Bantuan:Mengguna laman perbincangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Struktur data Wikipedia
Ruang nama
Ruang nama subjek Ruang nama perbincangan
0 (Utama/Rencana) Perbincangan 1
2 Pengguna Perbincangan pengguna 3
4 Wikipedia Perbincangan Wikipedia 5
6 Fail Perbincangan fail 7
8 MediaWiki Perbincangan MediaWiki 9
10 Templat Perbincangan templat 11
12 Bantuan Perbincangan bantuan 13
14 Kategori Perbincangan kategori 15
100 Portal Perbincangan portal 101
710 TimedText TimedText talk 711
828 Modul Perbincangan modul 829
Tidak digunakan lagi
2300 [[Wikipedia:Alat|]] 2301
2302 [[Wikipedia:Alat|]] 2303
Tidak dipasang
90 Thread Thread talk 91
92 Summary Summary talk 93
108 Buku 109
118 Draf 119
442 Course Course talk 443
444 Institution Institution talk 445
446 Program pendidikan 447
2600 Topic 2601
Ruang nama maya
-1 Khas
-2 Media
Senarai semasa (panggilan API)

Sebuah laman perbincangan (juga dikenali sebagai laman perbualan) adalah satu laman di mana para penyunting dapat berbincang tentang penambahbaikan sesuatu rencana ataupun laman Wikipedia lain.

Laman perbincangan yang berkaitan dengan sesebuah rencana dipanggil "Perbincangan:Contoh" , di mana "Contoh" adalah nama rencana itu. Misalnya, laman perbincangan bagi pembaikan rencana Anjing dipanggil Perbincangan:Anjing. Laman perbincangan yang berkaitan laman pada ruang nama lain dikenali dengan menambah "perbincangan" sebelum label ruang namanya; misalnya, laman perbincangan bagi Wikipedia:Pengenalan dipanggil Perbincangan Wikipedia:Pengenalan.

Video tentang bagaimana menggunakan laman perbincangan (Inggeris), 2m 30s (8 MB)

Laman-laman pengguna juga memiliki laman perbincangan. Apabila penyunting-penyunting lain mahu menghubungi anda, selalunya mereka akan meninggalkan pesanan pada laman perbincangan pengguna anda. Anda akan melihat kotak berwarna jingga apabila anda log masuk ataupun membelek laman Wikipedia (jika anda menyunting sebagai alamat IP).

Bagaimana mencari laman perbincangan[sunting | sunting sumber]

Apabila membaca sebuah rencana (ataupun apa jua laman yang bukan laman perbincangan), pautan kepada laman perbincangan berkaitan akan dipaparkan pada tab "Perbincangan" pada bahagian atas laman. Petik tab ini untuk pergi ke laman perbincangan; anda kemudian dapat melihat laman perbincangan dan sejarahnya. Anda juga dapat menyunting laman tersebut jika anda mahu menambah ulasan ataupun mengajukan soalan.

Jika pautan "Perbincangan" berwarna merah, ini bermakna perbincangan pada laman perbincangan belum dimulakan lagi. Petik pautan merah untuk memulakan laman perbincangan tersebut.

Untuk pulang kembali ke laman rencana dari laman perbincangannya, gunakan tab paling kiri pada bahagian atas laman, yang dilabel "rencana". Buat laman-laman yang lain daripada rencana, tab ini mungkin kelihatan lain, seperti "laman pengguna" ataupun "laman projek".

Sublaman dan pengarkiban[sunting | sunting sumber]

Kadang kala topik-topik tertentu menjana perbincangan yang banyak pada laman perbincangan. Perbincangan ini mungkin perlu dipindahkan kepada sublaman. Untuk melakukan pemindahan ini, buat laman bertajuk "Perbincangan:Xxx/Yyy", di mana "Perbincangan:Xxx" nama laman perbincangan utama, dan "Yyy" merujuk kepada topik sublaman. Tinggalkan nota yang dipautkan kepada sublaman pada bahagian atas laman perbincangan utama.

Laman perbincangan yang memiliki banyak perbualan sering diarkibkan agar saiz laman itu terurus. Ini dapat dilakukan secara insani ataupun dengan bot. Kotak arkib dengan mengandungi pautan-pautan ke arkib perbincangan lazimnya diletakkan pada bahagian atas laman perbincangan semasa.