Bas Cepat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bas Cepat merupakan bas ekspres (tanpa berhenti-henti) yang menghubungkan seluruh jajahan dan bandar-bandar utama yang terdapat di Negeri Kelantan. Di samping itu juga terdapat bas antara bandar yang beroperasi bagi menghubungan bandar-bandar utama, sederhana, kecil dan kawasan-kawasan setempat. Bas bandar atau dikenali sebagai Bas SKMK yang beroperasi khusus untuk perkhidmatan dalam bandar seperti Kota Bharu. Kesemua pengankutan tersebut dikendalikan oleh Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK).

Bagi orang Kelantan, istilah bas ekspres digunakan untuk merujuk kepada bas yang bergerak keluar dari negeri menuju ke destinasi di negeri lain tanpa henti. Manakala bas cepat pula merujuk kepada bas "ekspres" bagi dalam negeri.