Bangunan Parlimen Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Koordinat: 3°08′59″N 101°40′45″E / 3.149617°N 101.679116°E / 3.149617; 101.679116

Rencana ini ialah mengenai bangunan parlimen. Untuk jabatan parlimen, sila lihat Jabatan Parlimen Malaysia. Untuk badan perundangan, sila lihat Parlimen Malaysia.
Bangunan Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur Malaysia Bangunan Parlimen Malaysia-02.jpg
Bangunan Parlimen
Maklumat umum
Gaya seni binaModernist
Bandar atau pekanKuala Lumpur
NegaraMalaysia
Pecah tanahDisember 1959
Pembinaan bermulaSeptember 1962
Disiapkan padaSeptember 1963
Dirasmikan pada21 November 1963
Diubahsuai padaFebruari 2004
Butiran teknikal
Bilangan tingkatTower building:
12
Building:
3
Reka bentuk dan pembinaan
ArkitekIvor Shipley Jabatan Kerja Raya Malaysia
Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.
Dewan Rakyat di Parlimen di Kuala Lumpur.
Dewan Negara di Parlimen di Kuala Lumpur.

Bangunan Parlimen Malaysia ialah sebuah bangunan yang tersegam indah di bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan simbol demokrasi berparlimen serta simbol perpaduan kerajaan persekutuan Malaysia. Lokasinya terletak berhampiran Tugu Peringatan Negara di Taman Tasik Perdana.

Kompleks bangunan Parlimen ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebuah bangunan utama 3 tingkat dan sebuah menara setinggi 17 tingkat. Bangunan utama 3 tingkat ini menempatkan dua buah dewan utama iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara manakala sebuah menara setinggi 17 tingkat pula menempatkan pejabat pentadbiran, pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara.

Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, menyetujui cadangan pembinaan Parlimen pada Disember 1959. Kerja-kerja pembinaan disiapkan pada September 1962, dan perasmian bangunan Parlimen yang baru dijalankan oleh Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong yang ketiga, pada 21 November 1963. Pembinaan bangunan ini menelan kos perbelanjaan sebanyak RM18 juta.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]