Bani al-Muhaliba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Wilayah kekuasaan bani al-Muhaliba pada tahun 771-793 (AD)

al-Muhaliba adalah sebuah keluarga Arab yang menjadi terkenal pada pertengahan pemerintahan khilafah Umayyah dan mencapai kemuncak kegemilangannya semasa awal pemerintahan khilafah Abbasiyyah, apabila anggota keluarga ini memerintah Basra dan Ifriqiya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pengasas keluarga ini adalah al-Muhallab ibn Abi Suffrah (sekitar 632 – 702) dan anak lelaki beliau Yazid ibn al-Muhallab (672–720), gabenor di Khurasan dan Iraq, yang mengetuai satu pemberontakan anti-Umayyah yang gagal di Basra pada tahun 720. Meskipun kalah dan dihukum mati, keluarga ini kekal berpengaruh di pusat kuasa mereka di Basra, dan pada masa Revolusi Abbasiyyah, mereka bangun dan memberi sokongan. Meskipun beberapa anggota keluarga al-Muhaliba menyokong pemberontakkan Alid menentang Muhammad al-Nafs al-Zakiyya, pemerintah baru Abbasiyyah menganugerahkan gelaran gabenor di Basra, Ahwaz dan paling berjaya di Ifriqiya di mana keluarga ini memerintah tanpa gangguan pewarisan bermula tahun 768 sehingga 795. Ifriqiya di bawah bani ini menikmati zaman kemakmuran, dengan pembaharuan dalam bidang pertanian dengan perkembangan sistem pengairan. Bani al-Muhaliba di Ifriqiya menikmati kebebasan autonomi dan mampu mengekalkan pemerintahan Arab di sebalik pemberontakkan daripada Barbar. Walau bagaimanapun, mereka gagal menghalang penubuhan kerajaan dinasti Idrisiyyah di Maghrribi dan Rustam di tengah Algeria.

Keluarga ini kehilangan kuasa semasa dan selepas Fitnah Keempat, apabila keluarga-keluarga tradisi Arab mula disisihkan oleh para jeneral Khalifah al-Ma'mun Turki dan Iran. Salah seorang daripada sebilangan kecil anggota bani ini meningkat popular adalah Abu Muhammad al-Hasan al-Muhallabi, seorang wazir Buyid yang berkebolehan pada kurun ke-10 iaitu emir Mu'izz al-Dawla.

Dinasti Arabs dan Muslim[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Crone, P. (1993). "Muhallabids". The Encyclopedia of Islam, New Edition, Volume VII: Mif–Naz. Leiden and New York: BRILL. m/s. 358–360. ISBN 90-04-09419-9.  Missing or empty |title= (bantuan)