Bandeng presto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Bandeng presto
Bandeng Presto Juwana.JPG
Bandeng presto
Tempat asal Indonesia
KawasanPati
Semarang
Sidoarjo
di Wikibuku Buku Masakan: Bandeng presto  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Bandeng presto

Bandeng presto (bahasa Jawa: ꦧꦤ꧀ꦢꦼꦁ​ꦥꦿꦺꦱ꧀ꦠꦺꦴ, translit. Bandeng prèsto) ialah makanan khas Indonesia yang berasal daripada Juwana, Jawa Tengah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bandeng presto diciptakan pada tahun 1977 oleh Hanna Budimulya.[1] Pada mulanya, Bandeng Presto dibuat secara kecil-kecilan. Namun begitu, kerana terkenal dalam kalangan pengguna, pengeluaran bandeng presto semakin berkembang dan menjadi makanan khas daripada Kota Semarang.[2]

Penyediaan dan bahan[sunting | sunting sumber]

Makanan ini terbuat daripada ikan susu yang sudah dirempahi dengan bawang putih, kunyit dan garam.[3] Ikan susu ini kemudian dimasak dengan beralaskan daun pisang menggunakan kaedah periuk tekanan. Periuk tekanan adalah kaedah memasak dengan tekanan tinggi. Makanan yang dimasak dengan cara ini akan dimasukkan ke dalam kuali yang boleh dikunci dengan rapat. Air di dalam kuali ini kemudian dipanaskan sehingga mendidih. Wap air yang timbul akan memasakkan makanan di dalam kuali. Bandeng presto terkenal kerana bahan yang digunakan, iaitu ikan susu; ikan ini memiliki banyak duri dan cara memasaknya dengan menggunakan kaedah tekanan tinggi. Oleh kerana kaedah tekana tinggi digunakan, duri yang terdapat dalam ikan susu akan menjadi lembut dan empuk.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Hadirkan Tujuh Kuliner Legendaris". Suara Merdeka. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-23. Dicapai pada 23 Jun 2018. Kemudian Bandeng Presto, Jalan Pandanaran No 67-69, didirikan oleh Hanna Budi Mulya pada 1977,
  2. ^ Geliat Usaha Pengolahan Bandeng Presto Juwana diterbitkan pada 18 Oktober 2020, 22:06 WIB. Diakses pada 27 November 2020. Kompas Image
  3. ^ Resep Membuat Homemade Bandeng Presto yang Empuk, Nikmat Abis! diterbitkan pada 01 November 2020. Diakses pada 27 November 2020. IDN Times
  4. ^ Cara Membuat Bandeng Presto Agar Tidak Hancur Saat Digoreng, Bikin Ketagihan diterbitkan pada 14 Disember 2018. Diakses pada 27 November 2020. Liputan6

Pautan luar[sunting | sunting sumber]