Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Barat atau maghrib[1] ialah arah dalam bidang geografi. Ia merupakan salah satu daripada empat arah kardinal atau mata angin (titik kardinal kompas) yang bertentangan dengan timur dan bersudut tegak dengan utara dan selatan. Barat biasanya berada di bahagian sebelah kiri peta. Matahari dan Bulan tenggelam di sebelah barat. Barat berlawanan arah dengan Timur.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

"Barat" turunan kata akar bahasa Proto-Austronesia *SabaRat bererti angin tiupan dari arah menghadap lautan besar diungkapkan leluhur Austronesia di pulau Taiwan.[2]

"Maghrib" serapan Bahasa Arab: مَغْرِب, translit. maghrib "tempat matahari terbenam" terbitan kata kerja غَرَبَ‎gharaba "terbenam".[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "maghrib". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
  2. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*SabaRat south wind". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 13 November 2022.
  3. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 199. ISBN 967-65-7321-3.