Basri Masse

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Basri Masse (37 tahun) adalah pekerja tanpa izin Indonesia yang bekerja di Kota Kinabalu,Sabah pada 1983 . Dia imigran Bugis dari Pare-Pare, Sulawesi Selatan. Dia pernah menjadi kelasi kapal dan pernah belayar ke Bangkok, Hong Kong, dan Tokyo.

Pada 16 Februari 1983, jam 7.30 malam,dia ditangkap oleh dua polis Sabah, Kopral Selvan Palanaippan dan Kopral Awang Amat, dari ibu pejabat polis Kota Kinabalu. Ketika itu, Basri bersama temannya Abdul Patta Lubing -- konon seorang Indonesia keturunan Bugis, berasal dari Maros, Sulawesi Selatan -- sedang berada di sebuah teksi yang diparkir di KM 6, Jalan Terawi, Putatan, Kota Kinabalu. Di dalam teksi plat SA 7155 dengan pemandu teksi Mansur Kare (asal Sulawesi Selatan yang sudah jadi warga Malaysia), ditemukan sebuah beg plastik. Di dalamnya surat khabar Utusan Malaysia yang berisi 935 gram ganja kering. Basri dituduh sebagai pemilik ganja itu. Perbicaraan selama lima hari 29 Januari 1986, Hakim Abu Mansor Ali dari Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman gantung. Dia dihukum di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, pindaan 1980, dan berkuatkuasa 15 April 1983. Seseorang terbukti membawa lebih 200 gram ganja atau 15 gram heroin atau 1.000 gram opium, hukumannya cuma satu: mati di tiang gantung.[1]

Kelemahan kes ini dikatakan , dia telah ditahan tanpa akses kepada pegawai konsular Indonesia (Konsul Jenderal Widodo) mahupun mendapatkan peguam. Selepas dijatuhi hukuman mati, dia cuba melarikan diri dari balai polis tetapi ditahan semula . Percubaan melarikan diri diambil sebagai bukti kesalahannya. Kerajaan Malaysia pula tidak memberitahu kerajaan Indonesia bahawa seorang rakyat Indonesia telah ditahan, didakwa dengan kesalahan yang membawa hukuman gantung.Dia ditahan selama tujuh tahun di Penjara Kepayan, Kota Kinabalu.[2]

Pertubuhan-pertubuhan Bugis di Malaysia seperti Keluarga Indonesia Sabah-Serawak (Perkisa) dan Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS) dan keluarga Basri melancarkan kempen. Malangnya dia telah digantung pada 1990 . Beberapa pihak membangkitkan kes ini dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa.Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Yang di-Pertua Negeri Sabah ialah Tun Haji Mohamed Said Bin Keruak.[3] Pada 9 Januari ,Menteri Luar Indonesia, Ali Alatas mengirin surat rayuan kepada Menteri Luar Malaysia, Yang diPertua Negeri Sabah agar hukuman itu diringankan.

Bantahan dikemukakan semasa dialog pemuda Indonesia-Malaysia II di Hotel Safari Garden Cisarua, Bogor. Seramai 30 wakil Malaysia dan sekitar 70 wakil Indonesia berhadapan dengan protes .Antara yang hadir ketika itu ialah Menteri Belia dan Sukan Dato Seri Haji Najib Tun Razak Menlu Dato Abu Hassan Omar, Tengku Ahmad Rithauddin,Dato Megat Junid Megat Ayob dan Tan Sri Ghazali Shafie Akhirnya dialog itu disingkatkan ke sehari sahaja.Mohamad Sarit Yusoh dari Malaysia menjelaskan , kes itu berkait dengan masalah undang-undang anti pengedaran dadah.[4]

Rakyat Indonesia pertama ke tali gantung di Malaysia ialah Ramli Kechik, berasal dari Langkat, Sumatera .Dia digantung di Penjara Taiping, Perak pada Ogos 1986.Pada Jun 1985, rakyat Malaysia, Steven @ Chan Tin Chong, 34 tahun dihukum mati kerana membawa heroin 420 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, di Jakarta.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Setelah eksekusi di dini hari
  2. ^ "Realiti di sebalik isu pendatang tanpa izin". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-07-14. Dicapai pada 2005-07-14.
  3. ^ Pagi Hitam Dalam Hidup Basri Masse
  4. ^ []