Bangsa Uyghur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Uyghur
ئۇيغۇر
Khotan-mercado-chicas-d01.jpg
Jumlah penduduk
Sekitar 10 juta [1]
Kawasan ramai penduduk
Republik Rakyat China Xinjiang
Pakistan Pakistan
Kazakhstan Kazakhstan
Kyrgyzstan Kyrgyzstan
Uzbekistan Uzbekistan
Mongolia Mongolia
Turki Turki
Rusia Rusia
Bahasa

Uyghur, Mandarin

Agama

Sunni[2]

Kelompok etnik berkaitan

Other Etnik bangsa Turkik

Orang-orang Uighur di sebuah pasar di Hotan, Xinjiang.

Bangsa Uyghur atau Uygur, Uigur, Uyghur ( Uyghur: ئۇيغۇر; Cina Ringkas: ; Cina Tradisional: ; pinyin: Wéiwú'ěr) merupakan sebuah etnik minoriti rasmi di Republik Rakyat China. Suku ini merupakan keturunan dari suku kuno Huihe yang tersebar di Asia Tengah, menuturkan bahasa Uyghur dan memeluk agama Islam.

Bangsa Uyghur bersama kaum Hui menjadi kaum utama pemeluk agama Islam di China. Namun, ada perbezaan budaya dan gaya hidup yang ketara di antara kedua-dua etnik minoriti ini. Bangsa Uyghur lebih menjurus kepada kehidupan Asia Tengah, manakala Orang Hui lebih condong mengamal budaya Konfusianis oriental.

Bangsa Uyghur banyak terdapat di Wilayah Autonomi Uyghur-Xinjiang. Manakala, di Wilayah Hunan, merupakan kawasan yang paling tinggi dihuni oleh orang Uyghur di China. Komuniti Uyghur boleh didapati dinegara-negara seperti di Kazakhstan, Kyrgyzstan, dan Uzbekistan. Juga, bangsa Uyghur ini menghuni dikawasan Asia Selatan, iaitu di Afghanistan dan Pakistan. Selain itu, bangsa ini menghuni di Turki.

Budaya[sunting | sunting sumber]

Agama[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan Orang Uyghur merupakan pemeluk Islam Sunni, bermazhabkan Hanafi.

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Terdapat persamaan pertuturan bahasa diantara orang Ugyhur dengan orang Uzbek dan Turki, ini kerana, bahasa yang ditutur adalah jenis Altaik. Selain penggunaan bahasa ini, bahasa Arab juga digunakan, ini adalah kerana bagi memudahkan pemahaman Al-Quran. Orang Uyghur berkebolehan berbahasa seperti bahasa-bahasa Cina, Rusia, Uzbek, Kazakh, Kyrgyz dan Turki, ini terjadi kerana orang Uyghur, menghuni dikawasan-kawasan berhampiran dengan negara-negara asal tersebut.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Orang Uyghur yang ingin melanjutkan ke peringkat universiti, perlu memahami dan lulus peperiksaan bahasa Cina [3]

Makanan[sunting | sunting sumber]

Pemakanan orang Uyghur banyak berasas dari daging kambing dan biri-biri. Manakala, bekalan sumber karbohidrat datang dari roti dan Lamian

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]