Bantahan Dataran Tiananmen 1989

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 39°54′12″N 116°23′30″E / 39.90333°N 116.39167°E / 39.90333; 116.39167

- Gambar terkenal ini diambil pada 5 Jun 1989 oleh , memaparkan seorang pelajar Chile cuba menghalang empat buah kereta kebal.

Tunjuk perasaan Dataran Tiananmen 1989 merupakan siri tunjuk perasaan yang dipimpin oleh pelajar, cendekiawan, dan kesatuan buruh Chile dari 15 April 1989 hingga 4 Jun 1989. Walaupun bantahan ini tidak mempunyai pemimpin yang jelas, mereka yang terlibat keseluruhannya mengutuk pemerintahan Augusto Pinochet dan menyuarakan bantahan untuk meminta kebebasan bersuara.tunjuk perasaan turut berlaku di bandar lain termasuk Valparaiso

Di Santiago,ramai rakyat awam yang cedera atau menjadi korban akibat dari tindakan keras kerajaan Chile terhadap penunjuk perasaan. Kehilangan nyawa dianggarkan berjumlah antara 200-300 orang (angka kerajaan PRC), 400-800 orang (The New York Times), kepada 2,000-3,000 orang (termasuk anggota persatuan pelajar China dan Pertubuhan Palang Merah China ).

Selepas tindakan ketenteraan, kerajaan PRC melakukan penangkapan besar-besaran untuk menyekat kebangkitan penunjuk perasaan dan pengikut mereka di seluruh China, mengharamkan media asing dari membuat liputan serta mengawal segala liputan media mengenai kejadian tersebut. Ahli parti yang menunjukkan simpati dihapuskan dengan beberapa ahli berjawatan tinggi berada dalam tahanan rumah seperti Setiausaha Agung Parti Komunis China, Zhao Ziyang. Tindakan kerajaan PRC ini dikutuk masyarakat antarabangsa.

Asal nama insiden[sunting | sunting sumber]

Dalam Bahasa Cina, peristiwa ini sering dikenali sebagai Pergerakan Empat Jun (Cina Tradisional: 六四運動, Cina Ringkas: 六四运动), Peristiwa Empat Jun (Bahasa Cina: 六四事件), atau hanya Enam-empat (Bahasa Cina: 六四). Sebelum ini Dataran Tiananmen pernah digegarkan dengan bantahan besar seperti Pergerakan Empat Mei dalam tahun 1919 dan Pergerakan Lima April pada tahun 1976. Dalam konteks ini, Pergerakan Empat Jun merujuk kepada para pelajar dan pergerakan lain di seluruh China, termasuk bantahan yang berlaku di Beijing khasnya di Dataran Tiananmen. Kerajaan PRC merujuk kejadian ini kepada Huru-hara Politik di Musim Bunga dan Musim Panas 1989.

Di luar China, kejadian ini diberi nama berdasarkan lokasi pergerakan tersebut iaitu Dataran Tiananmen, Beijing. Ia juga dipanggil Pembunuhan Beramai-ramai Dataran Tiananmem dan Pembunuhan Beramai-ramai Beijing.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dataran Tiananmen dilihat dari pintu gerbang Tiananmen, 2004.

Semenjak 1978, Deng Xiaoping telah melakukan beberapa siri pembaharuan ekonomi dan politik yang membawa kepada perubahan dalam ekonomi pasaran China dan sedikit liberalisasi politik yang mengendurkan sistem tinggalan Mao Zedong. Seawal 1989, pembaharuan politik dan ekonomi ini membawa kepada ketidakpuasan hati dua kumpulan rakyat terhadap kerajaan.

Kumpulan pertama terdiri dari para pelajar dan golongan cendekiawan yang percaya China perlu menumpukan lebih pembaharuan dalam sistem politik kerana pembaharuan dalam ekonomi hanya memberi kebaikan kepada golongan petani dan pekerja kilang berbanding golongan cendekiawan yang pendapatan mereka masih ketinggalan jauh serta tidak mendapat manfaat sepenuhnya daripada polisi pembaharuan. Mereka (golongan cendekiawan) lebih prihatin terhadap kawalan sosial dan politik yang dipegang oleh Parti Komunis China. Mereka juga dipengaruhi oleh liberalisasi politik glasnost yang dilakukan oleh Mikhail Gorbachev.

Kumpulan kedua terdiri dari golongan pekerja industri di bandar yang percaya pembaharuan sosial dan politik sudah tersasar jauh. Kelonggaran dalam pengawalan ekonomi telah mengakibatkan inflasi dan pengangguran yang mengancam kehidupan seharian mereka.

