Banjir di Jepun 2018

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Banjir Jepun 2018)
Banjir di Jepun 2018
平成30年7月豪雨
Tanah runtuh di lebuh raya di Higashihiroshima, wilayah Hiroshima
Tarikh28 Jun 2018 – 8 Julai 2018
TempohJulai 2018 (2018-07)
TempatKawasan barat dan selatan Jepun
LokasiJepun Sunting ini di Wikidata
Kematian200
Kecederaan390 Sunting ini di Wikidata

Pada awal Julai 2018, hujan lebat melanda kawasan barat dan selatan Jepun, menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh di kawasan-kawasan terjejas. Di Jepun, bencana ini dipanggil secara rasmi sebagai "Hujan Lebat Julai Heisei 30 (2018)" (平成30年7月豪雨, Heisei Sanjū-nen Shichi-gatsu Gōu) oleh Agensi Meteorologi Jepun.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Julai 2018, Taufan Prapiroon melalui kawasan Jepun, membawa sistem tekanan rendah serta kelembapan tinggi. Hal ini menyebabkan hujan lebat di seluruh Jepun hingga mencapai rekod baharu di beberapa kawasan. Gunung Ontake di Nagano misalnya, mencatatkan rekod baharu hujan tiga hari sebanyak 655.5 mm (25.81 inci).[2][3]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Setakat 14 Julai 2018, 200 mangsa disahkan terkorban manakala 37 mangsa dilaporkan hilang. Wilayah Hiroshima mempunyai bilangan mangsa terkorban tertinggi dengan 91 mangsa terkorban dicatatkan. 60 mangsa pula dicatatkan di Wilayah Okayama, 26 di Wilayah Ehime dan selebihnya di wilayah Yamaguchi, Kyoto, Kagoshima, Gifu, Shiga, Saga, Hyogo, Kochi, Miyazaki dan Fukuoka.[4] Kebanyakan yang maut merupakan warga emas, yaitu 70% daripada mangsa-mangsa terkorban dan rata-rata golongan mangsa terbunuh akibat tanah runtuh dan limpahan air sungai. Beberapa empangan serta tempat takungan air turut pecah hingga mengorbankan beberapa mangsa.[5]

Banjir ini menyebabkan amaran serta notis berpindah dikeluarkan terhadap 4.3 juta penduduk di 23 buah wilayah Jepun, dengan kira-kira 30,000 orang penduduk berada di pusat pemindahan pada 8 Julai. Setakat hari itu, kira-kira 267,000 buah rumah di 11 buah wilayah terputus bekalan air.[6]

Pengangkutan di kawasan dilanda banjir terjejas dengan jalan raya rosak serta tenggelam. Pengangkutan kereta api di Jepun turut tergendala dengan 13 pengendali landasan terpaksa menghentikan perkhidmatan di 37 buah aliran, terutamanya di kawasan barat Jepun.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "記録的豪雨「平成30年7月豪雨」と命名 気象庁". NHK. 9 Julai 2018. Dicapai pada 12 Julai 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ "More landslide, flood warnings as heavy rain lashes wide area of Japan". Mainichi Shimbun (dalam bahasa Inggeris). 5 Julai 2018. Dicapai pada 10 Julai 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ Pydynowski, Kristina (9 Julai 2018). "Dozens dead as deadly flooding strikes Japan". AccuWeather (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-08. Dicapai pada 10 Julai 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ "西日本豪雨 192人死亡 心肺停止4人 62人安否不明". NHK (dalam bahasa Jepun). 13 Julai 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-12. Dicapai pada 13 Julai 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ "Survey: 70% of fatalities in western Japan were 60 or older". Asahi Shimbun (dalam bahasa Inggeris). 13 Julai 2018. Dicapai pada 13 Julai 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ "More than 80 dead, dozens of others missing as heavy rain continues to pound western, central parts of nation". Japan Times (dalam bahasa Inggeris). 8 Julai 2018. Dicapai pada 9 Julai 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  7. ^ "Death toll from west Japan downpours and flooding reaches 112". Japan Times (dalam bahasa Inggeris). 9 Julai 2018. Dicapai pada 9 Julai 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]