Banjir Var 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Banjir Var 2010
Lokasi jabatan Var dalam Perancis
Tarikh – 
Tempoh15–16 Jun 2010
TempatVar, Perancis
LokasiPerancis Sunting ini di Wikidata
Kematiansekurang-kurangnya 25 orang
Harta benda rosak
tidak diketahui

Banjir Var 2010 berlaku akibat hujan lebat pada 15 Jun 2010 di jabatan Var, tenggara Perancis. Ia banjir terburuk sejak 1827 kerana dalamnya 40 centimeter dan hujan lebat hampir 24 jam.[1] Seramai 25 orang terbunuh dan sedozen hilang. Kawasan paling teruk ialah komun Les Arc, Figanières, Roquebrune-sur-Argens, Trans-en-Provence dan subprefektur Draguignan.[2] Sungai Nartuby mengalir dan merempuh perkampungan di Draguignan.

Kerosakan[sunting | sunting sumber]

Helikopter digunakan untuk menyelamatkan mangsa di atas bumbung rumah. Lebih 1000 orang dipindahkan dari rumah mereka. 175,000 rumah terputus bekalan elektrik, telekomunikasi dan air bersih. 440 banduan di penjara Draguignan dipindahkan ke penjara lain di Cannes , Grasse , Metz , Marseille dan Nice . Lebih 1500 penduduk di Fréjus diselamatkan dengan menggunakan perahu dan helikopter. Keselamatan pelancong terjejas di sepanjang Sungai Argens.

Resort di St Tropez , Resort Atlantic di Saint-Jean-de-Luz dan Bayonne juga terjejas.

Presiden Perancis Nicolas Sarkozy mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan akan melawat mangsa banjir pada 21 Jun 2010. Kereta api laju antara Nice ke Lilie tergendala akibat banjir di Luc. Kereta api antara Toulon dan Fréjus ditutup.Lapangan Terbang Toulon-Hyères juga ditutup sehari.

Lihar juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Deadly flash floods hit southern France, BBC News, 16 Jun 2010.
  2. ^ French floods: rescuers search houses as death toll rises Telegraph