Bank Pelaburan Eropah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bank Pelaburan Eropah
Logo BEI por Hernando.svg
Europäische Investitionsbank.jpg
Ibu pejabat EIB, bangunan Timur
Ditubuhkan1958
JenisInstitusi kewangan antarabangsa
Lokasi
Pemiliknegara anggota EU
President
Werner Hoyer
Kakitangan3200
MisiImprove Lives. Together.
Laman sesawangwww.eib.org

Bank Pelaburan Eropah (EIB) ialah institusi pemberi pinjaman jangka panjang bukan keuntungan Kesatuan Eropah ditubuhkan pada tahun 1958 di bawah Perjanjian Rom. Sebagai "bank yang dipandu dasar" yang pemegang sahamnya adalah negara anggota EU, EIB menggunakan operasi pembiayaannya untuk mewujudkan integrasi Eropah dan perpaduan sosial.[1] Ia tidak boleh dikelirukan dengan Bank Pusat Eropah, yang berpusat di Frankfurt (Jerman) atau dengan Bank Eropah untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan (EBRD) yang berpusat di London (United Kingdom).

EIB adalah institusi kewangan antarabangsa yang dimiliki awam dan para pemegang sahamnya adalah negara anggota EU. Oleh itu negara-negara anggota menetapkan matlamat dasar bank yang luas dan mengawasi dua badan pembuat keputusan bebas-lembaga gabenor dan lembaga pengarah.[2] Ia merupakan institusi pinjaman awam antarabangsa terbesar di dunia.[3]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ European Investment Bank. "What Is the EIB?". FAQ – Structure and Organisation. 
  2. ^ "FAQ – Structure and Organisation". Eib.org. 17 October 2011. Diarkibkan daripada asal pada 5 January 2013. Dicapai 2013-01-07. 
  3. ^ van Putten, Maartje (2008). Policing the Banks: Accountability Mechanisms for the Financial Sector. Montréal [Québec]: McGill-Queen's University Press. m/s. 146. ISBN 9780773576650. OCLC 760073184. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Bank Pelaburan Eropah di Wikimedia Commons