Bani Mirdas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

• Suku ini diasaskan oleh Salih Bin Mirdas, seorang yang berasal daripada Bani Kilab

• Suku ini memenangi perebutan kawasan Aleppo pada tahun 1023M dengan Dinasti Hamdani dan Khilafah Fatimiyyah.

• Kemandirian Bani Mirdas di Aleppo bergantung dengan penyatuan hubungan kekeluargaan, suku, masyarakat dan kuasa di sekelilingnya.

• Kekuasaan suku ini berakhir disebabkan berlakunya pergolakkan dengan Bani Kilab yang telah memberikan bantuan ketenteraan selama ini.

• Pada tahun 1057M, Bani Mirdas telah menyerahkan kedudukannya kepada Khilafah Fatimiyyah sebagai tukar ganti bagi Beirut, Acre semata-mata mahu menjauhkan diri dari Bani Kilab.

• walaupun ada usaha kebangkitan, faktor seperti kekuatan Empayar Byzantine, kemunculan Wangsa Saljuk, dan hal-hal dalaman telah menyebabkan Bani ini tidak pernah memperoleh Kekuasaan yang sama.

Senarai Penguasa[sunting | sunting sumber]

1) Salih Bin Mirdas

• Beliau berjaya merebut Aleppo daripada Dinasti Hamdani dan Khilafah Fatimiyyah

2) Nasr Bin Salih Bin Mirdas

• Beliau berusaha menjaga hubungan dengan Kerajaan Byzantine dan Khilafah Fatimiyyah. Walau bagaimanapun, Khilafah Fatimiyyah hanya mengiktiraf Nasr sebagai wakilnya di Aleppo.

• Pada tahun 1031M, beliau bergabung dengan Kerajaan Byzantine untuk memadamkan pemberontakan suku Druz di Jabal Al-Summaq yang mengancam kepentingan mereka.

• Beliau mati semasa berperang dengan Khilafah Fatimiyyah yang dipimpin oleh Anusytakin.

3) Simal Bin Salih Bin Mirdas(1041-1057M)

• Beliau diangkat oleh wazir Khilafah Fatimiyyah bernama Al-Jarjara'i tetapi hanya sebagai gabenor di Aleppo.

• Pada tahun 1048M, beliau berselisih dengan Khilafah Fatimiyyah yang menyebabkan Khalifah Al-Mustansir menghantar pasukan untuk menyerang Aleppo. Serangan itu tidak berlaku kerana berlakunya banjir yang merosakkan logistik mereka.

• Pada tahun 1049M, beliau berjaya mematahkan serangan yang dilancarkan oleh gabenor Homs. Serangan Khilafah Fatimiyyah yang seterusnya menyebabkan kota Aleppo berjaya dimasuki pada tahun 1050M. Namun pergaduhan di kalangan pasukan tentera telah merencatkan ekspedisi ini.

• Beliau menghantar perdamaian ke Cairo yang terdiri daripada isterinya dan penasihat kerajaan. Mereka memastikan perjanjian yang menjamin kekuasaan Simal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1)http://www.ismaili.net/histoire/history05/history570.html

2)https://www.revolvy.com/page/Al%252DAbbas-ibn-al%252DHasan-al%252DJarjara%27im

3)Taufik Abdullah.(2002).Ensiklopedia Tematis Dunia Islam: Khilafah.Jakarta.Ichtiar Baru Van Hoeve