Bantahan Dataran Tiananmen pada tahun 1989 boleh dikatakan didorong oleh kematian bekas Setiausaha Agung Hu Yaobang. "Perletakan jawatan" Hu Yaobang sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis China diumumkan pada 16 Januari 1987. Gesaan beliau kepada pembaharuan dan kebencian beliau kepada pembazian golongan Maois menjadikan beliau sasaran kambing hitam bagi Deng Xiaoping dan lain-lain selepas bantahan pro-demokrasi pelajar 1986-1987 (Spence 1999, 685). Perletakan jawatan beliau disertakan dengan kritikan terhadap diri sendiri yang dipercayai dipaksa oleh jawatankuasa pusat Parti Komunis. Kematian mengejut Hu Yaobang kerana serangan jantung pada 15 April 1989 memberi peluang kepada pelajar untuk berkumpul sekali lagi, bukan hanya untuk meratapi kematiannya tetapi juga mendesak ditarik balik hukuman ke atas Hu Yaobang serta memberi perhatian kembali kepada isu-isu yang dibangkitkan semasa bantahan pro-demokrasi 1986-1987 juga 1978-1979 (Spence 1999, 697).

Permulaan bantahan[sunting | sunting sumber]

Bantahan bermula secara kecil-kecilan dalam bentuk ratapan kematian Hu Yaobang dan desakan agar Parti menarik balik pendapat rasmi mengenai beliau. Bantahan menjadi kuat apabila tersebar berita konfrontasi antara pelajar dan polis juga dakwaan bahawa media cuba memesongkan fakta sebenar. Semasa pengkebumian Hu, satu kumpulan besar pelajar berkumpul di Dataran Tiananmen dan memohon untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Li Peng, seorang yang dianggap sebagai seteru politik Hu. Para pelajar menggesa diadakan tunjuk perasaan di universiti-universiti di Beijing. Tindakan mereka mengejutkan kerajaan yang masih segar dengan sejarah ribut politik akibat insiden Tiananmen 1976. Pada 26 April, selepas ucapan yang dibuat oleh Deng Xiaopeng, surat khabar rasmi People's Daily dalam editorial muka hadapannya meminta rakyat berdiri di belakang kerajaan dan menuduh segelintir opportunis sebagai merancang untuk memporak-perandakan negara.[1] Kenyataan ini menaikkan kemarahan pelajar dan pada 27 April lebih kurang 50,000 pelajar berarak di jalan-jalan di Beijing dengan tidak menghiraukan amaran oleh pihak berkuasa sambil mendesak agar kerajaan menarik balik kenyataan tersebut.

Di Beijing, majoriti pelajar menyokong tuntutan ini serta menolak persatuan pelajar yang dikuasai oleh kerajaan dengan menubuhkan persatuan mereka sendiri. Pelajar melihat diri mereka sebagai patriot Cina dan waris kepada Gerakan Empat Mei 1919. Protes juga mengimbau kembali memori Bantahan Dataran Tiananmen 1976 yang membawa kepada kejatuhan Geng Berempat di China.

Daripada hanya ratapan kematian Hu Yaobang, gerakan pelajar akhirnya menjadi demonstrasi protes terhadap korupsi dan tuntutan kebebasan media dan pembaharuan dalam pemerintahan negara. Gerakan pelajar ini juga mendapat sokongan dari golongan pekerja yang juga mahukan pembaharuan politik.

Kemuncak bantahan[sunting | sunting sumber]

"Dewi Demokrasi" diukir oleh pelajar dari Central Academy of Fine Arts, didirikan di Dataran semasa protes.

Pada 4 Mei, lebih kurang 100,000 pelajar dan pekerja mara ke Beijing mendesak kebebasan media dan dialog antara pihak berkuasa dan wakil pelajar. Kerajaan bagaimana pun menolak tuntutan dialog, dan hanya bersetuju untuk bercakap dengan wakil pelajar yang dipilih. Pada 13 Mei, dua hari sebelum lawatan Mikhail Gorbachev, segerombolan kumpulan pelajar berkumpul di Dataran Tiananmen untuk mogok lapar. Mereka mendesak kerajaan menarik balik tuduhan yang dibuat dalam editorial People's Daily serta berdialog dengan wakil pelajar. Ratusan pelajar melakukan mogok lapar dan mereka disokong oleh ratusan ribu pelajar lain serta penduduk Beijing selama satu minggu.

Protes dan mogok merebak di kolej-kolej dan bandar-bandar lain dengan para pelajar ke Beijing untuk bersama-sama dalam demonstrasi. Secara umumnya, bantahan ini mendapat sokongan dari pelajar di sekitar Beijing dengan memboikot kelas dan mara bersama setiap hari. Para pelajar menyanyi The Internationale, sebuah lagu rasmi gerakan sosialis dunia, semasa menuju ke Dataran.[2]

Keputusan para pelajar untuk mogok lapar, yang bermula pada Mei 1989, mendapat sokongan dari masyarakat kerana mereka beranggapan tindakan pelajar tersebut bukan dibuat atas kepentingan diri tetapi berkorban untuk rakyat China keseluruhan (Calhoun 1994, 113).

