Bartje van Houten

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bartje van Houten
Juga dikenali sebagai
Barce
Kelahiran 21 Februari 1950
Ambon, Maluku, Indonesia
Meninggal dunia 5 Mei 2017 (umur 67)
Bogor, Indonesia
Genre
Pekerjaan Pemuzik
Instrumen
Tahun aktif 1969–2017
Kegiatan berkaitan

Bartje van Houten (21 Februari 1950 - 5 Mei 2017), juga dikenali sebagai Barce merupakan seorang ahli muzik Indonesia, terkenal sebagai gitaris dan ketua kumpulan D'Lloyd yang mencipta fenomena di Indonesia dan Malaysia pada 1970an dan 1980an.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Bartje dilahirkan pada 21 Februari 1950 di Ambon, Maluku, Indonesia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

D’Lloyd (1969–2017)[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kumpulan D'lloyd

Bartje bersama-sama vokalis Syamsuar Hasyim menubuhkan D'Lloyd pada awal tahun 1969. Bartje sebagai ketua kumpulan dan gitaris, Syamsuar (Sam) sebagai vokalis utama sejak penubuhan kumpulan ini. Kumpulan ini dinamakan dari nama syarikat perkapalan Djakarta Lloyd. Ahli asal kumpulan ini terdiri daripada Bartje (gitar), Andre Gultom (saxophone, flute, vokal), Sam (vokal utama), Chairoel Daud (dram), Budiman Pulungan (keyboard), dan Sangkan “Papang” Panggabean (bass).

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Bartje meninggal dunia pada 5 Mei 2017 di Bogor, Indonesia pada usia 67 tahun.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]