Barisan Bertindak Demokratik India Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Barisan Bertindak Demokratik India Malaysia
Malaysian Indian Democratic Action Front
மலேசிய இந்திய ஜனநாயக செயல் முன்னணி (மிண்ட்ராப்)
MINDRAF
Ketua (Presiden Penaja)
Manuel Lopez
Diasaskan Julai 2005
Ibu pejabat Kuala Lumpur
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Barisan Bertindak Demokratik India Malaysia (MINDRAF) atau Malaysian Indian Democratic Action Front adalah parti politik yang ditubuhkan pada Julai 2005 oleh Manuel Lopez, seorang bekas wartawan akhbar tempatan yang pernah berkhidmat selama 41 tahun dalam bidang kewartawanan khususnya dengan akhbar Malay Mail sebelum bersara pada 2005. Ia ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan, menjaga kepentingan dan kebajikan kaum minoriti India di Malaysia selepas gerakan perjuangan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) diharamkan. MINDRAF mendakwa tidak mempunyai niat untuk merebut kerusi di Parlimen atau mendapat jawatan Senator sebaliknya hanya mahu berjuang untuk kesejahteraan kaum India serta pembebasan empat anggota pertubuhan HINDRAF yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). [1]

MINDRAF telah diasaskan penubuhannya pada Julai 2005 dan borang pendaftaran kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah dihantar sebelum akhir bulan itu untuk membolehkannya menjadi sebuah parti yang sah.[2] Namun parti MINDRAF telah tidak aktif selepas empat anggota pertubuhan HINDRAF yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dibebaskan dan P. Uthayakumar telah menubuhkan dan mendaftarkan sebuah parti politik baru Parti Hak Asasi Manusia (HRF) pada 19 July 2009.[3] [4][5]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]