Bangunan Mahkamah Rendah Lama Alor Setar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bangunan Mahkamah Rendah Lama ini terletak di Jalan Raja, Alor Setar. Tapak Mahkamah Rendah Lama ini pada asalnya adalah tapak sebuah surau kepunyaan ulama Tuan Guru Haji Saleh yang berasal dari Penaga, Seberang Perai. Sumber kedua dibetulkan bahawa nama ulama tersebut adalan Wan Mohamad Saleh.

Tuan Guru Haji Saleh pernah membuka perkampungan pondoknya di kawasan itu. Beliau juga pernah berkhidmat selaku penasihat kepada Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879) dan dilantik sebagai Guru Agama di istana. Surau ini juga dijadikan tempat perbicaraan kes-kes berkaitan Hukum Agama Islam seperti nikah-kahwin, cerai dan sebagainya.

Dalam tahun 1931, di atas tapak surau ini telah dibangunkan Mahkamah Rendah iaitu semasa Kedah di bawah naungan British. Rekabentuk senibina bangunan ini juga sama seperti Bangunan Mahkamah Tinggi iaitu bercirikan senibina Roman.

Disebelah bangunan ini terdapat Makam DiRaja yang menempatkan makam Ulama Wan Mohamad Saleh, makan Permaisuri-permaisuri Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II serta para kerabat DiRaja Kedah. Sebahagian besar kawasan makam telah dimusnahkan tanpa pengawalan sekitar awal tahun 2000 bagi membenarkan pembinaan loji air di atas tapak tersebut.

Di bahagian belakang bangunan ketika ini terdapat pembinaan bangunan baru sebagai pejabat Pusat Pelancongan Malaysia (MTC).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]