boleh bertutur dalam bahasa Iban, seorang Bidayuh dalam bahasa Bidayuh, dan seorang Cina biasanya boleh bertutur dalam beberapa loghat Cina. Loghat Cina yang paling biasa ialah bahasa Mandarin serta loghat Hokkien di Kuching. Bagi orang Bidayauh, loghat Bidayuh yang dituturkan di sebuah kampung amat berbeza dengan loghat yang dituturkan di kampung yang lain.

Bagaimanapun, sebilangan kecil penduduk Bandaraya Kucing bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama mereka.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Universiti Teknologi Swinburne terletak di Kuching dan merupakan universiti yang tunggal di bandar raya ini. (Berdasarkan alasan-alasan teknik, kampus Universiti Malaysia Sarawak dan UiTM terletak di Divisyen Samarahan).

Pendidikan swasta di bandar raya ini mengambil bentuk berbagai-bagai kolej swasta serta institut latihan. Contoh-contoh terkenal termasuk Kolej Inti, Kolej SeGI, serta Kolej Stamford.

Bagi pendidikan rendah dan menengah, Kuching mempunyai banyak sekolah yang diasaskan oleh mubaligh-mubaligh Kristian asing melebihi seabad dahulu. Para mubaligh juga merupakan guru besar sekolah-sekolah ini sehingga lebih terkini. Walaupun sekolah-sekolah ini adalah sekolah Kristian, ia menerima semua murid daripada semua agama.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Taraf jalan raya di dalam bandar adalah agak baik, walaupun terdapat kesesakan lalu lintas pada waktu sibuk, khususnya pada setiap pagi Sabtu. Oleh sebab Kuching terletak berhampiran dengan khatulistiwa, banyak lubang akan ditemukan di jalan raya semasa musim monsun (biasanya pada akhir tahun yang berbetulan dengan musim sejuk di hemisfera utara). Keadaan jalan raya dari luar bandar menuju ke Kuching adalah lebih teruk tetapi telah diperbaiki dari semasa ke semasa, walaupun jalan raya tempat-tempat peranginan utama (umpamanya, jalan raya yang menuju ke Damai) adalah agak baik.

Pengangkutan melalui teksi adalah berpatutan dan kelihatannya, terdapat banyak teksi di tempat-tempat pelancongan yang popular. Berhati-hatilah tentang teksi tanpa meter. Pengangkutan udara dilayani oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang berdekatan dan yang kini diluaskan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada waktu malam

Kuching juga dilayani oleh dua buah syarikat bas utama, iaitu Syarikat Motor Chin Liang Long (warna biru) serta Syarikat Pengangkutan Sarawak (warna hijau), antara lain. Tambang bas adalah rendah. Laluan-laluan bas tidak didokumenkan dengan baik, dan perhentian-perhentiannya tidak mempunyai nama.

Isyarat jalan ditulis dalam kedua-dua bahasa Melayu (dengan menggunakan skrip Latin) serta bahasa Cina. Kuching juga dikenali untuk banyak bulatan jalan raya. Bulatan-bulatan ini adalah cekap untuk menangani lalu lintas yang sederhana. Bagaimanapun, dengan lalu lintas semakin meningkat di Kuching disebabkan oleh kereta-kereta buatan Malaysia yang lebih murah serta mudahnya mendapat pinjaman kereta, banyak bulatan telah digantikan dengan lampu isyarat serta laluan atas dan jalan bawah.

Tarikan pelancong[sunting | sunting sumber]

Muzium Sarawak lama yang dibina oleh Raja Charles Brooke pada tahun 1891 mencontohi sebuah dewan perbandaran di Normandy.

Di dalam bandar, terdapat beberapa muzium seperti Muzium Sarawak yang amat dikenali, Muzium Cina, Muzium Kucing, dan lain-lain yang patut dikunjungi semasa melawat Kuching. Mercu tanda dan tapak menarik termasuk Astana (bekas istana Raja), Kubu Margherita, kuil Tua Pek Kong, dan Bazar Besar. Kawasan dermaga Kuching, yang sebenarnya merupai sebuah esplanad tepi sungai, terletak di sebelah kanan hotel-hotel utama serta kawasan tengah komersil bandar raya dan membekalkan kawasan untuk bersiar-siar pada waktu petang. Kedai-kedai lama di sebelah sana kawasan dermaga menjual berbagai-bagai barang 'antik' dan kraftangan.