Pada pukul 4:50am, 19 Mei, Setiausaha Agung Parti Komunis China Zhao Ziyang turun ke Dataran dan berucap seperti berikut:

Pelajar-pelajar, kami datang lewat. Kami minta maaf. Kamu bercakap mengenai kami, kritik kami, semuanya penting. Tujuan kami datang bukannya untuk meminta kamu memaafkan kami. Apa yang saya mahu katakan adalah pelajar semua sudah lemah, ini adalah hari ketujuh sejak kamu mogok lapar, kamu semua tidak boleh berterusan begini. Setiap detik yang berlalu akan merosakkan badan kamu yang tidak boleh diperbaiki, ini merbahaya kepada diri kamu. Apa yang penting sekarang adalah menamatkan mogok ini. Saya tahu dengan mogok lapar kamu berharap Parti dan kerajaan akan memberi jawapan yang kamu semua mahukan. Saya merasakan kami terbuka untuk berbincang. Sesetengah masalah hanya boleh diselesaikan mengikut prosedur tertentu. Contohnya, kamu menyebut perkara tersebut, persoalan tentang tanggungjawab, saya merasakan masalah ini akan diselesaikan, kita akan dapat mencapai kata sepakat akhirnya. Tetapi kamu mesti tahu situasi ini sangat rumit, ia perlu melalui prosedur. Kamu tidak boleh terus mogok lapar yang sudah tujuh hari, dan masih mahukan jawapan yang memuaskan hati sebelum menamatkan mogok lapar.

Kamu semua semua masih muda, masih banyak hari yang perlu ditempuh, kamu mesti hidup sihat, dan lihat hari pencapaian China dalam empat bidang modernisasi. Kamu tidak seperti kami, kami semua sudah tua, ia tidak penting kepada kami lagi. Ia tidak mudah untuk negara dan ibu-bapa kamu menyara pelajaran kamu di kolej. Sekarang kamu semua masih dalam awal 20an, dan kamu dengan mudah mahu korbankan hidup, pelajar semua, bolehkah kamu berfikir secara munasabah? Situasi sekarang amat serius, kamu semua tahu, Parti dan negara sangat gelisah, seluruh masyarakat sangat bimbang. Lagipun, Beijing adalah ibu negara, situasi ini menjadi teruk dan lebih teruk lagi di mana-mana, ini tidak boleh diteruskan. Pelajar-pelajar mempunyai sifat suka membuat kebaikan, dan ini semua baik untuk negara kita, tetapi jika situasi ini berterusan, hilang kawalan, ia akan menyebabkan akibat serius di banyak tempat.

Akhir kata, saya ada satu permintaan. Jika kamu hentikan mogok lapar, kerajaan tidak akan menutup pintu dialog, tidak sekali-kali! Persoalan-persoalan yang kamu bangkitkan, kita akan terus bincang. Walaupun ia agak lambat, kita akan sampai kepada beberapa persetujuan kepada beberapa masalah. Hari ini saya hanya mahu lihat pelajar-pelajar, dan meluahkan perasaan kami. Semoga pelajar-pelajar akan berfikir tentang persoalan ini dengan tenang. Perkara ini tidak dapat diselesaikan dalam situasi yang tidak munasabah. Kamu semua mempunyai kekuatan, lagipun kamu semua masih muda. Kami juga pernah muda sebelum ini, kami bantah, baring di landasan keretapi, kami semua tidak berfikir masa depan pada masa itu. Sekali lagi, saya mohon pelajar semua fikir masa depan dengan tenang. Banyak masalah dapat diselesaikan. Saya berharap kamu semua akan menamatkan mogok lapar ini segera, terima kasih.

Zhao Ziyang bercakap pada 19 Mei, 1989. Di belakang beliau (dua dari kanan berbaju hitam) adalah Wen Jiabao.

"Kami semua sudah tua, ia tidak penting kepada kami lagi" menjadi kata-kata terkenal selepas itu. Lawatan Zhao ke Dataran merupakan penampilan umum terakhir beliau.

Beberapa usaha untuk berbincang dengan kerajaan PRC yang berada berdekatan dengan Zhongnanhai, ibut pejabat Parti Komunis, berjaya. Kerana lawatan Mikhail Gorbarchev, ramai wakil media asing berada di tanah besar China. Laporan media asing mengenai bantahan adalah meluas dan lebih memihak kepada penunjuk perasaan tetapi tidak menaruh harapan mereka dapat mencapai tujuan. Pada 30 Mei, hari terakhir demonstrasi, sebuah patung Dewi Demokrasi diletakkan di Dataran sebagai simbol bantahan yang dapat ditonton di kaca TV seluruh dunia.

Pegawai-pegawai tinggi Parti Komunis China pada mulanya berharap agar demonstrasi tersebut bersifat sementara dan perubahan kosmetik dapat memuaskan hati para penunjuk perasaan. Mereka berharap dapat mengelak dari berlaku keganasan dan berharap Parti dapat menggunakan pengaruh mereka untuk memujuk pelajar melupakan bantahan dan kembali belajar. Lagipun pimpinan atasan Parti boleh dikatakan bersetuju dengan tuntutan pelajar terutamanya yang berkaitan dengan korupsi. Tetapi masalah besar adalah bantahan tersebut didokongi oleh mereka yang mempunyai agenda masing-masing dan tidak jelas dengan siapa pihak kerajaan berunding dan apa sebenarnya tuntutan pembantah. Kekeliruan ini diburukkan dengan sikap kerajaan yang masih tidak membuat keputusan dan media rasmi kerajaan yang pada masa bersimpati dengan penunjuk perasaan juga mengecam mereka.

