Bar pingat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi pemakaian reben menggantikan keseluruhan pingat, lihat Bar reben.
Victory Medal Perang Dunia I Amerika, dengan lima bar pingat

Bar pingat (medal bar) atau pingat semat (medal clasp) ialah sejenis bar logam nipis yang dilekatkan pada reben sesuatu anugerah kebesaran tentera, anugerah kebesaran awam, atau pingat yang lain. Ia paling biasa digunakan untuk menunjukkan kempen ketenteraan atau operasi ketenteraan yang melibatkan si penerima, dan pelbagai bar di pingat yang sama digunakan bagi menunjukkan penerima telah memenuhi kriteria untuk menerima pingat dalam pelbagai kancah peperangan.

Apabila digunakan bersama dengan pingat bintang untuk perkhidmatan yang luar biasa, seperti pingat keberanian, istilah "dan bar" bermaksud bahawa anugerah tersebut telahpun dikurniakan beberapa kali. Sebagai contoh, "Grup Kapten Leonard Cheshire, VC, OM, DSO dan Dua Bar, DFC", "DSO dan dua bar" bermaksud bahawa Distinguished Service Order telah dikurniakan dalam tiga peristiwa yang berlainan. Satu konvensyen biasa British menandakan bar-bar dengan penggunaan asterisk; oleh itu, DSO** akan melambangkan DSO dan dua bar.

Bar juga telah digunakan pada pingat khidmat lama bagi menunjukkan tempoh perkhidmatan yang diberikan.

Kedua-dua istilah telah digunakan kerana istilah "bar" dan "semat" merujuk kepada dua bahagian pingat tersebut; penunjuk yang dibincangkan dalam artikel ini, dan bahagian daripada pingat yang bersambung dengan reben.

Jenis-jenis Bar[sunting | sunting sumber]

  • Bar Kempen atau Bar Pertempuran digunakan untuk menunjukkan kempen, pertempuran, atau kawasan tertentu yang melibatkan penerima anugerah itu. Ia adalah penggunaan paling biasa bar pingat pada anugerah tentera. Di United Kingdom, bar kempen biasanya dikenali sebagai semat (clasp) dan apabila reben sahaja dipakai, ia kadang kala ditandai oleh roset, walaupun ini tidak biasa dibenarkan. Salah satu contoh bar yang dikeluarkan ialah semat "under enemy fire" pada 1914 Star dan semat Pertempuran Britain pada 1939-45 Star. Dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, Service stars (bintang perkhidmatan) digunakan untuk menunjukkan penglibatan berkali-kali dalam pertempuran atau kempen, walaupun Victory Medal Perang Dunia I mempunyai sistem bar yang luas. Bermula dengan Perang Dunia II lambang Arrowhead telah diluluskan untuk perang pendaratan. Juga dalam perkara ini satu variasi unik Service star ialah Wake Island Device, huruf "W" diletakkan pada reben Pingat Ekspedisi Tentera Laut dan Kor Marin. Ia dikeluarkan bagi mewakili bar pingat kerana berjuang dalam Pertempuran Wake Island.
Ilustrasi tiga versi Wintered Over Device dari Antarctica Service Medal Amerika Syarikat
  • Bar Perkhidmatan menunjukkan tempoh perkhidmatan seseorang telah diberikan pada organisasi yang menyampaikan pingat tersebut. Bar jenis ini biasa ditemui pada pingat khidmat lama untuk pasukan tentera dan pasukan kecemasan.


  • Bar Pelbagai Anugerah menunjukkan jumlah berkali-kali anugerah itu telah dikurniakan untuk merit atau khidmat cemerlang. Di Amerika Syarikat, lambang Oak Leaf Clusters (Tentera Darat dan Udara) dan Bintang (Tentera Laut dan Kor Marin), bukannya bar, telah dikeluarkan kerana menerima anugerah yang sama beberapa kali. Di United Kingdom, setiap bar ditandakan dengan sebuah roset apabila reben sahaja dipakai (atau, dalam kes Victoria Cross atau George Cross, ditandakan dengan model kecil pingat itu sendiri, kerana salah satu daripadanya biasa dipakai pada reben kedua-dua anugerah).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Dorling, Henry Taprell (1974). Ribbons and medals: the world's military and civil awards (edisi New Enlarged (11th)). Suffolk, England: W.S. Cowell Ltd. ISBN 0-540-07120-X.