Bart Goor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bart Goor
Maklumat peribadi
Nama penuh Bart Goor
Tarikh lahir (1973-04-09) 9 April 1973 (umur 51)
Tempat lahir Neerpelt, Belgium
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Sayap kiri
Kerjaya remaja
1981–1986 Buul
1986–1991 Verbroedering Geel
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1991–1996 Verbroedering Geel 142 (27)
1996–1997 Genk 33 (18)
1997–2001 Anderlecht 131 (32)
2001–2004 Hertha BSC 87 (13)
2004–2005 Feyenoord 34 (7)
2005–2008 Anderlecht 97 (10)
2009–2011 Germinal Beerschot 61 (7)
2011–2013 Westerlo 50 (16)
2013–2014 Dessel Sport 28 (9)
Jumlah 663 (139)
Pasukan kebangsaan
1999–2008 Belgium 78 (13)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 31 Mac 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 Jun 2009

Bart Goor (Sebutan Belanda: [ˈbɑrt ˈʝʊːr]; lahir 9 April 1973) merupakan bekas pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi sayap kiri. Beliau mewakili pasukan kebangsaan Belgium di UEFA Euro 2000 dan Piala Dunia FIFA 2002.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Geel[sunting | sunting sumber]

Goor memulakan kerjaya profesionalnya ketika mewakili K.F.C. Verbroedering Geel pada 1991. Beliau bersama Geel selama enam tahun dengan bermain 142 perlawanan liga dan menjaringkan 27 gol untuk kelab Antwerp itu.

Racing Genk[sunting | sunting sumber]

Pada musim 1996-97, Goor berpindah ke kelab Racing Genk. Beliau bermain di kelab itu dengan penuh berjaya dan cemerlang. Pada masa itu, beliau sering menjaringkan lebih satu gol dalam satu perlawanan.

Anderlecht[sunting | sunting sumber]

Goor kemudian ke kelab gergasi Belgium, Anderlecht. Beliau membuat debut bersama Anderlecht pada 12 Ogos 1997 ketika menentang kelab Ukraine, Vorskla Poltava. Pada 16 September, Goor menjaringkan gol pertamanya untuk Anderlecht menentang SV Austria Salzburg, 4-3. Dalam musim pertamanya bersama Anderlecht, beliau telah menjaringkan 8 gol..[1]

Dalam musim berikutnya, Goor bermain untuk Anderlecht dalam semua kejohanan. Beliau juga bersama Anderlecht ketika kelab itu menjadi kelab ternama Eropah dengan membenam Manchester United, Real Madrid dan Lazio.

Hertha BSC dan Feyenoord[sunting | sunting sumber]

Goor kemudian ke kelab Jerman, Hertha BSC dengan kontrak selama tiga musim. Pada masa ini, beliau telah menjaringkan 13 gol dalam 87 penampilan.

Kemudian, beliau berpindah ke Feyenoord. Beliau bermain di kelab itu sebagai biasa-biasa dan ia telah terbukti Goor tidak lama bersama kelab Eredivisie itu.

Kembali ke Anderlecht[sunting | sunting sumber]

Goor kembali ke bekas pasukannya, Anderlecht pada musim 2005-06. Pada musim 2006-07, beliau menjadi kapten pasukan berikutan persaraan Pär Zetterberg. Pada musim 2007-08, beliau telah melepas jawatan kapten pasukan untuk diberikan kepada pemain muda Olivier Deschacht. Beliau mewakili Anderlecht sehingga pertengahan musim 2008-09. Beliau telah bersama kelab Brussels itu mengutip empat gelaran Divisyen Pertama Belgium (kini Liga Pro Belgium).

Selepas Anderlecht[sunting | sunting sumber]

Beliau bermain dalam perlawanan terakhir bersama Anderlecht pada 18 Disember 2008, kemudian Goor melengkapkan perpindahan ke Germinal Beerschot pada Januari 2009 di mana beliau bermain di sana selama dua musim. Pada 25 November 2011, Goor berpindah ke kelab Westerlo.[2] Goor bersama Westerlo dalam liga Divisyen Kedua Belgium pada musim 2012-13. Goor kemudian berpindah ke Dessel Sport dalam liga yang sama di mana beliau bermain musim terakhir dalam kerjayanya.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Euro 2000[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan sebahagian dari skuad Belgium di UEFA Euro 2000 ketika Belgium bersama Belanda menjadi tuan rumah. Beliau bermain dalam perlawana pembukaan menentang Sweden dengan menjaringkan gol pembukaan Belgium, Belgium menang 2-1. Belgium tersingkir dari kejohanan Eropah itu apabila kekalahan dua kali berturut-turut dalam perlawanan seterusnya kepada Itali dan Turki, masing-masing tewas 2-0.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 4 September 1999 Rotterdam, Belanda  Belanda 3–3 5–5 Persahabatan
2 13 November 1999 Lecce, Itali  Itali 1–3 1–3 Persahabatan
3 10 Jun 2000 Brussels, Belgium  Sweden 1–0 2–1 Euro 2000
4 28 Februari 2001 Brussels, Belgium  San Marino 3–0 10–1 Kelayakan Piala Dunia 2002
5 5–0
6 15 Ogos 2001 Helsinki, Finland  Finland 3–1 4–1 Persahabatan
7 5 September 2001 Brussels, Belgium  Scotland 2–0 2–0 Kelayakan Piala Dunia 2002
8 27 Mac 2002 Patras, Greece  Yunani 0–1 3–2 Persahabatan
9 17 April 2002 Brussels, Belgium  Slovakia 1-0 1–1 Persahabatan
10 26 Mei 2002 Kumamoto, Jepun  Costa Rica 1-0 1–0 Persahabatan
11 11 Jun 2003 Genk, Belgium  Andorra 1–0 3–0 Kelayakan Euro 2004
12 3–0
13 29 Mei 2004 Eindhoven, Belanda  Belanda 0-1 0–1 Persahabatan

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bart Goor Bids Astridpark Farewell". rsca.be. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-23. Dicapai pada 2014-11-20.
  2. ^ "Rode lantaarn Westerlo trekt Bart Goor (38) aan" (dalam bahasa Dutch). sporza.be. 25 November 2011. Dicapai pada 25 November 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)