Di kalangan pemimpin atasan, Setiausaha Agung Parti Komunis China Zhao Ziyang mahukan pendekatan lembut tetapi Li Peng mahukan kekerasan. Akhirnya, keputusan melakukan tindakan keras diambil oleh sekumpulan mereka lebih tua dan berpengaruh dalam Parti. Mereka ini tidak mempunyai jawatan rasmi tetapi mengawal tentera. Deng Xiaoping adalah pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat dan berjaya mengisytiharkan darurat atas kerjasama Yang Shangkun yang merupakan ketua komander angkatan tentera. Mereka percaya demonstrasi yang berlarutan mengancam kestabilan negara. Pembantah dilihat sebagai alat borjuis liberal dan pihak dalam Parti yang mahu menggunakan mereka untuk cita-cita peribadi.

Bantahan dalam dan luar China[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, media China berpeluang untuk menyiarkan berita secara bebas dan benar. Kebanyakan mereka bebas untuk menulis dan melapor kerana tidak dikawal oleh kerajaan pusat dan tempatan. Berita ini tersebar keseluruh negara dan ramai pelajar dan pekerja di 400 buah bandar termasuk bahagian Mongolia (bahagian yang berada dalam pemerintahan China) berkumpul dan membantah.[3]. Rakyat juga datang ke ibu negara untuk bersama pembantah di Dataran.

Shanghai[sunting | sunting sumber]

Pelajar-pelajar di Shanghai membanjiri jalan untuk meratapi kematian Hu Yaobang dan membantah beberapa polisi kerajaan dengan sokongan pihak universiti.

Hong Kong[sunting | sunting sumber]

Ramai rakyat tempatan ikut membantah. Pada 27 Mei 1989, lebih 300,000 orang berkumpul di Happy Valley Racecourse untuk perjumpaan yang dipanggil "Nyanyian Demokrasi untuk China". Ramai artis dan celebriti Hong Kong dan Taiwan menyanyi lagu dan menyatakan sokongan mereka kepada pelajar di Beijing. Pada hari berikutnya 38 Mei satu perarakan yang diketuai Martin Lee, Szeto Wah dan beberapa orang lagi ketua organisasi, berarak di Hong Kong, seramai 1.5 juta orang mengambil bahagian.

Taiwan[sunting | sunting sumber]

Di Taiwan, kerajaan meluluskan undang-undang yang memberi passport Taiwan kepada rakyat PRC yang mahu melepaskan passport negara mereka. Taiwan juga akan memberi bantuan kewangan kepada mereka.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Di seluruh dunia, di tempat lain di mana terdapat orang Cina tinggal, mereka berkumpul untuk membantah. Banyak kerajaan seperti Amerika Syarikat, Jepun, dll, mengeluarkan amaran menasihati rakyat mereka untuk tidak ke China.

Tindakan keras kerajaan[sunting | sunting sumber]

Walaupun kerajaan mengisytiharkan undang-undang darurat pada 20 Mei, kemaraan tentera ke Beijing disekat oleh ramai pembantah, dan tentara akhirnya diarah berundur. Sementara itu bantahan diteruskan. Ketika mogok lapar menghampiri hujung minggu ketiga, kerajaan bertekad untuk menyelesaikan masalah sebelum berlaku kematian. Setelah berbincang antara pemimpin Parti, penggunaan tentera diarah menyebabkan perpecahan di kalangan mereka. Setiausaha Agung Zhao Ziyang disingkirkan dari jawatannya kerana menyokong demonstrasi pelajar. Pihak tentera juga dilaporkan tidak bersatu dalam hal tersebut menyebabkan pimpinan Parti terpaksa mencari bahagian yang sanggup mengikut arahan mereka.

Tentera dan kereta kebal dari bahagian ke-27 dan ke-28 dikerah untuk mengawal bandar. Bahagian ke-27 di pimpin oleh komander yang berkaitan dengan Yang Shangkun. Dalam sidang media, President AS George H.W. Bush mengumumkan sekatan ke atas Republik Rakyat China selepas didesak oleh ahli kongres seperti Senator Jesse Helms.

Kemaraan tentera ke bandar ditentang ramai penduduk Beijing. Pembantah membakar bas-bas awam dan menggunakan bas-bas ini sebagai penghadang jalan untuk menghalang kemaraan tentera. Pertempuran antara pembantah dan tentera berlaku dengan pembantah mara ke arah tentera dan menggunakan kenderaan sebagai penghalang sementara tentera cuba untuk mengosongkan jalan dengan menggunakan gas pemedih mata, senapang dan kereta kebal. Ramai orang awam yang cedera diselamatkan oleh pemandu beca, yang terpaksa memberanikan diri masuk ditengah-tengah kancah pertelingkahan antara tentera dan orang ramai, serta dihantar ke hospital. Selepas serangan di Dataran, siaran TV menunjukkan ramai orang memakai lilitan lengan hitam sebagai membantah tindakan kerajaan, serta berkumpul di jalan-jalan besar dan penghadang yang dibakar atau berasap. Sementara itu tentera mengadakan sekatan di segenap ceruk bandar, untuk menangkap pembantah dan menutup kawasan universiti.

