Banu Uqayl

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Banu Uqayl (Arab: بنو عُـقَـيـْل) adalah merupakan kabilah Arab purba yang memainkan peranan utama dalam sejarah Arab timur dan Iraq. Mereka berasal dari Banu Kaab yang merupakan cabang terbesar dari gagasan kabilah Bani Amir.

Gagasan kabilah-kabilah Bani Amir sebenarnya berasal dari tanah barat semenanjung Arab, dimana terletak diantara sempadan Hijaz dan Nejd. Banu 'Uqayl telah berpindah ke selatan semenanjung Arab dan membina penempatan baru yang lebih besar yang dikenali dengan lembah "al-'Aqiq" (hari ini Wadi al-Dawasir), yang kemudiannya dituntut oleh mereka sebagai tanah yang telah dikhususkan oleh orang Muslim oleh Nabi Muhammad SAW. Ketika era Abbasid, kebanyakan dari masyarakat Banu 'Amir telah berpindah dari Najd ke Iraq dan Syria. Masyarakat Banu Uqayl ialah antara mereka yang terakhir berpindah, mereka menetap di tebing Sungai Furat dan daripada situ telah munculnya Dinasti Uqaylid, yang berjaya mengawal Mosul dan lain-lain wilayah di utara Mesopotamia, yang kekal dianggap masyarakat nomad terbesar. Apabila Dinasti Uqaylid lama semakin menjunam, tiga dari puak kabilah Uqaylid, iaitu Khafajah, 'Ubadah dan Muntafiq, telah menetap di selatan Iraq dan mereka kekal disana hingga ke hari ini.

Lain sub-kabilah Uqayl, dikatakan kemungkinan besar datang dari Iraq, berdasarkana catatan Ibnu Khaldun, (musafir terkenal dunia Islam yang telah menyelusuri padang pasir disepanjang Arab timur), beliau telah melawat oasis al-Hasa. Di al-Hasa, para penduduk telah menggelarkan diri mereka sebagai persekutuan masyarakat dari kumpulan Qarmatian, salah satu kumpulan lain yang berada dalam kabilah Banu Amir. Puak Qarmatian telah terjatuh ke tangan Dinasti Uyunid, klan Arab yang berpindah-randah dari al-Ahsa, dalam tahun 1076. Pada pertengahan kurun ke-13, seorang ketua klan Uqaylid, 'Usfur ibn Rashid, telah berjaya mengulingkan Dinasti 'Uyunid, dan membina Dinasti 'Usfurid, dimana yang terakhirnya wujud sehingga tahun 1330. Kawasan tersebut akhirnya telah ditawan oleh klan Syiah Jarwanid yang berpangkalan di Qatif.

Dinasti yang paling berkuasa di wilayah Arab timur dikatakan Dinasti Uqaylid, namun, ada yang mengatakan Jabrid. Ahli kaji sejarah percaya bahawa Jabrid adalah cabang kepada 'Usfurid atau mungkin merupakan puak yang paling hampir ikatan persaudaraannya dengan Usfurid. Pemimpin yang paling terkenal ialah Ajwad ibn Zamil, walaubagaimanapun, beliau dikatakan berasal dari puak Nejd. Abang sulung Ajwad telah mengasaskan Dinasti Jabrid pada awal kurun ke-15 dengan membunuh pemimpin terakhir Jarwanid di Qatif. Ketika era kemuncak, Jabrid telah berjaya mengawal keseluruhan perairan Arab di sebelah Teluk Parsi, termasuklah Bahrain, dan secara teratur memimpin ekspedisi ke Arabia pusat. Seorang sarjana kontemporari menyifatkan Ajwad ibn Zamil sebagai "Raja al-Ahsa dan Qatif dan ketua kepada orang Najd." Akhirnya Jabrid telah kehilangan Bahrain ditangan penjajah Portugis pada tahun 1521 dan kerajaan telah tumbang tidak beberapa lama setelah itu di tanah besar. Salah satu cabang Jabrid yang kekal aktif terletak di Oman, namun hanya untuk 2 hingga 3 kurun selepas itu sahaja. Namun ia tidak dapat dipastikan bahawa adakah memang betul ia berasal dari Jabrid. Namun ada yang mempercayai mereka berpindah ke Iraq, dan yang lain mempercayai mereka berkait rapat dengan salah satu cabang Bani Khalid yang disebut "Jubur". Dimana puak yang mengawal wilayah timur Arab selepas Jabrid. Kabilah Bani Khalid juga mempercayai mereka adalah sebahagian dari Dinasti Uqaylid yang terkenal.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Kindermann, H. "ʿUḳayl." Encyclopaedia of Islam. Edited by: P. Bearman , Th. Bianquis , C.E. Bosworth , E. van Donzel and W.P. Heinrichs. Brill, 2008. Brill Online. 4 April 2008 [1][pautan mati kekal]
  • Rentz, G. "Ḏj̲ABRIDS." Encyclopaedia of Islam. Edited by: P. Bearman , Th. Bianquis , C.E. Bosworth , E. van Donzel and W.P. Heinrichs. Brill, 2008. Brill Online. 4 April 2008 [2] Diarkibkan 2020-01-26 di Wayback Machine
  • Caskel, W. "ʿĀmir b. Ṣaṣaa ." Encyclopaedia of Islam. Edited by: P. Bearman , Th. Bianquis , C.E. Bosworth , E. van Donzel and W.P. Heinrichs. Brill, 2008. Brill Online. 4 April 2008 [3][pautan mati kekal]