Bank Pembangunan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bank Pembangunan Malaysia Berhad
Nama dahulu
Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia[a]
Awam
Industri
Ditubuhkan28 November 1973; 48 tahun yang lalu (1973-11-28)
PengasasTuanku Abdool Aziz Bafayed al-Hajj
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Tempat diberi khidmat
Malaysia
Tokoh penting
  • Arshad Mohammed Ismail (Presiden dan CEO)
  • Zaiton Mohd Hassan (Pengerusi)[1]
PemilikKementerian Kewangan Malaysia
Laman web rasmi
www.bpmb.com.my

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB; dahulu dikenali sebagai Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia) ialah syarikat perkhidmatan kewangan dan bank pembangunan utama Malaysia.[2] Aktiviti bank ini ialah memberikan pembiayaan jangka sederhana hingga panjang kepada industri berintensifkan modal, yang merangkumi projek infrastruktur, sektor maritim dan teknologi tinggi dan membuat sejumlah pelaburan strategik.[2] BPMB ialah bank yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 28 November 1973,[2] objektif asal Bank Pembangunan ialah untuk membantu usahawan yang terlibat dalam industri kecil dan sederhana melalui penyediaan pelbagai kemudahan pembiayaan, latihan dan khidmat nasihat usahawan.[2] Selain menyediakan pembiayaan langsung, Bank Pembangunan melalui anak-anak syarikatnya dan syarikat bersekutunya memudahkan pertumbuhan sektor ekonomi strategik Malaysia.[2][3]

Pada tahun 2019, Bank Pembangunan dan Danajamin menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia mengenai cadangan untuk penggabungan.[4]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bank ini pada mulanya ditubuhkan sebagai Bank Pembangunan Malaysia Berhad pada 1973, kemudian ia bertukar nama kepada Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad pada 1998. Bank ini menggunakan kembali nama asalnya pada 2005.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wong Ee Lin (7 March 2019). "Bank Pembangunan looks start afresh 'as soon as possible', says Zaiton". The Edge Markets. Dicapai pada 24 May 2020.
  2. ^ a b c d e "BPMB: Corporate Info". Bank Pembangunan Malaysia Berhad. Dicapai pada 30 April 2017.
  3. ^ Adeline Paul Raj (8 Oktober 2019). "Bank Pembangunan looks start afresh after scandal". The Edge Markets. Dicapai pada 30 April 2020.
  4. ^ "Bank Pembangunan, Danajamin receives BNM approval for merger talks". The Star Online. 23 Disember 2019. Dicapai pada 30 April 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]