Bank Pusat Oman
| Maklumat am | |
|---|---|
| Ditubuhkan | Disember 1974 |
| Bank pusat bagi | Oman |
| Mata wang | Rial Oman |
| Tapak sesawang | https://www.cbo.gov.om/ |
| Lokasi | |
![]() | |
| Ibu pejabat | Ruwi (en) |
| Negara | Oman |
| Koordinat | 23°36′01″N 58°32′48″E / 23.6003°N 58.5467°E |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Bank Pusat Oman (bahasa Inggeris: Central Bank of Oman, CBO; Arab: البنك المركزي العماني) ialah bank pusat bagi negara Kesultanan Oman. Bank ini ditubuhkan pada Disember 1974 dan mula beroperasi pada 1 April 1975. Ia menggantikan Lembaga Mata Wang Oman sebagai pihak berkuasa mata wang utama di Oman.[1] Taimur bin Asa'ad Al Said ialah pengerusi lembaga pengarah semasa.[2]
Bank Pusat Oman bertanggungjawab untuk mengekalkan kestabilan mata wang negara Rial Oman serta memastikan kestabilan monetari dan kewangan. Asas modal CBO yang merupakan satu juta Rial Oman (OMR) pada permulaan operasi pada tahun 1975 telah diperkukuh dari semasa ke semasa; pada penghujung Disember 2024, aset asing CBO berjumlah OMR6.734 billion.[3]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sehingga tahun 1970, apabila Sultan Qaboos bin Said menaiki takhta kerajaan, tidak ada pihak berkuasa negara yang bertanggungjawab dalam pengawalseliaan sistem perbankan baru. Bilangan bank adalah kecil dan kegiatan perbankan terhad dari segi skala. Dua pihak berkuasa monetari yang mendahului penubuhan Bank Pusat Oman iaitu Pihak Berkuasa Mata Wang Muscat (1970) dan Lembaga Mata Wang Oman (1972) tidak diberikan status perbankan penuh, tetapi, mereka telah menyediakan asas yang baik untuk pembentukan Bank Pusat Oman. Walau bagaimanapun, peristiwa besar yang menandakan penubuhan bank pusat itu ialah penggubalan Undang-undang Perbankan pada tahun 1974 (yang telah dipinda mengikut Dekri Diraja No. 114/2000).[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Company Database: Central Bank of Oman". theworldfolio.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2017. Dicapai pada 21 September 2016.
- ^ "Meet the new Board of Directors of Central Bank of Oman". The Arabian Stories (dalam bahasa Inggeris). 1 Januari 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Ogos 2025. Dicapai pada 29 November 2025.
- ^ "Foreign assets of CBO exceed RO7 billion" (dalam bahasa Inggeris). 8 Mac 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2025. Dicapai pada 29 November 2025.
- ^ CBO-ITD. "Central Bank of Oman". cbo.gov.om. Dicapai pada 21 November 2017.

