Banjir di Kenya 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Banjir di Kenya pada 15 Januari 2010 telah meragut 38 nyawa.[1] Lebih 70,000 penduduk terpaksa pindah dari kawasan banjir.[2] Punca utama ialah curahan hujan lebat yang sejak Disember 2009.

Banjir kilat berlaku di pantai Malindi. Air sungai meningkat secara mendadak dan menenggelamkan kira-kira 40.46 hektar ladang jagung. Jagung merupakan makanan ruji di Kenya. Palang Merah Kenya melaporkan sumber rezeki penduduk terjejas dan mereka memerlukan bantuan segera.

Kawasan utara wilayah Turkana sering berhadapan masalah kemarau. Tetapi kali ini dilanda banjir yang teruk.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]