Bangsat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ‘bangsat’ bermakna orang jahat seperti pencuri dan lain-lain. Ini merujuk kepada erti kata perbuatan dan merujuk kepada orang yang melakukan perbuatan tidak baik yang tidak disukai oleh masyarakat.[1]

Pengistilahan[sunting | sunting sumber]

Kamus utama terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Kamus Pelajar dan Kamus Dewan menyama ertikan perkataan bangsat dengan beberapa perkataan sinonim lain seperti:[2]

  1. Celaka
  2. Keparat
  3. Jahannam
  4. Kena tulah
  5. Sial
  6. Hina dina

"Bangsat" jua membawa erti miskin, iaitu suatu keadaan hidup yang melarat. Kemelaratan hidup ini akan menyebabkan masyarakat tersebut dihina.[3]

Rujukan makna yang diberikan oleh Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI), "bangsat" merujuk kepada kutu busuk, iaitu orang yang melakukan kerja-kerja jahat seperti mencuri dan mencopet. Apabila seseorang itu melakukan kerja-kerja jahat tersebut, biasanya masyarakat akan membenci lantas memaki hamun. Antara perkataan maki hamun yang terkeluar daripada mulut masyarakat ialah bangsat.[4]

Contoh[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Ogos 2015, dalam memeberi ucapan kepada para delegasi di Mesyuarat UMNO bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, mengeluarkan perkataan ‘bangsat’ atau ‘terbangsat’ yang ditujukan kepada bangsa Melayu agar jangan leka atau jangan terkeliru dalam permainan politik mutakhir ini. Beliau meluahkan rasa bahawa jikalau orang Melayu tidak memperteguh UMNO atau membiarkan parti UMNO terhuyung–hayang, retak atau rapuh permuafakatannya, bangsa Melayu barangkali menjadi bangsa yang terbangsat di negara ini.‘Bangsat’ atau ‘terbangsat’ yang diluahkan oleh beliau membawa makna masyarakat atau bangsa yang sudah tidak punya untung nasib, hilang kuasa, hilang maruah dan tiada masa depan.[5]

Secara tafsirannya, boleh dikatakan bahawa bangsa yang bangsat ialah bangsa yang hina, tiada harga diri serta hidup dalam keadaan yang tercorot dan kecundang, malah lebih teruk dari itu. Lantaran itu, Najib selaku Presiden UMNO bertegas mengatakan bahawa hanya parti Umno yang mampu membawa masyarakat negara ini, khususnya bangsa Melayu jatuh ke lembah kebangsatan.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Melayu) Ismail, C. (2015). Konsep sebenar perkataan bangsat dan terbangsat. Sinarharian.com.my. Dicapai 27 Ogos 2015, dari http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/oh-bahasaku/konsep-sebenar-perkataan-bangsat-dan-terbangsat-1.424021
  2. ^ http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bangsat
  3. ^ http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bangsat
  4. ^ http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bangsat
  5. ^ (Inggeris) Astroawani.com,. (2015). Malays will become "bangsat" if UMNO loses power - Najib. Retrieved 27 August 2015, from http://english.astroawani.com/politics-news/malays-will-become-bangsat-if-umno-loses-power-najib-70933
  6. ^ (Inggeris) Astroawani.com,. (2015). Malays will become "bangsat" if UMNO loses power - Najib. Retrieved 27 August 2015, from http://english.astroawani.com/politics-news/malays-will-become-bangsat-if-umno-loses-power-najib-70933