Batik Girl

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Batik Girl
Fail:Batik Girl poster.png
Poster pelepasan
PengarahIrwan Junaidy
Lakon layar
  • Heidi Shamsuddin
  • Zaidah Z.
Cerita oleh
  • Heidi Shamsuddin
  • Irwan Junaidy
Dihasilkan oleh
  • Irwan Junaidy
  • Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz
  • Rosihan Zain
Syarikat
penerbitan
Durasi tayangan
9 minit
NegaraMalaysia

Batik Girl merupakan sebuah animasi pendek Malaysia yang diterbitkan oleh The R&D Studio. Setelah hampir setahun di bertanding di festival antarabangsa, Batik Girl telah meraih lebih 28 anugerah dan pencapaian dari pesta filem pendek dan animasi dari seluruh dunia.

Plot[sunting | sunting sumber]

Batik Girl mengisahkan seorang gadis bandar, Mas, yang baru kehilangan ibu bapa cuba menyesuaikan diri menjalani kehidupan baru dengan neneknya di kampung. Lukisan yang dibuat Mas secara ajaibnya hidup di dalam dunia batik dan dari situ, Mas memahami erti kehidupan barunya.

Pencapaian dan anugerah[sunting | sunting sumber]

Animasi Batik Girl telah mendapat banyak pengiktirafan dari dalam dan luar negara. Daripada 28 pencalonan, Batik Girl telah memenangi 2 anugerah dalam kategori filem animasi pendek di pesta filem pendek dan animasi antarabangsa iaitu Jepun dan Chile. Filem animasi ini juga terpilih sebagai tumpuan utama di Malaysian Pavilion di Expo 2020 Dubai.