Bantuan:Bahasa Arab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ini adalah aksara abjad Arab: أبجدية عربية‎. Jika anda melihat kotak-kotak kecil atau tanda tanya, anda perlu memasang fon komputer dengan aksara-aksara bersesuaian.

Teks dwiarah[sunting | sunting sumber]

Kata العربية ALA-LC: al-ʿarabiyyah, "bahasa Arab]". Dari atas ke bawah:
1. Kiri ke kanan (tidak betul);
2. Kanan ke kiri, tapi tidak disambung (tidak betul);
3. Kanan ke kiri dan disambung (betul).

Masalah paling besar yang dihadapi apabila menyisipkan teks bahasa Arab dalam Wikipedia Bahasa Melayu adalah hakikat yang bahasa Arab ditulis dari kanan ke kiri sementara bahasa Melayu mengalir dari kiri ke kanan. Lagi teruk, angka yang dikongsi kedua-dua bahasa tidak memiliki sifat dwiarah yang kuat berbanding dengan huruf, dan kadang kala ini menyebabkan ralat. Keadaan ini dapat ditangani dengan penggunaan templat {{rtl-lang}} (klik pautan untuk melihat bagaimana ia dapat diguna), oleh tanda kiri-ke-kanan Unikod (LRM), U+200E, pada penghujung teks bahasa Arab bagi menandakan yang teks berikutnya teks bahasa Melayu dan harus dibaca dari kiri ke kanan. Tanda LRM dapat diletakkan dengan menggunakan identiti aksara HTML sama ada dengan nilai perenambelasan atau perpuluhan: '&#x200E'; atau '&#8206';. Dalam beberapa kes berkemungkinan memadai jika teks berkaitan diungkapkan semula atau teks digerakkan agar teks yang terarah lebih kuat menyusuli teks Arab. Ini dapat mengelakkan penggunaan LRM sama sekali. Skrip bahasa Arab berkemungkinan dipaparkan dengan salah dalam sistem yang tidak menyokong penggunaan bahasa Arab.

Transliterasi[sunting | sunting sumber]

Satu saranan adalah: menulis kata yang ditulis dalam skrip Arab pada kali pertama ia hadir dalam rencana, diikuti dengan perumian, dan kemudian mengguna perumian itu secara konsisten dalam rencana terbabit.

Piawai DIN 31635 merupakan satu daripada skim yang digunakan secara meluas, dengan satu tanda buat setiap huruf bahasa Arab.

Satu lagi piawai transliterasi ialah sistem ALA-LC yang menggunakan lebih sedikit huruf yang bertanda diakritik akan tetapi menambah bilangan diagraf. Wikipedia menggunakan sistem transliterasi ini dalam rencana-rencananya, mahupun rencana ini mengguna sistem DIN.

Penggunaan Abjad sembang bahasa Arab harus dielakkan.

Melainkan rencana atau bahagian itu tentang dialek lokal atau nama-nama, sebutan bentuk "wakaf" atau "jeda" (pausal) (tanpa penghujung إﻋﺮﺍﺏʾiʿrab) bahasa Arab Sastera (الفصحىal-fuṣḥā) lebih diutamakan. Lazimnya sebutan bahasa Arab Sastera diutamakan apabila sesuatu rencana itu membincangkan perkara yang berkaitan dengan Islam.

Akhiran kasus mungkin bersesuaian apabila sesebuah nama menggunakan ʾIḍāfah إضافة‎ (di sini: pemilikan). Apabila ʾiʿrāb digunakan, pastikan yang anda menggugurkan binaan auksiliari lewah seperti a dalam artikel (a)l-, misalnya "Eid ul-Fitr|عيد الفطر" ʿīd al-fiṭr atau ʿīdu l-fiṭr.

Contoh, Mesir مصر‎:

Miṣr - Bahasa Arab Piawai Moden (BAPM)/Bahasa Arab Klasik (BAK), jeda (الوقفal-waqf); diutamakan
Miṣru - BAPM/BAK, kasus nominatif, elakkan.
Maṣr - Bahasa Arab Mesir; tidak digalakkan penyunting membuat transliterasi dialek dalam perumian bahasa Arab, oleh sebab perumian direka hanya untuk sebutan bahasa Arab Sastera.
  • Dalam kes bahasa Arab Mesir, gunakan {{IPA-arz|mɑsˤɾ}} dan transkripsikan dengan IPA.

Fon[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]