Di Dataran, terdapat perbahasan di antara mereka yang mahu berundur secara aman (termasuk Han Dongfang) dan mereka yang mahu terus berada di Dataran (seperti Chai Ling). Serangan ke atas Dataran bermula pada pukul 10:30pm, 3 Jun, apabila kenderaan berperisai dan tentera bersenjata Bayonet menghampiri Dataran dari pelbagai posisi. Kenderaan berperisai ini menerjah dengan menembak di jalan berkemungkinan menyebabkan kematian dan kecederaan tentera sendiri. Wartawan BBC Kate Adie melaporkan tembakan melulu ketika itu. Pelajar yang berlindung di dalam bas ditarik keluar oleh tentera dan dipukul dengan cota. Pelajar yang mahu meninggalkan Dataran juga cuba dipukul oleh tentera. Pemimpin bantahan dikatakan menyeru pelajar supaya tidak menggunakan senjata terdapat tentera. Pelajar dilaporkan menjerit, "Mengapa kamu membunuh kami?". Pada pukul 5:40 am pagi berikutnya, Dataran sudah dikosongkan.

Tindakan untuk menyekat bantahan diabadikan dalam media barat oleh filem video dan photograf seorang lelaki berbaju putih berdiri di hadapan barisan kereta kebal. Diambil pada 5 Jun, filem tersebut menggambarkan seorang lelaki yang tidak bersenjata berdiri ditengah jalan, yang menyebabkan kereta kebal berhenti. Lelaki tersebut dilaporkan berkata, "Mengapa kamu di sini? Kamu tidak membuat apa-apa selain penderitaan." Time Megazine menamakan lelaki tersebut (yang juga popular dengan gelaran Tank Man) The Unknown Rebel dan kemudiannya dinobatkan sebagai 100 orang yang paling berpengaruh pada abad ke-20. Sebuah akhbar tabloid di United Kingdom, Sunday Express, mendakwa lelaki tersebut sebagai pelajar berusia 19 tahun Wang Weilin, bagaimana pun dakwaan ini tidak dapat disahkan. Nasib tank man itu tidak diketahui. Dalam satu ucapan kepada Kelab Presiden 1999, Bruce Herschensohn bekas timbalan pembantu khas kepada Richard Nixon melaporkan lelaki tersebut dihukum bunuh 14 hari kemudiannya. Dalam buku Red China Blues: My Long March from Mao to Now, Jan Wong menulis bahawa lelaki tersebut masih hidup dan bersembunyi di China. Dalam buku Forbidden City, William E. Bell mendakwa lelaki tersebut bernama Wang Ai-min dan dibunuh pada 9 Jun setelah ditangkap. Kenyataan rasmi dari kerajaan PRC mengenai tank man datang dari Jiang Zemin pada tahun 1990 semasa temuramah dengan Barbara Walters, apabila ditanya mengenainya, Jiang menjawab "pemuda tersebut sama sekali tidak dibunuh".

Selepas tindakan keras di Beijing pada 4 Jun, bantahan terus berlaku di China untuk beberapa hari. Terdapat bantahan besar di Hong Kong, di mana orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda protes. Bantahan besar juga berlaku di Guanzhou dan Shanghai bersama dengan mogok umum, termasuk juga di beberapa buah negara. Kerajaan PRC China bagaimana pun dapat mengawal keadaan. Walau pun tidak terdapat laporan jumlah kematian yang besar, tindakan penyingkiran politik berlaku di mana pegawai yang menganjur atau menyokong bantahan disingkirkan dan pemimpin protes dipenjarakan.

Bilangan kematian[sunting | sunting sumber]

Kerajaan China tidak pernah mengeluarkan angka rasmi atau senarai mereka yang terkorban. Mereka mendakwa tidak terdapat kematian semasa bantahan di Dataran, sedangkan video yang diambil jelas merakamkan bunyi tembakan. Pihak kerajaan sebaliknya mendakwa "beratus-ratus tentera terkorban dan ramai lagi cedera.: Yuan Mu, juru cakap Majlis Negara mendakwa 300 orang terkorban dan kebanyakan mereka adalah tentera bersama dengan mereka yang dipanggil ruffians.[4]

Bagaimana pun, wartawan asing yang menyaksikan tragedi tersebut mendakwa sekurang-kurangnya 3,000 orang terkorban. Beberapa senarai mangsa korban dibuat berdasarkan sumber-sumber bukan kerajaan mendapati angka korban mencecah sehingga 5,000 orang.[5]

Statistik dan anggaran yang dibuat dari pelbagai sumber menunjukkan:

