Banjaran Pantai Pasifik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Banjaran Pantai Pasifik

Banjaran Pantai Pasifik (di Kanada)[1] atau juga dikenali sebagai Sistem Gunung Pasifik (di Amerika Syarikat)[2] merupakan siri banjaran gunung yang terbentang di sepanjang pantai barat Amerika Utara dari selatan Alaska sehingga ke utara dan tengah negara Mexico.

Banjaran ini adalah sebahagian daripada Kordilera Amerika Utara (kadang-kala turut dikenali sebagai Kordilera Barat atau di Kanada sebagai Kordilera Pasifik atau/dan Kordilera Kanada), yang merangkumi Pergunungan Rocky, Pergunungan Columbia, Pergunungan Pedalaman, Penara Pedalaman, Sierra Nevada dan beberapa banjaran gunung, penara dan lembangan yang lain.

Walau bagaimanapun, designasi Banjaran Pantai Pasifik hanya terpakai pada Sistem Barat Kordilera Barat[1] yang meliputi Pergunungan Saint Elias, Pergunungan Pantai, Pergunungan Kepulauan, Pergunungan Olimpik, Banjaran Cascade, Banjaran Pantai Oregon, Banjaran Pantai California, Banjaran Transverse, Banjaran Peninsular dan Banjaran Sierra Madre.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b S. Holland, Landforms of British Columbia, Kerajaan British Colombia. 1976.
  2. ^ Physiographic regions of the United States, USGS

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.