Banjir selatan China 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Banjir China 2010
Tarikh10 Mei 2010 – September 2010
Tempoh10 Mei – kini
Tempat28 wilayah, kawasan autonomi dan perbandaran di Republik Rakyat China;
Korea Utara
LokasiChina, Korea Utara Sunting ini di Wikidata
Kematian1,210 dead[1][2][3], lebih 2,500 hilang[2][4]
Harta benda rosak
31 bilion USD[5]

Banjir China 2010 atau banjir selatan China 2010 bermula pada Mei 2010 di selatan Republik Rakyat China.[6] Puluhan sungai banjir, termasuk Sungai Pearl di provinsi Guangdong, Fujian, Guangxi, Jiangxi dan Sichuan.

Setakat 13 Jun, 175 orang terbunuh, 110 hilang, dan 800,000 dipindahkan kerana risiko banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat. 68,000 rumah musnah dan 500,000 hektar ladang telah rosak. Lebih 10 juta penduduk hilang harta benda dan dianggar kerugian 14 bilion yuan (USD 1.3 bilion). Pusat Meteorologi Kebangsaan China melaporkan hujan lebat turun 200 mm. Selatan China biasanya berhadapan hujan lebat melampau dan banjir ketika musim panas.[7]

Setakat 5 Ogos pula, seramai 1,072 disahkan maut.[1][2] Ini tidak termasuk 127 orang yang terbunuh akibat tanah runtuh pada awal Ogos. Manakala 140 juta orang di 28 wilayah, perbandaran dan kawasan[1], terutamanya wilayah selatan dan tengah dan kawasan Zhejiang, Fujian, Jiangxi, Hubei, Hunan, Guangdong, Guangxi, Chongqing, Gansu, Sichuan dan Guizhou, serta wilayah timur laut Jilin turut mendapat kesan, dengan 4.66 juta orang[8] dipindahkan kerana risiko banjir dan tanah runtuh di akhir Jun.[4][9][10][11] Setakat awal Ogos pula, 10.42 juta orang telah dipindahkan.[1]

Tindakan[sunting | sunting sumber]

Pasukan bomba dan polis menggunakan bot dan helikopter untuk meninjau dan menyelamatkan penduduk yang terperangkap. Jalan raya dan landasan kereta api turut tergendala. Beberapa penerbangan kapal terbang turut dibatalkan.

Pada 20 Jun 2010, Perdana Menteri Republik Rakyat China Wen Jiabao telah melawat mangsa banjir di kampung Shuangshang di Cangwu, Guangxi Zhuang.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "China flood toll reaches 1,072". Sify News International. 5 Ogos 2010. Dicapai pada 6 Ogos 2010.
  2. ^ a b c "China flood death toll reaches 700". Toronto Sun. 21 Julai 2010. Dicapai pada 21 Julai 2010.
  3. ^ "Death toll in flood-stricken south China nears 400". Yahoo! News. 26 Jun 2010. Dicapai pada 29 Jun 2010.[pautan mati kekal]
  4. ^ a b Sarah Gordon (28 Jun 2010). "More Than 100 Feared Dead In China Landslide". Sky News. Dicapai pada 29 Jun 2010.
  5. ^ "Over 10 mln affected by floods in S China, 132 dead". Xinhua. 20 Jun 2010. Dicapai pada 20 Jun 2010.
  6. ^ "Vice president urges flood prevention in south China region". Xinhua. 11 Mei 2010. Dicapai pada 23 Jun 2010.
  7. ^ Southern China floods kill scores Guardian
  8. ^ Alfred Cang (27 Jun 2010). "Death Toll in Flood-Stricken South China Reaches 381 People, Ministry Says". Bloomberg. Dicapai pada 29 Jun 2010.
  9. ^ "South China floods toll rises to 211". Xinhua. 23 Jun 2010. Dicapai pada 24 Jun 2010.
  10. ^ "Scores die in China flash floods". BBC News. 19 Jun 2010.
  11. ^ "Floods across southern China take heavy toll". BBC News. 20 Jun 201.
  12. ^ "Flooding death toll rises to 175 in southern China". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-25. Dicapai pada 2010-06-25.