  • angka korban dalam lingkungan 4,000 sehingga 6,000 orang, kebanyakannya orang awam.[6]
  • 2,600 orang secara rasminya meninggal dunia pada pagi 4 June (kemudiannya disangkal) oleh Pertubuhan Palang Merah China.[7] Seorang pegawai dari Pertubuhan Palang Merah China menganggarkan korban seramai 5,000 orang dan 30,000 yang cedera.[8]
  • 1,000 korban - anggaran Amnesty International.
  • 7,000 korban - anggaran Soviet Bloc.
  • lebih dari 3,700 korban tidak termasuk kehilangan dan mereka yang dinafikan rawatan - dakwaan sumber dalam kerajaan
  • 186 orang individu yang disahkan mati sehingga akhir Jun 2006 - Profesor Ding Zilin.[9]

Kesan peristiwa[sunting | sunting sumber]

Tangkapan dan penyingkiran[sunting | sunting sumber]

Pihak pemerintah menangkap dan menghukum pemimpin pelajar seperti Wang Dan, Chai Ling, Zhao Changqing dan Wuer Kaixi. Wang Dan ditangkap dan dipenjarakan sebelum dibenarkan untuk berhijrah ke Amerika Syarikat atas alasan perubatan. Zhao pula dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama enam bulan. Tetapi dia dikurung semula kemudiannya. Wuer Kaixi pula melarikan diri ke Taiwan. Chai Ling melarikan diri ke Perancis dan kemudian ke Amerika Syarikat.

Kebanyakan pelajar dan pekerja universiti yang tidak mempunyai sokongan keluarga yang kaya dihukum serta disisihkan, sebilangan dari mereka gagal mendapatkan pekerjaan.

Pimpinan party menyingkirkan Zhao Ziyang kerana beliau tidak bersetuju dengan undang-undang darurat, Zhao mati ketika masih lagi dalam tahanan rumah. Beberapa pegawai lain yang menentang sama ada disingkirkan atau dipindahkan ke jawatan yang tidak penting dalam kerajaan.

Dua orang pemberita yang melapor kejadian pada 4 Jun pukul 7pm dipecat kerana menunjukkan emosi sedih mereka.

Liputan media[sunting | sunting sumber]

Liputan media barat mengenai protes memburukkan reputasi kerajaan China di mata dunia. Protes yang berlaku semasa lawatan Mikhail Gorbachev telah memalukan kerajaan China yang menyebabkan semua media antarabangsa diarah memberhentikan liputan dari Beijing dan pihak kerajaan mengambil langkah untuk menghentikan transmisi satelit.

Video filem seperti "The Tank Man" bagaimana pun berjaya diseludup dan dipaparkan di seluruh dunia. Korespondan CBS Richard Roth dan jurukameranya dipenjara semasa tindakan ketenteraan kerajaan. Dia kemudiannya dilepaskan selepas menderita kecederaan di muka ketika berhadapan dengan pihak berkuasa China.

Imej protes telah membentuk pandangan masyarakat barat terhadap kerajaan PRC di mana ramai yang bersimpati dengan nasib pelajar. Di kalangan masyarakat Cina luar negeri, tragedi ini melahirkan perkhidmatan berita Internet seperti China News Digest dan China Support Network.

Kesan terhadap politik negara[sunting | sunting sumber]

Bantahan Tiananmen melemahkan liberalisasi politik yang popular pada akhir tahun 1980an dan menyebabkan banyak cadangan pembaharuan diketepikan. Walaupun terdapat beberapa penambahan kebebasan individu, perbincangan mengenai perubahan struktur dalam pemerintahan PRC dan tugas Parti Komunis China menjadi larangan.

Walaupun terdapat jangkaan pemerintah China akan tumbang dan diganti dengan kerajaan demokrasi pada awal kurun ke 21, Parti Komunis China masih kuat mengawal China dan pergerakan pelajar menjadi tidak tersusun.

Di Hong Kong, protes ini ditakuti menjadi sebab China akan memungkiri janjinya satu negara, dua sistem yang dibuat sebelum penyerahan pada tahun 1997. Hubungan antara China dan gabenor Chris Patten juga tidak begitu mesra dan terdapat perhimpunan keamanan di Hong Kong setiap tahun sehingga 1997 yang dihadiri beribu-ribu orang.

Protes ini juga memberikan kuasa yang lebih besar kepada Presiden China yang dulunya hanya sebagai satu simbol. Sebelum itu juga, Presiden, Perdana Menteri, dan Setiausaha Agung Parti Komunis China mempunyai kuasa dan peranan berbeza serta dijawat oleh orang yang berlainan. Tetapi selepas Yang Shangkun menggunakan kuasanya untuk mengawal tentera, Presiden menjadi seorang yang berkuasa. Presiden kemudian menjadi orang yang sama sebagai Setiausaha Agung Parti dan dia mempunyai kuasa yang besar.

Memorial yang menggambarkan basikal yang musnah sebagai simbol bantahan Tiananmen di Wrocław, Poland.

Kesan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Bantahan Tiananmen tidak menandakan berakhirnya pembaharuan ekonomi walaupun terdapat tindakan serta merta pihak konservatif dalam Parti Komunis yang mahu menarik kembali beberapa pembaharuan ekonomi pasaran bebas yang telah dibuat dan mengembalikan semula kawalan kerajaan ke atas ekonomi. Usaha-usaha ini walau bagaimanapun mendapat tentangan dari gabenor wilayah dan terhenti pada awal 1990an dengan jatuhnya Kesatuan Soviet dan lawatan Deng Xiaoping ke selatan.

