Barisan Tengah (Soviet Union)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Barisan Tengah adalah sebuah formasi besar Tentera Merah semasa Perang Dunia II.

Barisan Tengah adalah dua organisasi tentera yang berbeza semasa peperangan. Entiti yang pertama hanya wujud selama sebulan semasa pencerobohan Jerman tahun 1941, sebelum ia dimusnahkan. Setahun setengah kemudian, nama ini dihidupkan semula untuk penciptaan kedua, yang wujud selama kira-kira lapan bulan pada tahun 1943, sehingga ia digabungkan dengan kumpulan Barisan B'elorussia dan dinamakan semula.

Barisan Tengah: 1941[sunting | sunting sumber]

Versi pertama telah diwujudkan pada 24 Julai 1941 dari sayap kanan ketumbukan di Barisan Barat, termasuk designasi baru Tentera Darat Ke-3 dan markas (dibubarkan) Tentera Darat Ke-4, yang bekas MKnya membentuk markas Barisan. Kolonel Jeneral Fyodor I. Kuznetsov mengambil alih pemerintahan.

Barisan ini adalah gabungan dari Tentera Darat Ke-13 dan Ke-21. Tentera Darat Ke-13, di kawasan Mogilyov, dibawahnya terdapat Kor Ke-61 Raifal dan Kor Ke-20 Mekanis dan di haluan Krichevsky terdapat Kor Ke-45 dan Kor Ke-20 Raifal. Komponen awal lain Barisan ialah Tentera Darat Ke-21, dibawah Leftenan Jeneral Mikhail Yefremov, dengan Kor Ke-25 Mekanis, dan Kor Ke-66, Ke-63, Ke-21 dan Ke-67 Raifal. Komponen udara baru Barisan ialah 136 pesawat (75 ditambal dan dibaiki) dibawah pemerintahan Mejar Jeneral (Udara) G.A. Vorozheikin.[1] Dengan itu Barisan Tengah menjadi Barisan baru pertama yang dibentuk selepas pencerobohan Jerman. Pada masa Barisan diwujudkan sempadannya dengan Barisan Barat adalah di sepanjang garis Bryansk-Roslavl-Shklov-Minsk (termasuk semua untuk Barisan Barat), dan arah operasi utama Barisan adalah disepanjang paksi Gomel-Bobruisk-Волковыск. Pada 1 Ogos, Tentera Darat Ke-3 menyertai Barisan ini, dan pada 7 Ogos Kuznetsov telah dipanggil semula ke Moscow untuk diberi penugasan baru. Jawatan pemerintahan ditukarkan ke Jeneral Yefremov.

Pada 8 Ogos, Panzergruppe 2 Heinz Guderian memulakan serangannya di seluruh sektor Tentera Darat Ke-13. Empat hari kemudian Tentera Darat Ke-2 Jerman menyertai serangan ini. Pada 17 Ogos, Kor Ke-63 Raifal telah dialihkan di kampung Skepnya (20 km ke timur Zhlobin), dan 2 hari kemudian elemen-elemen Tentera Darat Ke-2 menduduki Gomel. Pada 22 Ogos, Tentera Darat Ke-3 berundur dari Mozyr. Dibawah pukulan ini Barisan akhirnya dikepung dan dimusnahkan di Chernigov, dan secara rasminya dibubarkan pada 25 Ogos 1941. Pasukan yang terselamat dipindahkan ke versi pertama Barisan Bryansk.

Barisan Tengah: 1943[sunting | sunting sumber]

Versi kedua Barisan ini telah diwujudkan pada 15 Februari 1943. Kolonel Jeneral Konstantin K. Rokossovsky mengambil alih pemerintahan, dan telah dinaikkan pangkat ke Jeneral penuh pada April 1943. Leftenan Jeneral M. S.Malinin telah dinamakan sebagai Ketua Staf Barisan manakala Mejar Jeneral K.F.Telegin dijadikan ahli Majlis Ketenteraan Barisan. Barisan ini menggabungkan markas dan ketumbukan Barisan Don, dicampur ketumbukan tambahan; iaitu Tentera Darat Ke-2 Kereta Kebal, Ke-21, Ke-65, dan Tentera Darat Ke-70 (asalnya dibentuk dari pasukan NKVD) telah menjadi sebahagian daripada Barisan, bersama dengan Ketumbukan Udara Ke-16 dibawah Leftenan Jeneral Sergei Rudenko. Markas Barisan telah didirikan sekitar 10 km ke timur Yelets.

Sebagai sebahagian dari langkah umum Stavka untuk menyepadu dan merasionalkan Kumpulan Tentera Daratnya, Barisan ini telah dinamakan semula Barisan Pertama Belorussia pada 20 Oktober 1943.

Sumber dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ John Erickson, 'The Road to Stalingrad' (1975), 2003 Cassel Military Paperbacks edition, p.197