Barisan Rakyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
People's Front
Barisan Rakyat
BR
Diasaskan 2008
Dibubarkan 1 April 2008
Ibu pejabat Petaling Jaya, Malaysia
(PKR-DAP)
Kuala Lumpur, Malaysia
(PAS-MDP-PSM)
Keahlian PAS logo.svgLambang keadilan.pngDAP-100px.jpg MDP.jpg Parti Sosialis Msia.JPG
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Parti Demokratik Malaysia (MDP)
Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Ideologi Keadilan Sosial,
Demokrasi sosial.
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya

Istilah Barisan Rakyat merujuk kepada perikatan parti pembangkang utama pada sekitar tahun 2008.[1] Sebelum itu istilah Barisan Alternatif[2] telah digunakan sebelum bertukar pada Barisan Rakyat[3] yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS. Istilah Barisan Rakyat ini pula ditukar pada Pakatan Rakyat yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008 menggantikan Barisan Alternatif dan Barisan Rakyat yang digunakan sebelum ini.

Pada tahun 2008, menjelang ketibaan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, sesetengah rakyat Malaysia yang tidak puas hati pada kerajaan Barisan Nasional dan mengharapkan kerjasama parti pembangkang, menggunakan istilah Barisan Rakyat (BR) [4]terutamanya pada parti pembangkang utama, iaitu Barisan Alternatif (Parti Islam Se-Malaysia dan Parti Keadilan Rakyat), Parti Tindakan Demokratik, Parti Demokratik Malaysia, dan Parti Sosialis Malaysia yang tidak berdaftar dan sering menggunakan tiket parti pembangkang lain.

Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, ketiga-tiga buah parti pembangkang utama (PAS, PKR, dan DAP) berjaya memenangi 5 buah negeri di Malaysia. Antaranya ialah negeri Perak. Di negeri Perak, walaupun DAP merupakan parti pemerintah yang terbesar, namun mereka tidak mempunyai apa-apa Ahli Dewan Undangan Negeri yang berbangsa Melayu untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak. Perlembagaan negeri Perak menyatakan bahawa Menteri Besar haruslah berbangsa Melayu dan beragama Islam, melainkan Sultan Perak mengizinkan seseorang yang bukan Melayu dan bukan Islam untuk menjadi Menteri Besar. Ketika itu, pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, yang dicadangkan untuk dilantik sebagai Menteri Besar, mengatakan bahawa tidak kira siapa dilantik sebagai Menteri Besar, Menteri Besar ini dan kerajaan negeri Perak tidaklah milik mana-mana parti, tetapi milik "Barisan Rakyat".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nur Shakira Buang (2 Mac 2013). "PM gesa elak undi parti belum berdaftar ROS". Nasional. www.antarapos.com. Dicapai pada 14 November 2015. Pakatan Rakyat yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008 menggantikan Barisan Rakyat dan Barisan Alternatif sebelum ini…  Pautan luar dalam |publisher= (bantuan)
  2. ^ Reformis (15 Mac 2008). "Barisan Rakyat wajar dipopularkan ganti BA". 2kali5. Dicapai pada 14 November 2015.  Pautan luar dalam |publisher= (bantuan)
  3. ^ Nash Rahman (22 Mei 2002). "BA yakin Barisan Rakyat dapat sokongan semua parti pembangkang: Ruslan". Malaysiakini.com. Dicapai pada 14 November 2015. 
  4. ^ Mohd Sayuti Omar (17 Mac 2008). "Hormatlah Kerajaan Parti Pembangkang". Malaysia Today. Dicapai pada 14 November 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]