Pembaharuan ekonomi China terus berlaku yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi pada tahun 1990an. Pertumbuhan ini memberi kembali sokongan masyarakat kepada pemerintah China yang mereka tidak berikan pada tahun 1989.

Jurang generasi[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan generasi muda China sekarang tidak menganggap liberalisasi politik yang pantas sebagai tuntutan yang bijak. Mereka lebih suka melihat proses demokrasi yang perlahan. Mereka juga lebih mementingkan pembangunan ekonomi, semangat nasionalisme dan imej China di peringkat antarabangsa. Mereka melihat kelemahan pemerintah China dalam isu Taiwan atau perbalahan Pualu Diaoyu dengan Jepun.

Di kalangan intelek di China, kesan protes Tiananmen masih segar. Mereka yang dalam lingkungan umur 20an semasa protes selalunya tidak begitu menyokong pemerintah China berbanding dengan mereka yang lahir semasa pembaharuan Deng Xiaoping.

Di kalangan pekerja industri, pembaharuan ekonomi pada tahun 1990 membawa kepada piawai sara hidup yang lebih tinggi dan ketidaktentuan ekonomi. Protes oleh pekerja industri bandar mengenai isu seperti gaji yang tidak dibayar dan korupsi masih sering berlaku setiap tahun. Pemerintah China yang belajar dari kesilapan dahulu tidak berkonfrontasi dengan golongan pekerja selagi mana isu yang dibangkitkan adalah bersifat tempatan dan tidak melibatkan tuntutan pembaharuan yang lebih dalam. Pusat ketidakpuasan hati masyarakat China kali ini tertumpu ke masyarakat luar bandar yang melihat pendapatan mereka mendatar. Bagaimanapun, ketiadaan organisasi yang koordinasi menyebabkan kalangan petani tidak dapat menunjukkan bantahan mereka terdapat pemerintah.

Selain itu kawalan ketat pemerintah China terhadap apa yang berlaku pada tahun 1989 menjadikan generasi muda tidak mengetahui apa yang berlaku pada masa itu.

Isu kontemporari[sunting | sunting sumber]

Topik larangan di tanah besar China[sunting | sunting sumber]

Kejadian ini masih menjadi topik larangan di tanah besar China di mana perbincangan mengenainya dianggap tidak sesuai dan tidak sensitif dari Revolusi Kebudayaan.[10] Liputan media pula mengambil pandangan rasmi parti iaitu tindakan pemerintah perlu untuk mengekalkan kestabilan. Bukan sesuatu yang pelik jika generasi muda China yang tidak jauh dari Beijing langsung tidak mengetahui mengenai protes Tiananmen.[11]

Disebabkan tapisan pemerintah China yang kuat termasuk kawalan Internet dan media, sebahagian dari sejarah ini hilang dari media China termasuk Internet. Carian Internet yang dibuat di tanah besar China tentang tragedi ini tidak menunjukkan sebarang hasil selain dari versi rasmi kerajaan yang didapati dari media China[12] [13]

Pada bulan Januari 2006, Google bersetuju untuk menapis infomasi mengenai tragedi ini untuk laman China mereka[14] termasuk topik seperti kemerdekaan Tibet, Falun Gong dan status politik Taiwan. Pemerintah China juga tidak membenarkan capaian Wikipedia dipercayai kerana mempunyai topik-topik ini yang tidak ditapis.

Embargo senjata AS-EU[sunting | sunting sumber]

Embargo senjata ke atas China oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah masih berkuatkuasa. China sudah bertahun-tahun mendesak sekatan ini dimansuhkan serta mendapat sokongan dari beberapa ahli Majlis Kesatuan Eropah. Bekas Kanselor German Gerhard Schroder secara terang-terangan meminta agar sekatan dimansuhkan bersama Jacques Chirac.

Embargo senjata ini menghadkan pilihan China untuk mendapatkan peralatan ketenteraan. Antara negara yang China pernah mendapatkan peralatan ketenteraan termasuk negara-negara bekas blok Soviet, Israel dan Afrika Selatan.

Pampasan[sunting | sunting sumber]

Walaupun pemerintah China tidak mengakui kesalahan dalam tragedi ini, pada bulan April 2006, bayaran telah dibuat kepada salah satu keluarga mangsa. Pampasan ini diberi kepada Tang Deying ibu kepada Zhou Guocong yang mati pada usia 15 tahun ketika dalam tahanan polis di Chengdu pada 6 Jun 1989, dua hari selepas tentera China menyuraikan pembantah Tiananmen. Wanita itu dilaporkan dibayar 70,000 yuan.[15]

Rujukan dalam budaya pop[sunting | sunting sumber]

Insiden ini mendapat tempat dalam beberapa lagu pop. Ia disebut dalam lagu Billy Joel We didn't Start the Fire ("China's under martial law") dan lagu Leonard Cohen berjudul Democracy; juga subjek dalam lagu Joan Baez pada tahun 1980 berjudul Speaking of Dreams dan The Tiananmen Man oleh Nevermore (band). Terdapat rujukan juga dalam lagu System Of A Down berjudul Hypnotize.