Sebilangan kawasan menarik yang lain yang terletak berhampiran dengan pusat bandar termasuk Jalan Padungan yang merupakan kawasan Pekan Cina utama di bandar raya ini. Kedai-kedai yang kelihatan tidak pernah berubah sejak 20 tahun dahulu memberikan wawasan yang mempesonakan tentang kehidupan pada masa dahulu. Jalan Carpenter dan Jalan India masih mengekalkan daya tarikan dunia lama, walaupun proses globalisasi tidak henti-henti mencerobohinya. Bangunan Mahkamah lama merupakan penghubung antara Jalan Carpenter dan Jalan India, dan berbaloi untuk dikunjungi bagi mengenang kembali keindahan kolonial yang menjadi pudar (kini dipulihkan dan dimodenkan). Taman-taman di sekeliling bandar raya yang dijaga dengan baik juga merupakan tempat-tempat yang baik untuk dikunjungi.Sebuah konsep 'Garden City' juga telah dicadangkan untuk bandar Kuching[10]

Masakan[sunting | sunting sumber]

Kuching mempunyai sebilangan hidangan terkenal yang dilayan oleh gerai-gerai penjaja:

  • 'Mi kolok' Kuching atau 'koh-loh mein' (mi yang direbus dan kemudian dihidangkan dengan bawang putih, bawang merah, serta hirisan daging barbeku yang dikenali sebagai "char siew")
  • Laksa Sarawak (sup santan berempah yang berasaskan belacan dan yang dihidangkan dengan mi hun, telur, udang, ayam, tauhu goreng, dan kekadangnya kerang)
  • Mi Sos Tomato (mi garing yang dihidangkan dengan sos tomato, sayur, dan daging) atau Kuay Teow Sos Tomato yang merupakan hidangan penjaja yang paling dikenali.

Hidangan ikut tempahan (biasanya dipanggil "istimewa") juga boleh didapati apabila diminta. Kebanyakan gerai penjaja menyajikan ketiga-tiga hidangan ini, tetapi orang-orang tempatan sering mendebatkan tentang gerai yang paling baik untuk mengunjungi. Pelancong-pelancong harus berhati-hati bahawa hidangan-hidangannya adalah separuh daripada apa yang biasanya didapati di Pekan-pekan Cina di dunia Barat.

Hidangan-hidangan kegemaran tempatan yang lain termasuk:

  • Mi Daging Lembu Ah Mui yang hanya boleh didapati di dua tempat, iaitu sebuah gerai di food court terbuka Rumah Electra (dibuka hanya untuk menghidangkan makan malam sehingga lewat malam) serta lagi sebuah gerai di gerai-gerai penjaja yang terletak di kawasan pasar Sg. Maong
  • Sate Hap Chien Han.

Sedangkan saluran-saluran keluar rantaian sejagat (McDonald's, Kentucky Fried Chicken, Coffee Bean dan Tea Leaf) sentiasa terdapat di dalam kompleks-kompleks perdagangan utama, "Sugarbun", sebuah rantaian makanan segera, juga menghidangkan berbagai-bagai makanan Malaysia dalam gaya yang lebih merupai gaya Barat (dulang plastik, menu yang diterangi lampu, dan kakitangan yang berpakaian seragam).

Seni, hiburan, dan kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Kuching juga dikenali untuk pancaragam-pancaragam tempatannya yang kreatif dan yang berjaya berpindah dari babak bebas ke aliran utama seperti Old Automatic Garbage, The Times dan Nice Stupid Playground. Terdapat banyak lagi pancaragam tempatan bebas yang aktif di perlitaran dan Kuching juga dikenali sebagai 'ibu kota indie rock' Malaysia Timur. Jason Lo, tokoh hiburan/ahli muzik/juruacara TV, berasal dari Kuching. Selain itu, Tsai Ming-Liang, seorang pengarah filem yang terkenal, juga dilahirkan di Kuching.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sejarah Bahagian Samarahan". Dicapai pada 26 April 2010. 
  2. ^ Sarawak Government Almanac, PNMB Kuching, 2010, Penubuhan Pejabat Pembandaran Kuching. 
  3. ^ "Chan diangkat sebagai Datuk Bandar Kuching". Star Publications. 29 May 2008. Dicapai pada 28 June 2008. 
  4. ^ "Ex-cop sworn in as Sixth North Kuching Datuk Bandar". Borneo Post. 2 August 2011. Dicapai pada 2 August 2011. 
  5. ^ "City Boundary". Dicapai pada 26 April 2010. 
  6. ^ Kuching City Population
  7. ^ "World Gazetter: Malaysia – largest cities (per geographical entity)". Diarkibkan daripada original pada 17 December 2012. Dicapai pada 12 April 2012. 
  8. ^ "Laman web rasmi Kerajaan Sarawak". 
  9. ^ "Kuching, Data Cuaca Sejarah dan Iklim Malaysia". 
  10. ^ "Ahmad, M. Hamdan and Hamid, Malsiah and Hong, Lim Foo and Then, Jit Hiung" Defining the Garden City of Kuching

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi Bandaraya Kuching.

Koordinat: 1.5544° U 110.3546° T