Baruna Jaya IV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Baruna Jaya IV (KAL-IV-05) merupakan kapal tentera laut Indonesia jenis kapal pemetaan/penyelidik yang bertugas bagi pemetaan wilayah-wilayah di Indonesia. Ia dibina pada tahun 1995.

Kapal Baruna Jaya IV milik Indonesia merupakan kapal pemetaan/penyelidik. Baruna Jaya IV memenuhi keperluan pemetaan Indonesia bagi tujuan ketenteraan dan pengawasan wilayah-wilayah Indonesia. Baruna Jaya IV dibina oleh CMN, Cherbourg, Perancis.

Baruna Jaya IV mempunyai 37 orang anak kapal tambahan 26 kakitangan pemetaan. Baruna Jaya IV dilengkapi untuk misi pengawasan, pemetaan dan penyelidikan.

Kapal Baruna Jaya IV sepanjang 60.03 m; 11.61 meter * 5.31 meter ( 197 kaki panjang * 38 kaki * 17.4 kaki) mempunyai kelajuan pada 14 batu nautikal. Baruna Jaya IV mempunyai seseran 1,350 tan penuh.

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah Baruna Jaya I, Baruna Jaya II, Baruna Jaya III, Baruna Jaya IV, dan Baruna Jaya VIII.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Baruna Jaya IV mempunyai kemudahan pengawasan dan penyelidikan hidrografik dan oceanografik.

TUJAHAN[sunting | sunting sumber]

Kapal Baruna Jaya IV mempunyai dua enjin disel yang disambung kepada satu gandar yang menghasilkan 2,990 bhp secara berterusan dan mampu bergerak pada kelajuan 14 batu nautikal.

Pegawai pemerintah Baruna Jaya IV[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]