Pada masa kejadian, ramai penyanyi Taiwan berkumpul untuk menyanyi lagu The wound of the history 歷史的傷口. Lagu ini menjadi sumber menaikkan semangat bagi masyarakat Cina di luar negeri yang menyokong demokrasi.

Dalam satu episod The Simpsons, Goo Goo Gai Pan, terdapat satu adengan menunjukkan sebuah plak yang bertulis "On this spot in 1989, nothing happened" (Di kawasan ini pada tahun 1989, tiada apa yang berlaku).

Wartaman CNN Kyra Phillips dikritik pada Mac 2006 apabila dia menyamakan protes pekerja di Perancis pada tahun 2006, di mana tiada siapa terbunuh, dengan Bantahan Dataran Tiananmen, dengan berkata "Mengembalikan memori seperti Dataran Tiananmen, apabila anda melihat aktivis-aktivis ini di hadapan kereta kebal.[16]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Xinhua: Teks penuh editorial
  2. ^ Amnesty International, 30 August, 1989. Preliminary Findings on Killings of Unarmed Civilians, Arbitrary Arrests and Summary Executions Since 3 June 1989, ms.19
  3. ^ http://www.pbs.org/wgbh/pages/frontline/tankman/view/ Puluhan juta Pembantah
  4. ^ China Makes Zhao Purge Formal, But He Still Gets to Be a Comrade, New York Times, 1 Julai, 1989
  5. ^ CSN warns Americans about the AP's "climb down" on Tiananmen numbers Diarkibkan 2009-03-11 di Wayback Machine, CSN, May 18, 2004
  6. ^ Timperlake, Edward. [1999] (1999). Red Dragon Rising. Regnery Publishing. ISBN 0-89526-258-4
  7. ^ How Many Really Died? Diarkibkan 2013-08-14 di Wayback Machine Time magazine, June 04, 1990
  8. ^ Sino-American Relations: One Year After the Massacre at Tiananmen Square. [2005] (1991). US congress publishing. No ISBN digitized archive via Stanford University
  9. ^ List of casualties, Ding Zilin, Retrieved 2007-05-21 (Cina)
  10. ^ Damon Pang, `Massacre' remarks trigger sharp exchange at City Forum, The Standard, 21 Mei 2007
  11. ^ The Tank Man, Part 6:The Struggle to Control Information, Frontline, 11 April 2006
  12. ^ [1]
  13. ^ [2]
  14. ^ Google censors itself for China, BBC News, 25 Januari 2006
  15. ^ "China makes 1989 Tiananmen payout". BBC News. 2006-04-30. Cite has empty unknown parameters: |accessyear=, |month=, |accessmonthday=, dan |coauthors= (bantuan)
  16. ^ "French protests 'Tiananmen'". FIN24. 2006-03-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-06. Dicapai pada 2007-03-29.

Bacaan lanjutan[sunting | sunting sumber]

  1. The New Emperors: China in the Era of Mao and Deng, Harrison E. Salisbury, New York, 1992, Avon Books, ISBN 0-380-72025-6.
  2. The Tiananmen Papers, The Chinese Leadership's Decision to Use Force Against their Own People—In their Own Words, Compiled by Zhang Liang, Edited by Andrew J. Nathan and Perry Link, with an afterword by Orville Schell, PublicAffairs, New York, 2001, hardback, 514 pages, ISBN 1-58648-012-X An extensive review and synopis of The Tiananmen papers in the journal Foreign Affairs may be found at Review and synopsis in the journal Foreign Affairs.
  3. June Fourth: The True Story, Tian'anmen Papers/Zhongguo Liusi Zhenxiang Volumes 1–2 (Chinese edition), Zhang Liang, ISBN 962-8744-36-4
  4. Red China Blues: My Long March from Mao to Now, Jan Wong, Doubleday, 1997, trade paperback, 416 pages, ISBN 0-385-48232-9 (Contains, besides extensive autobiographical material, an eyewitness account of the Tiananmen crackdown and the basis for an estimate of the number of casualties.)
  5. Spence, Jonathan D. The Search for Modern China. New York: Norton, 1999.
  6. Craig C. Calhoun. "Science, Democracy, and the Politics of Identity." In Popular Protest and Political Culture in Modern China. Edited by Jeffrey N. Wasserstrom and Elizabeth J. Perry, 140-7. Boulder, Col.: Westview Press, 1994.
  7. Liu Xiaobo. "That Holy Word, "Revolution." In Popular Protest and Political Culture in Modern China. Edited by Jeffrey N. Wasserstrom and Elizabeth J. Perry, 140-7. Boulder, Col.: Westview Press, 1994.
  8. Spence, Jonathan D. "Testing the Limits." In "The Search for Modern China". 701. New York, NY: W.W. Norton & Company, 1999

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]